, ,

Resepi Laksa Johor Ikan Tenggiri

Laksa Johor Ikan Tenggiri adalah hidangan istimewa yang menggabungkan keunikan spaghetti dengan kuah laksa lemak berempah. Kaya dengan rasa ikan tenggiri dan sambal belacan pedas, hidangan ini sempurna untuk sebarang majlis. Cubalah resepi ini hari ini dan nikmati keistimewaan tradisi Johor di meja makan anda!

Bahan-Bahan

Resepi Laksa Johor Ikan Tenggiri sangat dikenali di negeri selatan tanahair Malaysia kerana mempunyai rasa yang tidak sama dengan laksa utara atau laksa asam. Resepi Laksa Johor Ikan Tenggiri ini adalah resepi terbaik wajib anda cuba dirumah jika sudah bosan dengan menu nasi putih. Anda boleh menggunakan ikan tenggiri ataupun ikan kembung, selar mata besar dan sebagainya.

Laksa Johor dibahagikan kepada bahan utama, bahan kisar untuk membuat kuah laksa dan ramuan sambal belacan. Nikmati Resepi Laksa Johor Ikan Tenggiri yang kini berada dirumah anda. Mari kita dapatkan ramuan-ramuannya seperti dibawah.

Bahan Utama Laksa

Bahan Membuat Sambal Belacan

Bahan Kisar Kuah Laksa Johor

Cara Memasak

Resepi Laksa Johor Ikan Tenggiri ini disediakan menurut tiga (3) cara membuatnya iaitu menyediakan ikan laksa, membuat kuah laksa Johor dan yang terakhir cara membuat sambal belacan.

Cara Menyediakan Kuah Laksa

Ikuti langkah demi langkah membuat kuah Laksa Johor Ikan Tenggiri dapat ditunjukkan seperti dibawah.

  1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Masukkan lengkuas dan udang kering.
  3. Panaskan minyak dan masukkan serai.
  4. Tumis bahan-bahan sehingga pecah minyak.
  5. Kemudian, masukkan rempah kari dan gaul rata
  6. Selepas itu, masukkan isi ikan, asam keping, bunga kantan, daun kesum.
  7. Masukkan santan dan air (sebagai kuah).
  8. Anda bolehlah meletakkan kerisik diikuti dengan garam, gula dan sedikit perasa.
  9. Masak hingga kuah pekat.
  10. Hiaskan dengan hirisan timun, tauge, hirisan bawang, bunga kantan, daun selasih, pudina dan sambal belacan.

Cara Membuat Sambal Belacan

  1. Semua bahan bertanda ** digoreng dengan minyak yang sedikit.
  2. Kemudian kisar menggunakan blender sehingga lumat dengan meletakkan sedikit air suam.
  3. Perasakan dengan gula, perasa atau garam. Saya tidak letak garam kerana belacan itu sendiri sudah masin.
  4. Perah kan limau Kasturi.

Cara Menyediakan Bahan Utama Ikan Laksa

  1. Bersihkan ikan terlebih dahulu.
  2. Rebus dengan asam keping.
  3. Setelah siap direbus, asingkan isi ikan dengan tulang ikan dan kisar bersama air rebusan. Ketepikan.
  4. Rebus spaghetti dengan sedikit minyak.
  5. Selepas siap semua diatas, toskan dan selepas itu gulungkan.

Petua Memasak Nordiyana: Selain dari ikan tenggiri, anda juga boleh menggunakan pelbagai jenis ikan seperti ikan kembung, pelaling dan selar mata besar untuk menghasilkan kuah Laksa Johor yang sedap dan padat isinya.

Masa Penyediaan

Tips Berguna

Gunakan Ikan Tenggiri Segar

Ikan tenggiri memberikan rasa kuah yang lebih kaya dan pekat.

Seimbangkan Rasa Kuah

Pastikan rasa lemak, masam, dan pedas seimbang untuk pengalaman makan yang sempurna.

Masak dengan Penuh Kasih Sayang

Bersabar dengan langkah penyediaan kerana setiap lapisan rasa akan terbina dengan sempurna.

Fakta Pemakanan per Hidangan

Saiz Hidangan: 1 pinggan Laksa Johor (daripada 6 pinggan keseluruhan)

Komponen PemakananNilai per Pinggan% Nilai Harian
Kalori320 kcal16%
Lemak14g22%
Karbohidrat40g13%
Protein20g40%
Gula8g4%
Serat5g20%

Nilai Harian adalah berdasarkan diet 2,000 kalori. Keperluan individu mungkin berbeza.

Cadangan Hidangan

Laksa Johor Ikan Tenggiri ini sesuai dihidangkan panas-panas bersama sambal belacan, hirisan limau kasturi, dan sambal pedas tambahan. Jangan lupa tambahkan ulam-ulaman segar untuk melengkapkan hidangan tradisional ini!

Cubalah Resepi Laksa Johor Ikan Tenggiri Hari Ini! Hidangan istimewa ini bukan sahaja meningkatkan kesihatan tetapi juga membawa sentuhan klasik Johor ke meja makan anda. Selamat mencuba dan nikmati keajaiban rasa di setiap suapan!

Sumber: fatimah ali

Resepi Laksa Johor Ikan Tenggiri Terbaik

More posts

error: