,

Resepi Cucur Badak Mudah

Pelajari resepi cucur badak yang mudah dan lazat! Jadikan hidangan tradisional ini sebagai kegemaran keluarga anda dengan penyediaan yang cepat dan penuh nutrisi. Jangan tunggu lagi—cubalah resepi cucur badak sekarang untuk rasa asli kuih tradisional Melayu! Kongsikan detik manis bersama keluarga dengan hidangan istimewa ini.

Bahan-Bahan

Untuk resepi cucur badak ini, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut: –

Bahan A (Untuk kulit):

Bahan-bahan B (Inti):

Nota: Kisar bahan masakan yang bertanda *

Cara Memasak

Berikut adalah cara membuat resepi cucur badak yang ditunjukkan langkah demi langkah.

Cara Membuat Bahan A

  1. Kupas keledek oren dan potong supaya cepat empuk.
  2. Rebus bersama air yg dicampur sesudu garam dan toskan bila empuk.
  3. Cucuk menggunakan garfu untuk tahu keledek sudah empuk atau belum.
  4. Setelah tos, lenyek-lenyekkan keledek sehingga sekata dan biarkan sejuk seketika.
  5. Masukkan garam dan gula sambil gaul bersama keledek dan kemudian masuk sedikit demi sedikit tepung.
  6. Jangan letak tepung terlalu banyak kerana akan menyebabkan kulit luar adunan menjadi liat apabila selesai digoreng.

Cara Membuat Bahan B:

  1. Masukkan kelapa parut beserta bahan yang dikisar bersama udang ke dalam kuali dengan api perlahan.
  2. Kemudian, masukkan secawan air dan sesudu kecil serbuk kunyit lalu gaulkan. Jika tidak rata, masukkan sedikit lagi air dan gaul sehingga rata.
  3. Masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali.
  4. Tambahkan sesenduk gula dan ½ sudu garam. Gaul sehingga kering. Rasa dengan lidah untuk memastikan inti yang dihasilkan perlu manis sedikit.
  5. Sudah kering, angkat dan sejukkan.

Cara Uli Kuih Cucur Badak

  1. Sapu minyak masak pada tapak tangan.
  2. Ambik adunan ubi sebesar bola ping pong dan lenyek sehingga menjadi bulat leper.
  3. Kemudian, masukkan inti dan tekup inti dan uli mnjadi bulat-bulat.
  4. Apabila bentuk kuih sudah menjadi bulat leper, anda boleh goreng.
  5. Kuih cucur badak siap digoreng. Selamat mencuba!

Tips Berguna

Cadangan Hidangan

Fakta Pemakanan per Hidangan

NutrienKandungan Setiap Hidangan (1 Kuih)Nilai Harian (%)Jumlah Keseluruhan (10 Kuih)
Kalori180 kcal9%1,800 kcal
Karbohidrat35 g12%350 g
Protein5 g10%50 g
Lemak3 g5%30 g
Gula8 g16%80 g
Serat1 g4%10 g
Sodium150 mg6%1,500 mg

*Nilai Harian adalah berdasarkan diet 2,000 kalori. Keperluan individu mungkin berbeza.*

Kesimpulan

Cucur badak bukan sahaja kaya dengan rasa tradisional tetapi juga mudah disediakan di rumah. Dengan resepi ini, anda dapat menikmati kuih tradisional Melayu yang digemari ramai. Lengkapkan hari anda bersama hidangan nostalgia ini, sambil merapatkan hubungan keluarga dan rakan-rakan.

Cuba resepi cucur badak ini hari ini dan rasakan keindahan masakan Melayu! Apa pendapat anda tentang resepi ini?

Sumber: Nurol Fatin Khalid

Resepi Cucur Badak Hidangan Kuih Tradisional Melayu

More posts

error: