Resepi Kek Marble Kurang Manis
Kek Marble Kurang Manis adalah pilihan ideal untuk mereka yang menggemari kek dengan rasa ringan dan kurang kandungan gula. Dengan resepi ini, anda dapat menikmati kelembutan kek dan corak marble yang menarik tanpa rasa manis yang berlebihan. Cubalah resepi ini untuk sesi baking yang santai dan hasil yang memuaskan!
Resepi Kek Marble Kurang Manis ini mempunyai penampilan yang sangat vibrant iaitu berjalur seperti pak belang iaitu harimau. Walaupun nampak ganas, tetapi kek ini sebenarnya sangat lembut, moist dan kurang manis sama seperti tajuk resepi ini. Jom kita cuba buat sama-sama!
Bahan-Bahan
Berikut adalah bahan-bahan untuk membuat Kek Marble yang kurang manis yang mesti anda cuba:-
Bahan Utama
- 250-gram butter
- ¾ cawan gula halus (boleh kurangkan untuk rasa yang lebih ringan)
- 4 biji telur Gred C
- 3 sudu besar susu pekat
- 2 cawan tepung super fine (diayak bersama soda bikarbonat)
- 2 sudu kecil soda bikarbonat (diayak bersama tepung)
- Sedikit esen vanilla
- 2 sudu besar serbuk koko (untuk corak marble)
Cara Membuat
Cara-cara membuat Kek Marble Kurang Manis:
- Putar butter bersama gula sehingga kembang. (Guna buttercup bau lebih wangi)
- Masukkan telur satu persatu.
- Masukkan essence vanila dan susu pekat. Putar lagi hingga sebati.
- Campurkan tepung bersama soda bikarbonate dan masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit. Putar sehingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian campurkan dengan serbuk koko manakala satu lagi plain.
- Ambil satu adunan dan letak di tengah loyang. Kemudian, ambil satu senduk adunan koko tindihkan tengah adunan pertama tadi.
- Ulang berselang-seli sehingga habis. Kalau adunan susah untuk diratakan, goyangkan atau gunakan sudu.
- Bakar mengguankan oven dengan suhu 170° selama 50 minit atau sehingga warna bertukar perang.
- Perhatikan jika kurang masak, boleh tambahkan lagi masa.
Masa Penyediaan
- Masa Penyediaan: 20 minit
- Masa Memasak: 45 minit
- Jumlah Masa: 1 jam 5 minit
Tips Berguna
Gunakan Tepung Super Fine Berkualiti Tinggi
Pastikan tepung yang digunakan memberikan kek yang lebih ringan dan gebu.
Jangan Overmix Adunan
Kacau adunan secukupnya untuk menghasilkan tekstur kek yang lembut dan gebu.
Eksperimen dengan Corak Marble
Corak marble adalah peluang untuk kreativiti—lakar corak yang unik dengan lidi!
Pilih Tepung Terbaik
Resepi Kek Marble Kurang Manis menggunakan Tepung Super Fine ini adalah piilhan terbaik untuk anda guana kerana tidak perlu diayak dan Insha’Allah texture kek sangat lembut.
Fakta Pemakanan per Hidangan
Saiz Hidangan: 1 potongan kek (daripada 12 potongan keseluruhan kek bersaiz loyang 8 inci)
| Komponen Pemakanan | Nilai per Potongan | % Nilai Harian |
|---|---|---|
| Kalori | 270 kcal | 13.5% |
| Lemak | 14g | 21.5% |
| Karbohidrat | 28g | 9% |
| Protein | 4g | 8% |
Nilai Harian adalah berdasarkan diet 2,000 kalori. Keperluan individu mungkin berbeza.
Cadangan Hidangan
Kek Marble Kurang Manis ini sesuai untuk dihidangkan pada waktu minum petang atau sebagai pencuci mulut selepas makan malam. Tambahkan secawan teh atau kopi untuk menikmati rasa yang lebih sempurna.
Cubalah Resepi Kek Marble Kurang Manis Hari Ini! Resepi ini memberikan kelembutan dan rasa klasik dengan sentuhan manis yang sederhana. Selamat mencuba dan nikmati hasil baking anda bersama keluarga tersayang!
