, ,

Resepi Nasi Ayam Pahang

Nasi Ayam Pahang ialah hidangan istimewa yang menggabungkan keunikan rasa tradisional dengan sentuhan moden. Hidangan ini terkenal dengan ayam yang dimasak sempurna, nasi yang beraroma, dan pelengkap seperti sambal serta sup ayam yang menyegarkan. Jom kita cuba resepi ini untuk sajian keluarga yang pasti disukai semua!

Bahan-Bahan

Bahan-Bahan untuk Memasak Ayam

Bahan Perapan Ayam (2 Ketul Peha Ayam)

Bahan-Bahan Membuat Nasi Ayam

Bahan-Bahan Sos Nasi Ayam

Bahan-Bahan Membuat Kicap Nasi Ayam

Bahan-Bahan Membuat Sup

Cara Memasak

Cara Penyediaan Ayam

  1. Basuh ayam hingga bersih.
  2. Rebus ayam dengan halia dan bawang putih yg ditumbuk.
  3. Air mesti banyak sebab nanti akan digunakan untuk memasak nasi, sup, sos dan kicap.
  4. Angkat ayam dan toskan apabila sudah mendidih.

Cara Membuat Ayam Bakar

  1. Gaul semua bahan-bahan dan perap ayam dalam 30 minit.
  2. Sapukan butter dan minyak bijan.
  3. Bakar di dalam oven selama 30 minit pada suhu 180c.
  4. Setelah ayam siap masak, sapu lagi butter dan minyak bijan tadi untuk mendapatkan hasil yang menarik.

Cara Memasak Nasi Ayam

  1. Panaskan minyak sapi dan butter dalam periuk nasi elektrik di atas dapur gas.
  2. Tumiskan daun pandan, serai, halia dan 4 sekawan hingga naik wangi.
  3. Masukkan beras basmathi dan gaul sebati.
  4. Kemudian masukkan 3-3 1 /2 cawan air stok ayam dan garam serta gaul sebati.
  5. Selepas itu, alihkan periuk nasi dan masukkan ke atas periuk elektrik. Biarkan sehingga nasi masak.
  6. Setelah masak, kacau nasi supaya masak sekata.

Cara Membuat Sos Nasi Ayam

  1. Kisar 4 biji cili merah dengan seulas bawang putih menggunakan air stok ayam tadi.
  2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar di dalam periuk dan masakkan dengan api perlahan.
  3. Masukkan sedikit gula, garam, cuka dan sos cili bagi mendapatkan rasa sos.
  4. Letakkan sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah sos.

Cara Membuat Kuah Kicap

  1. Ambil lebihan bahan-bahan perapan ayam tadi bersama sedikit air stok ayam dan masakkan di dalam periuk.
  2. Biarkan kuah kicap mendidih dan tutup api.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya.

Cara Membuat Kuah Sup

  1. Panaskan lebihan air stok ayam dalam periuk.
  2. Masukkan kiub pati ayam dan tambah garam secukupnya.
  3. Masak hingga mendidih.
  4. Taburkan dengan hirisan daun sup.

Tips Berguna

Serving Suggestions

Fakta Pemakanan

(Based on standard serving size)

Komponen PemakananNilai per Hidangan (1 Pinggan)% Nilai Harian
Kalori520 kcal26%
Protein25 g50%
Lemak15 g23%
Karbohidrat60 g20%
Gula12 g24%
Serat3 g12%
Sodium700 mg29%

Sumber: Mdm Kelly

Resepi Nasi Ayam Pahang

More posts

error: