Resepi Tepung Gomak Inti Kelapa
Nikmati keunikan Resepi Tepung Gomak Inti Kelapa yang mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja. Lengkap dengan panduan langkah demi langkah, fakta pemakanan, dan tips yang berguna!
Pengenalan
Tepung Gomak adalah kuih tradisional Melayu, terkenal dengan lapisan tepung pulut yang membalut inti kelapa manis. Kuih ini sangat sesuai untuk dijadikan kudapan ringan yang memberikan tenaga di kala petang bersama teh O panas.
Bahan-Bahan
Resepi tepung gomak inti kelapa dibuat dan boleh dimakan petang ini bersama keluarga tersayang. Jangan lupa buat air teh tarik atau Nescafe tarik tentu sedap dan semua orang gembira. Bahan-bahan untuk resepi ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti ditunjukkan dibawah.
Bahan-bahan utama:
- 2 cawan tepung pulut
- Sedikit garam
- 2- 3 cawan air
- 1 cawan kacang hijau
Bahan-bahan inti kelapa nanis:
- 1 biji kelapa parut / kelapa segera / kelapa kering – larutkan dengan sedikit air panas untuk melembapkan kelapa
- 1 biji gula Melaka
- ¾ cawan gula pasir
- 1 sudu besar tepung gandum – dibancuh dengan sedikit air
- 3 helai daun pandan – disimpul
Cara Memasak
Berikut adalah cara membuat resepi tepung gomak inti kelapa yang ditunjukkan langkah demi langkah.
- Mula-mula, campurkan tepung pulut garam dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat di tangan.
- Bulatkan adunan ini – (saiz mesti 2 kali besar dari kuih onde-onde gula Melaka).
Cara membuat inti kelapa manis:
- Masakkan gula Melaka, bersama cawan gula pasir, daun pandan dengan sedikit air.
- Masak sehingga gula Melaka hancur. Kemudian tapis.
- Selepas itu, masukkan kelapa parut. Boleh juga menggunakan kelapa kering yang ditambahkan sedikit air panas untuk melembapkannya.
- Masak sekejap atas dapur. Apabila hampir kering, masukkan bancuhan tepung gandum tadi.
- Masak sehingga ia menjadi lembap-lembap lalu disejukkan,
Cara membuat inti kelapa manis:
- Kacang hijau dibersihkan dan digoreng sebentar. Jangan sampai hangit.
- Kemudian kisar sampai hancur.
- Tapis atau ayak untuk dijadikan serbuk tepung untuk menyaluti kuih tepung gomak.
Cara merebus dan mengadun:
- Pertama-tamanya, masukkan inti kelapa yang dibulatkan ke dalam adunan tepung dan bulatkan.
- Sementara itu panaskan air.
- Rebus adunan ini. Apabila adunan sudah terapung, boleh angkat dan toskan.
- Salutkan adunan ini dengan tepung kacang hijau yang diayak tadi.
- Kuih tepung gomak isi kelapa manis siap dan boleh dimakan bersama keluarga!
Fakta Pemakanan per Hidangan (Anggaran)
| Nutrien | Kandungan Setiap Hidangan (1 Kuih) | Nilai Harian (%) | Jumlah Keseluruhan (10 Kuih) |
|---|---|---|---|
| Kalori | 180 kcal | 9% | 1,800 kcal |
| Karbohidrat | 32 g | 12% | 320 g |
| Protein | 3 g | 6% | 30 g |
| Jumlah Lemak | 5 g | 8% | 50 g |
| Lemak Tepu | 3 g | 15% | 30 g |
| Serat | 2 g | 8% | 20 g |
| Gula | 18 g | 36% | 180 g |
| Natrium | 70 mg | 3% | 700 mg |
Nota:
- % DV (Nilai Harian) dikira berdasarkan garis panduan untuk diet 2,000 kalori dan mungkin berbeza mengikut keperluan individu.
- Gula Melaka dan kelapa parut merupakan penyumbang utama kepada kandungan gula dan lemak.
- Untuk pilihan yang lebih sihat, anda boleh mengurangkan jumlah gula atau menggunakan pemanis alternatif seperti stevia.
Tips Berguna
- Gunakan Bahan Segar: Santan segar akan memberikan rasa lebih kaya dan autentik.
- Hidangan Terbaik: Sajikan kuih ini ketika masih suam untuk menikmati tekstur lembut dan inti kelapa yang harum.
- Simpan dengan Betul: Simpan kuih dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kesegarannya.
- Adunan Sempurna: Adunan yang dibuat untuk resepi kuih tepung gomak inti kelapa manis ini tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik. Ia mestilah bersifat anjal apabila dimakan ke dalam mulut.
Kesimpulan
Kuih Tepung Gomak Inti Kelapa adalah gabungan sempurna rasa manis, tekstur lembut, dan nutrisi berkhasiat. Dengan langkah penyediaan yang mudah, anda boleh menjadikan hidangan ini sebagai kegemaran keluarga.
Bersedia untuk mencuba? Kongsi pengalaman anda membuat kuih ini di ruangan komen atau dengan rakan-rakan di media sosial! Selamat mencuba!
Sumber: Pn.Tahrunnisah Jali
FAQ
Kenapa anda mesti membuat resepi tepung gomak inti kelapa manis?
Anda perlu membuat resepi tepung gomak inti kelapa manis kerana ia merupakan salah satu cara untuk membuat makanan ringkas dan sedap. Hidangkan pada waktu petang ataupun pada hujung minggu bersama air teh o’ panas atau teh tarik.
