,

Resepi Kentang Putar Ala KFC

Nikmati hidangan Kentang Putar Ala KFC yang lemak, lembut, dan berkrim dengan sos gravy yang kaya dan beraroma. Resepi ini adalah penyelesaian sempurna untuk hidangan keluarga atau sajian sampingan di setiap majlis. Cubalah resepi ini hari ini untuk merasai keenakan homemade yang setanding restoran!

Resepi Kentang Putar boleh dijadikan menu yang sedap apabila dibakar bersama ayam goreng ala KFC juga tidak begitu? Ikuti resepinya yang mudah sekali disini.

Bahan-Bahan

Bahan Kentang

Bahan Sos (Gravy)

Cara Membuat

Terdapat dua (2) cara membuat Kentang Putar Ala KFC ini iaitu yang pertamanya membuat kentang putar dan keduanya membuat sos.

Cara-Cara Membuat Kentang Putar

  1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong sama besar.
  2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 20 minit.
  3. Bila kentang sudah empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Dah kering boleh alihkan dari atas api.
  4. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
  5. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
  6. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.

Cara-Cara Membuat Sos Kentang Putar

Berikut adalah cara membuat sos.

  1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang. Biarkan buttercaramelized (bertukar warna sedikit perang (warna caramel)).
  2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
  3. Masukkan air dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.
  5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
  6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tidak berketul.
  7. Siap, hidangkan sos yang dah siap bersama kentang putar.

Masa Penyediaan

Tips Berguna

Gunakan Kentang Tepung (Starchy Potatoes)

Jenis kentang seperti Russet memberikan hasil yang lebih gebu dan lembut.

Masak Tepung Jagung dengan Tepat

Pastikan tepung jagung dimasukkan sedikit demi sedikit untuk elakkan gravy bergentel.

Eksperimen dengan Gravy

Tambahkan sedikit serbuk cendawan atau rempah herba untuk variasi rasa gravy.

Fakta Pemakanan per Hidangan

Saiz Hidangan: 1 mangkuk kecil kentang putar dengan gravy (daripada 6 hidangan keseluruhan)

Komponen PemakananNilai per Hidangan% Nilai Harian
Kalori250 kcal12.5%
Lemak10g15%
Karbohidrat35g12%
Protein4g8%
Gula2g1%
Serat5g20%

Nilai Harian adalah berdasarkan diet 2,000 kalori. Keperluan individu mungkin berbeza.

Cadangan Hidangan

Kentang Putar Ala KFC ini sesuai dihidangkan bersama ayam goreng, sayur-sayuran rebus, atau sebagai sajian sampingan untuk makan malam keluarga. Pastikan gravy dicurah panas-panas di atas kentang untuk rasa yang lebih menyelerakan.

Cubalah Resepi Kentang Putar Ala KFC Hari Ini! Dengan rasa yang kaya dan tekstur yang lembut, hidangan ini pasti menjadi kegemaran ramai. Selamat mencuba dan nikmati hidangan istimewa ini bersama orang tersayang!

Resepi Kentang Putar Ala KFC Mudah dan Sedap

More posts

error: