,

Resepi Puding Selasih

Bayangkan menikmati pencuci mulut yang lembut, menyegarkan, dan manis—itulah Puding Selasih! Mudah disediakan dan pasti memukau hati sesiapa yang mencubanya. Ikuti langkah-langkah resepi di bawah, lengkap dengan tips dan cadangan hidangan untuk pengalaman memasak yang menyeronokkan.

Bahan-Bahan

Resepi Puding Selasih adalah salah satu kepelbagaian dalam seni membuat puding dikalangan orang melayu. Cubalah resepi ini. Selain sedap, ia juga dapat menyejukkan badan kerana terdapat biji selasih.

Resepi Puding Selasih disediakan dengan mengetahui terlebih dahulu bahan-bahan untuk membuat lapisan bawah kuih puding dan lapisan atas puding. Saksikan seperti dibawah.

Lapisan Bawah

Lapisan Atas

Cara Membuat

Resepi Puding Selasih perlu dibuat lapisan atas dan bawah puding dan semuanya ditunjukkan seperti dibawah.

Cara Membuat Bahan Lapisan Bawah Puding

  1. Masakkan air, serbuk agar-agar dan gula hingga gula melarut.
  2. Tuangkan susu cair dan kemudian masuk garam. Kacau sebati.
  3. Masak hingga mendidih. Sudah masak, tutup api.
  4. Tapis dan tuang dalam loyang @ acuan yang dibasahkan dengan air.
  5. Biarkan ia mengeras.

Cara Membuat Lapisan Atas Puding

  1. Sebelum tu rendam biji selasih selama 2 jam lebih (bagi kembang).
  2. Didihkan air, serbuk agar-agar dan gula hingga larut.
  3. Tuang pati sirap ros dan kacau rata-rata. Masukkan pula daun pandan dan secubit garam.
  4. Kemudian, biarkan mendidih sekejap dan tutup api.
  5. Tapis dan tuang dalam bekas biji selasih. Kacau sebati selepas itu.
  6. Sebelum tuang, cakar-cakarkan dulu permukaan agar-agar tadi. Selepas itu, barulah tuang agar-agar selasih di atasnya.
  7. Biarkan mengeras seketika.
  8. Akhir sekali, sejukkan dalam peti sejuk 2 jam atau lebih.
  9. Sedia untuk dihidangkan untuk seisi keluarga.

Masa Penyediaan

Masa Penyediaan: 15 minit Masa Memasak: 25 minit Jumlah Masa: 40 minit

Tips Berguna

Cadangan Hidangan

Hidangkan Puding Selasih dengan potongan kecil berbentuk segi empat untuk mudah dimakan. Untuk sentuhan tambahan, sajikan dengan daun pudina segar atau sirap gula melaka.

Fakta Pemakanan Per Hidangan

Berikut ialah anggaran kandungan nutrisi (untuk 1 keping atau 1 cawan kecil):

Komponen PemakananNilai per Hidangan% Nilai Harian
Kalori120 kcal6%
Karbohidrat25g8%
Protein2g4%
Lemak2g3%
Gula15g30%
Serat1g4%

Nilai Harian adalah berdasarkan diet 2,000 kalori. Keperluan individu mungkin berbeza.

Dengan resepi ini, anda boleh memanjakan tetamu dan keluarga dengan Puding Selasih buatan sendiri yang lazat. Pastikan anda mencuba tips yang diberikan untuk hasil terbaik. Selamat mencuba dan menikmati!

Resepi Puding Selasih

More posts

error: