,

Resepi Rendang Daging Kegemaran Malaysia

Rendang Daging adalah masakan klasik Melayu yang sangat memikat selera. Kaya dengan aroma rempah dan tekstur lembut, hidangan ini sesuai untuk sebarang majlis istimewa atau perayaan. Ikuti langkah-langkah berikut untuk menyediakan rendang daging yang memukau, lengkap dengan cadangan penyediaan, fakta pemakanan, dan tips berguna.

Bahan-Bahan

Untuk resepi rendang daging ini, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut: –

Bahan Utama

Bahan Dikisar Halus

Bahan Tumisan

Cara Memasak

Berikut adalah cara memasak rendang daging langkah demi langkah:

  1. Satukan bahan kisar halus bersama rempah kari, kacau rata hingga sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing.
  3. Kemudian, masukan rempah kari + bahan kisar halus tadi dan masak hingga terbit minyak dan rempah garing, guna api sederhana dan kacau selalu.
  4. Masukkan daging dan kacau rata. Masak hingga daging kecut. Tuang santan, kacau dan biar mendidih hingga pekat.
  5. Selepas itu, masukkan garam (sedikit dahulu), kerisik, asam gelugor dan daun limau purut. Kacau rata dan terus memasak hingga sedikit kering. Kalau masa ini daging masih agak keras, tuang sedikit air panas dan sambung masak, guna api kecil.
  6. Masukkan gula melaka dan sedikit lagi garam. Kacau rata dan masak hingga rendang kering tapi masih lembap.
  7. Akhir sekali, masukkan hirisan bunga dan daun kunyit, gaul rata dan masak lagi sehingga anda puas hati dengan rasa.
  8. Hidangkan resepi daging masak rendang bersama ketupat, lemang, nasi dan sebagainya.

Tips Berguna

Cadangan Hidangan

Rendang Daging sangat sesuai dihidangkan bersama nasi putih panas, ketupat, atau lemang. Lengkapkan dengan sambal belacan dan acar timun untuk rasa yang lebih harmoni.

Masa Penyediaan

Fakta Pemakanan Per Hidangan

Berikut adalah anggaran kandungan nutrisi Resepi Rendang Daging (untuk 1 keping daging daripada anggaran 20 keping):

Komponen PemakananNilai per Hidangan% Nilai Harian
Kalori300 kcal15%
Karbohidrat10g3%
Protein25g50%
Lemak20g31%
Gula6g12%
Serat2g8%

Nilai Harian adalah berdasarkan diet 2,000 kalori. Keperluan individu mungkin berbeza.

Dengan resepi ini, anda boleh menyediakan Rendang Daging yang tradisional, kaya dengan rasa rempah, dan pasti menggembirakan keluarga serta tetamu. Selamat mencuba!

FAQ

Kenapa anda mesti membuat resepi rendang daging?

Anda mesti membuat resepi rendang daging kerana ia adalah salah satu makanan  yang sangat digemari di Malaysia. Hidanan ini juga sangat terkenal dan biasanya disajikan hampir setiap rumah orang Melayu Malaysia yang menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jadi, anda haruslah mendapatkan resepi yang betul-betul tulen supaya masakan anda menjadi sedap dan boleh dinikmati semua.

Adakah mudah untuk membuat resepi rendang daging?

Ya, jawapanya ia tidaklah sesusah mana membuat resepi rendang daging seperti yang kebanyakan orang sangkakan. Anda perlu menyiapkan bahan-bahan seperti daging, cili, bawang merah, bawang putih, kunyit, jintan manis, garam, serbuk kari dan tentu saja minyak masak. Semestinya dalam setiap masakan rendang akan menggunakan santan dan kerisik.

Resepi Rendang Daging Kegemaran Malaysia

More posts

error: