Resepi Kek Ala Tornado

Kek Ala Tornado menawarkan gabungan kelembutan kek coklat, kemewahan cream cheese, dan kepekatan coklat ganache. Resepi ini sesuai untuk peminat kek yang inginkan tekstur moist dan rasa mewah. Cubalah resepi ini hari ini dan nikmati pengalaman baking yang penuh kreativiti!

Melihat kepada namanya, Resepi Kek Ala Tornado ini mempunyai rasa yang cukup enak. Boleh menggunakan serbuk koko, coklat, milo atau ovaltine. Itulah kelebihan yang ada pada kek ini. Mari kita cuba!

Bahan-Bahan Resepi Kek Ala Tornado

Bahan-bahan Resepi Kek Ala Tornado terbahagi kepada tiga (3) iaitu: –

Bahan-Bahan Buat Kek

  • 3 biji telur ayam
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan minyak masak
  • 1½ cawan tepung naik sendiri (atau 1 cawan untuk kek lebih moist)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • ½ cawan serbuk koko (boleh ganti dengan Milo jika tiada serbuk koko)
  • ¼ cawan air panas

Bahan-Bahan Buat Cream Cheese

  • 250-gram cream cheese
  • 60ml whipping cream (boleh dilebihkan untuk kek lebih gebu)
  • 3-4 sudu besar susu pekat (boleh disesuaikan mengikut citarasa)

Bahan-Bahan Coklat Ganache

  • 100ml whipping cream
  • 250-gram milk compound (coklat masakan)
  • 2 sudu besar mentega/marjerin

*Untuk mendapatkan kek yang moist bagi Resepi Kek Ala Tornado, anda boleh guna 1 cawan tepung.

*Kalau tiada tepung naik sendiri, anda boleh guna tepung gandum dicampur 1 sudu kecil soda bikarbonat dan 1 sudu kecil baking powder (ayak).

Cara Memasak Resepi Kek Ala Tornado

Cara-Cara Buat Kek

Berikut adalah cara buat kek bagi Resepi Kek Ala Tornado yang perlu anda ikuti.

  1. Pukul telur bersama gula dan esen vanilla dan pukul rata-rata.
  2. Masukkan minyak masak (kacau biar sebati).
  3. Masukkan tepung, baking powder dan soda bicarbonat.
  4. Masukkan pula serbuk koko/ serbuk coklat/ serbuk milo.
  5. Akhir sekali, masukkan air panas dan kacau rata semua bahan-bahan di atas.

Cara-Cara Membakar Kek

Untuk Resepi Kek Ala Tornado, cara membakar kek juga ditunjukkan supaya kek dibakar dengan sempurna.

  1. Bakar api atas bawah suhu 180°c/ 50 minit bergantung pada tahap kepanasan oven anda.
  2. Selalu periksa kek anda menggunakan lidi. Jika tidak melekat itu tandanya kek anda sudah masak.

Cara-Cara Membuat Coklat Ganache

  1. Masukkan semua bahan-bahan coklat ganache.
  2. Double boiler sampai sebati.
  3. Akhir sekali, masukkan marjerin.

Cara-cara Buat Cream Cheese

Untuk Kek Ala Tornado, anda perlu ikuti 3 langkah mudah membuat cream cheese

  1. Mixer cream cheese sampai lembut.
  2. Tambahkan susu pekat (rasa tahap kemanisan yang anda suka).
  3. Masukkan whipping cream dan mixer sampai gebu dan ringan.

Masa Penyediaan

  • Masa Penyediaan: 20 minit
  • Masa Memasak: 45 minit
  • Jumlah Masa: 1 jam 5 minit

Tips untuk Kek Ala Tornado yang Sempurna

Gunakan Bahan Segar dan Berkualiti Tinggi

Pastikan semua bahan seperti cream cheese dan coklat berkualiti untuk rasa yang terbaik.

Sejukkan Kek Sebelum Ditambah Cream Cheese

Pastikan kek sejuk sepenuhnya sebelum menyapukan cream cheese untuk mengelakkan ia mencair.

Buat Corak Tornado yang Kreatif

Sapukan ganache dengan gaya tornado untuk penampilan yang lebih menarik dan unik.

Kukus Pun Boleh

Selain dari bakar kek, Resepi Kek Ala Tornado juga boleh dikukus, dan jika anda memilih untuk memasak kek dengan cara mengukus, anda boleh kukus selama 40-45 minit.

Untuk Tekstur Gebu

Tips untuk kek gebu tidak perlu guna mixer. Kacau guna sudip seperti buat kek brownies.

Fakta Pemakanan per Hidangan

Saiz Hidangan: 1 potongan kek (daripada 12 potongan keseluruhan kek bersaiz loyang 8 inci)

Komponen PemakananNilai per Potongan% Nilai Harian
Kalori350 kcal17.5%
Lemak20g31%
Karbohidrat38g12.5%
Protein5g10%

Nilai Harian adalah berdasarkan diet 2,000 kalori. Keperluan individu mungkin berbeza.

Cadangan Hidangan

Kek Ala Tornado ini sesuai dihidangkan pada majlis hari jadi, perayaan, atau sekadar sebagai pencuci mulut bersama keluarga. Tambahkan secawan teh panas untuk melengkapkan pengalaman menikmati hidangan ini.

Cubalah Resepi Kek Ala Tornado Hari Ini! Rasai kelazatan kek moist, cream cheese berkrim, dan ganache coklat yang mewah. Kek ini pasti menjadi kegemaran semua yang mencubanya. Selamat mencuba dan nikmati hasil baking anda dengan penuh kepuasan!

Mengapa Anda Mesti Cuba Resepi Kek Ala Tornado?

Disamping anda dapat mempelajari selok belok cara memasak dan membuat sesuatu juadah seperti Resepi Kek Ala Tornado, anda juga mendapat tips yang berguna bagaimana untuk memastikan masakan yang anda masak itu menjadi seperti dalam gambar dan sedap dimakan. Kami berharap perkongsian resipi dapat membantu anda mempelbagaikan lagi menu masakan anda dirumah dan seterusnya meningkatkan minat untuk membuat homemade cooking (cookies, main menu, kuih, biskut) dengan lebih bermotivasi.




Resepi Kek Ala Tornado Viral Terbaik

Resepi Aneka Kek Terbaik Mesti Anda Cuba

Rasai kek paling sedap dengan resepi mudah ini! Dari kek coklat yang lembut hingga kek buah yang menyegarkan, anda pasti akan jatuh cinta. Cuba resepi-resepi kek terbaik ini di rumah dan jadikan hadiah istimewa untuk keluarga!

Resepi Kek Rainbow Cheese Roll: Wajib Cuba

Resepi Kek Rainbow Cheese Roll Kek Rainbow Cheese Roll ini bukan sahaja memukau dengan warnanya yang ceria tetapi juga menawarkan kelembutan dalam setiap gigitan. Dengan...

Web Directories

Explore a wide range of information and resources tailored to your interests. Whether you’re looking for travel inspiration, financial tips, hobby ideas, product reviews, or more, our carefully selected links have something for everyone. Click the links above to start your journey toward discovering new experiences and expanding your horizons. Your next adventure is just a click away!

  1. https://asiaworldtour.com: “Asia World Tour: Your Gateway to Asian and World Adventures”
  2. https://personalfinancingloan.com: “Personal Financing Loan: Your Path to Financial Freedom”
  3. https://hobbyforte.com: “HobbyForte: Discover Your Car Passion, Explore Your Interests”
  4. https://reviewsanything.com: “ReviewsAnything: Your Trusted Source for Honest Gadget Reviews”
  5. https://rumahmampumilik.com: “Rumah Mampu Milik: Your Affordable Homeownership Journey Begins Here”
  6. https://malaysiadigit.com: “MalaysiaDigit: Your Digital Destination for News and Insights”
  7. https://vipmalaysia.com: “VIP Malaysia: Elevate Your Experience in Malaysia”
  8. https://nordiyana.com: “Indulge in Elegance at Nordiyana: Latest Recipe and Culinary Inspirations”
  9. https://e-penyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Simplifying Payroll Management for You”
  10. https://googleasia.org: “Google Asia: Explore the World and Asia’s Wonders with Google Asia”
  11. https://malaysiafit.com: “Malaysia Fit: Your Partner in Health and Wellness”
  12. https://koperasi.info: “Koperasi: Building Communities, Empowering Lives”
  13. https://recipeinside.com: “RecipeInside: Unveiling Culinary Creations, Your Guide to Delicious Dishes”
  14. https://asiahealthcenter.com: “Asia Health Center: Your Source for Holistic Wellness Solutions”
  15. https://nationalhealthcenters.com: “National Health Centers: Your Source for Vital Health Information and Community Care”
  16. https://malaysiabit.com: “MalaysiaBit: Stay Informed, Stay Connected”
  17. https://epenyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Your Digital Payslip Solution”
  18. https://koperasi.work: “Koperasi Work: Collaborate, Innovate, Succeed”
  19. https://koperasi.business: “Koperasi Business: Driving Entrepreneurship, Fostering Growth

Sumber : Fatimah Saari

error: