Resepi Mini Cheesecake
Mini Cheesecake adalah hidangan pencuci mulut yang lembut dan lazat, sesuai untuk sebarang majlis. Dengan bahan-bahan yang mudah didapati dan langkah penyediaan yang ringkas, anda pasti berjaya membuatnya. Cubalah resepi ini hari ini untuk membawa keindahan rasa ke dapur anda!
Mini Cheesecake sedap dimakan sejuk-sejuk. Dan bahan-bahannya juga mudah didapati di pasaraya berdekatan anda. Jom kita belajar resipi ini sama-sama!
Bahan-Bahan
Bahan-bahan Resepi Mini Cheesecake dikategorikan kepada dua (2) iaitu bahan utama dan bahan adunan cheese:
Bahan Utama
- 20 keping Biskut Marie atau Biskut Oreo – dikisar halus
- 30 keping paper cupcake
- 5 sudu besar butter – dicairkan tuang ke dalam biskut
Bahan Adunan Cheese
- 250-gram cheese tatura (boleh guna jenama lain)
- ½ cawan gula pasir
- 2 bji telur ayam gred A
- Esen Vanilla
- ½ cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil lemon jus atau Sunquick (optional)
- 3 sudu besar yogurt asli
Cara Membuat
Resepi Mini Cheesecake disediakan berdasarkan kepada tiga (3) kategori iaitu cara membuat bahan utama, cara membuat cheese tatura dan cara membakar mini cheese cake.
Cara Membuat Bahan Utama
- Mula-mula gaul rata bahan-bahan utama (biskut dan butter)
- Apabila kedua-dua bahan sudah digaul rata, masukkan 1 sudu besar bahan yang telah digaul rata ke dalam paper cupcake.
- Tekan-tekan sedikit biskut kisar tadi.
- Ulangi proses ini hingga habis.
Cara Membuat Adunan Cheese Tatura
- Cheese tatura dicairkan dengan digaul dahulu selama 10 minit.
- Masukkan gula pasir dan kacau rata dengan adunan cheese tatura tadi.
- Masukkan telur satu persatu diikuti dengan esen vanilla.
- Gaul rata dalam 10 minit hingga adunan sebati.
- Kemudian masukkan tepung gandum diikuti dengan jus lemon atau Sunquick dan kacau rata hingga sebati.
- Akhir sekali, masukkan yogurt asli.
- Kaup balik hingga sebati.
- Isikan ke dalam bekas cupcake.
Cara Membakar
- Panaskan oven pada suhu 160°c dan bakar selama 20minit.
- Sejukkan dahulu mini cheese cake sebelum letak topping. Anda boleh meletakkan filing strawberry atau buah strawberry.
- Siap mini cheese cake anda! Semoga berjaya!
Masa Penyediaan
- Masa Penyediaan: 20 minit
- Masa Memasak: 20 minit
- Jumlah Masa: 40 minit
Tips Berguna
Gunakan Cream Cheese Berkualiti Tinggi
Cream cheese yang premium menghasilkan kek dengan tekstur lembut dan rasa yang kaya.
Sejukkan Sebelum Diangkat
Cheesecake perlu disejukkan sepenuhnya supaya lebih mudah dikeluarkan dari paper cupcake.
Hias dengan Kreativiti
Tambahkan topping seperti buah beri segar, coklat cair, atau taburan gula icing untuk sentuhan akhir.
Untuk Menambah Kesedapan
Resepi Mini Cheese Cake ini boleh juga menggukan unsalted butter untuk mendapatkan rasa yang sempurna dan lebih lemak berkrim.
Fakta Pemakanan per Hidangan
Saiz Hidangan: 1 mini cheese cake (daripada 30 mini cheese cakes keseluruhan)
| Komponen Pemakanan | Nilai per Mini Cheese Cake | % Nilai Harian |
|---|---|---|
| Kalori | 180 kcal | 9% |
| Lemak | 12g | 18% |
| Karbohidrat | 15g | 5% |
| Protein | 3g | 6% |
Nilai Harian adalah berdasarkan diet 2,000 kalori. Keperluan individu mungkin berbeza.
Cadangan Hidangan
Mini Cheesecake ini sangat sesuai untuk majlis keramaian, sebagai hadiah, atau untuk hidangan minum petang yang lazat. Tambahkan buah-buahan segar atau sos manis untuk melengkapkan rasa.
Cubalah Resepi Mini Cheesecake Hari Ini! Dengan rasa yang lembut dan saiz yang comel, kek ini pasti memikat hati semua yang mencuba. Selamat mencuba dan nikmati hidangan istimewa ini bersama orang tersayang!
Sumber: Ieda Jahaya
