Resepi Donat Lembut & Gebu
Mencari resepi donat lembut dan gebu yang dijamin sedap? Panduan ini membawa anda langkah demi langkah untuk hasil terbaik, termasuk tips penyediaan, fakta pemakanan, dan cadangan sajian yang pasti membuatkan semua orang tersenyum!
Bahan-Bahan
Bahan-bahan Resepi Donat dibahagikan kepada dua (2) iaitu Bahan A dan Bahan B seperti dijelaskan dibawah.
Bahan-bahan A
- 1½ cawan air suam
- 1 paket yis kering
- 2 sudu besar susu pekat
- 2 sudu besar gula
Bahan-bahan B
- 4 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar marjerin
- 2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh garam
- Gula castor untuk salut donat nanti.
Cara Memasak
Resepi Donat disedikan dengan langkah demi langkah seperti dibawah.
- Campurkan bahan-bahan A yang diatas, kacau sikit dan biarkan kembang.
- Gaulkan bahan-bahan B sehingga menjadi seperti serbuk roti.
- Kemudian campurkan bancuhan yis sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung dan gaul rata. Jangan risau doh lembuk kerana selepas itu doh kita akan mengembang.
- Biarkan selama 1 jam atau sampai mengembang. Bekas adunan tu jangan lupa tutup.
- Apabila doh sudah elok naik kembang, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin.
- Amik sikit adunan, canai dan terap.
- Untuk membuat lubang donat ditengah, anda boleh tekap dengan penutup botol air mineral. Ataupun boleh guna acuan donat.
- Sediakan tepung gandum untuk elakkan melekat dijari semasa hendak membentuk dan terap donat.
- Taburkan juga tepung kat tempat susun donat tu untuk elak dari melekat.
- Donat akan kembang sekali lagi lepas dibentuk. Jadi, biarkan dalam masa lebih kurang setengah jam.
- Lepastu bolehlah goreng. Pastikan api tidak terlalu besar.
- Apabila siap digoreng, boleh tabur gula castor.
Tips Berguna
- Kawal Suhu Air: Air untuk yis perlu suam, bukan panas, untuk memastikan yis aktif tetapi tidak mati.
- Beri Masa untuk Doh Naik: Proses ini penting untuk mendapatkan donat yang lembut dan gebu.
- Bagi Tujuan Frozen: Caranya adalah dengan menggoreng sekejap sahaja. Apabila sudah sejuk, boleh simpan dalam peti ais.
Cadangan Penyajian
- Hidangan Terbaik: Donat paling sedap dinikmati segera selepas digoreng, bersama teh O atau kopi pekat.
- Penyimpanan: Simpan donat dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembutan sehingga 2 hari.
Fakta Pemakanan per Hidangan
Anggaran untuk 1 donat (jika menghasilkan 10 donat):
| Komponen Pemakanan | Nilai per Hidangan | % Nilai Harian |
|---|---|---|
| Kalori | 220 kcal | 11% |
| Karbohidrat | 35g | 13% |
| Protein | 4g | 8% |
| Jumlah Lemak | 6g | 9% |
| Lemak Tepu | 2g | 10% |
| Serat | 1g | 4% |
| Gula | 12g | 24% |
| Natrium | 200mg | 8% |
Nilai Harian berdasarkan diet 2,000 kalori. Keperluan individu mungkin berbeza.
- Kalori: Sesuai untuk kudapan ringan yang memberikan tenaga.
- Karbohidrat: Sumber tenaga utama yang memberi kelegaan sepanjang hari.
- Protein: Menyokong pembaikan dan pertumbuhan tisu badan.
- Jumlah Lemak: Menawarkan tenaga tambahan.
- Serat: Meningkatkan fungsi pencernaan dan kesihatan usus.
Kesimpulan
Resepi Donat ini adalah rahsia kepada hasil yang lembut, gebu, dan penuh rasa. Kombinasi kulit keemasan yang rangup, tekstur lembut di dalam, dan salutan gula yang manis menjadikannya kegemaran semua. Resepi ini mudah diikuti, sesuai untuk pemula dan pakar.
Sedia untuk mencuba? Jangan tunggu lagi! Hidangkan donat gebu ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda hari ini. Selamat mencuba!
