Resepi Pulut Seri Muka Asli De Wan

Resepi Pulut Seri Muka Asli Mudah dan Sedap adalah kuih tradisional melayu yang sangat digemari oleh semua golongan masyarakat. Caranya mudah sahaja. Anda hanya mengikuti langkah demi langkah ini untuk mendapatkan hasil yang sama seperti pada gambar. Mari kita cuba!

Bahan-Bahan

Bahan Lapisan Pulut

  • 1 1/2 cawan beras pulut (rendam dalam air selama 1jam)
  • 1 1/4 cawan.santan cair
  • 1 sudu kecil garam

Bahan Lapisan Hijau

  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula kasar
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur gred B
  • pewarna hijau sikit

Cara Memasak

Cara Memasak Lapisan Pulut (Loyang 8×8)

  1. Kukus pulut dan semua bahan diatas sehingga masak selama 15  ke 20 minit.
  2. Mampatkan di loyang.

Cara Memasak Lapisan Hijau

  1. Kukus selama 20 minit lagi.
  2. Masuk lapisan hijau guna api yang kuat dalam 5 minit.
  3. Kemudian perlahan api sehingga menjadi api sederhana dan kukus sehingga masak.

Did you know?

Sentiasa lap penutup kukus 5-10 minit sekali ataupun tutup kuih anda dengan aluminium foil.

Untuk mendapatkan santan sedap dan berbau wangi pada Resepi Pulut Seri Muka Asli Mudah dan Sedap, blend kelapa parut dengan pandan sekali. sukat 2 cawan kelapa parut dan air dan selepas itu baru tuang di atas lapisan pulut. Jangan lupa untuk tapiskan terlebih dahulu ya.

Credit recipe: Dina Syafiqa

Resepi Pulut Seri Muka Asli
error: