Resepi Cheese Cake
Sukakan keju yang lemak dan berkrim? Cheese Cake ini adalah resepi sempurna yang mudah disediakan untuk pencinta kek keju. Dengan bahan-bahan asas dan langkah penyediaan yang ringkas, anda boleh menghasilkan pencuci mulut yang menawan hati. Cubalah resepi ini hari ini untuk kegembiraan rasa homemade!
Bahan-Bahan
Sediakan bahan-bahan berikut untuk menghasilkan cheese cake yang lembut dan berkrim:
- 250-gram Cheese
- 4 biji Telur ayam
- 1 cawan atau 1/2 tin Susu pekat
- 1 sudu kecil esen vanilla (optional)
Cara Membuat
Resepi Cheese Cake ini dibuat dengan menggunakan mixer dan dibakar dalam oven.
Berikut dinyatakan cara membuat Cheese Cake dengan langkah demi langkah. Sila semak dibawah.
- Putar cheese dengan susu bersama esen vanilla.
- Pastikan cheese berada dalam keadaan suhu bilik.
- Asingkan putih telur dengan kuning telur.
- Putar telur putih sampai marigue.
- Cheese yang diputar dicampur dengan kuning telur. Kacau pakai sudu sampai rata.
- Ambil cheese dan campur dengan putih telur sambil kaup balik.
- Masukkan dalam loyang dan bakar ikut water bath. Lapik kertas minyak sebelum bakar.
- Panaskan dulu oven dan bakar pada suhu 170°c selama 50-60 minit ikut oven masing-masing.
- 30 minit selepas itu tutup loyang kek dengan aluminium foil untuk mengelakkan bahagian atas menjadi hangit.
- Simpan dalam peti ais seketika. Dan siap untuk dimakan.
Masa Penyediaan
- Masa Penyediaan: 10 minit
- Masa Memasak: 50 minit
- Jumlah Masa: 1 jam
Tips Berguna
Gunakan Cheese Berkualiti Tinggi
Pastikan menggunakan krim keju berkualiti tinggi untuk tekstur yang lebih kaya dan berkrim.
Pastikan Adunan Bebas Ketulan
Pukul bahan sehingga licin untuk memastikan cheese cake masak secara sekata.
Sejukkan Sebelum Dipotong
Biarkan kek sejuk sepenuhnya supaya lebih mudah dipotong dan tekstur lebih mantap.
Putih Telur Sudah Marigue?
Bagaimana cara nak tahu putih telur sudah marigue? Cara untuk mengetahui sudah jadi marigue apabila putih telur itu diterbalikkan. Kalau tidak jatuh putih telur makan jadilah marigue.
Fakta Pemakanan per Hidangan
Saiz Hidangan: 1 potongan (daripada 12 potongan kek bersaiz 9 inci)
| Komponen Pemakanan | Nilai per Potongan | % Nilai Harian |
|---|---|---|
| Kalori | 250 kcal | 12.5% |
| Lemak | 15g | 23% |
| Karbohidrat | 20g | 6.5% |
| Protein | 6g | 12% |
Nilai Harian adalah berdasarkan diet 2,000 kalori. Keperluan individu mungkin berbeza.
Cadangan Hidangan
Cheese cake ini paling enak dinikmati sejuk sebagai pencuci mulut selepas makan malam. Hidangkan bersama secawan teh atau kopi untuk pengalaman rasa yang lebih memuaskan.
Cubalah Resepi Cheese Cake Mudah Hari Ini! Dengan resepi yang mudah ini, anda boleh menghasilkan kek keju yang lezat dan berkrim di rumah. Nikmati setiap potongan penuh rasa cinta. Selamat mencuba!
Sumber: Azlina Ina
