,

Resepi Siakap 3 Rasa ala Thai

Siakap 3 Rasa Ala Thai adalah pilihan sempurna untuk hidangan keluarga dengan rasa yang memikat. Ia adalah menu wajib cuba dirumah untuk menambah selera anak-anak dengan rasa yang mengkagumkan dengan menggabungkan elemen rasa masam, manis, dan pedas dalam satu sajian yang penuh kenikmatan. Jom cuba buat di rumah hari ini!

Masa Penyediaan

Cadangan Penyediaan

Hidangkan Siakap 3 Rasa Ala Thai dengan nasi putih panas dan pelengkap seperti acar timun, ulam-ulaman segar, atau sambal belacan untuk pengalaman makan yang lebih memuaskan.

Bahan-Bahan

Resepi Siakap 3 Rasa ala Thai adalah menu makanan seisi keluarga yang mempunyai rasa seperti Restoran Siam kegemaran anda. Anak-anak pasti menyasarkan menu ini dan akan makan dengan kenikmatan tahap tinggi. Disini kami akan kongsi resepi  ini untuk tatapan semua.

Bahan Utama

Bahan Membuat Kuah

Cara Memasak

Resepi Siakap 3 Rasa ala Thai dibahagikan kepada cara menggoreng dan cara membuat kuah seperti diterangkan dibawah.

Cara Menggoreng Ikan Siakap

  1. Lumurkan ikan siakap dengan campuran garam, halia, dan bawang putih yang telah ditumbuk.
  2. Taburkan tepung jagung dan gaul rata untuk tekstur lebih rangup.
  3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga keemasan serta masak sepenuhnya.

Cara Membuat Kuah Siakap 3 Rasa

Resepi Siakap 3 Rasa ala Thai ini jika diikuti semua langkah dengan teliti pasti dapat menghasilkan kuah 3 rasa yang betul-betul padu kerana mempunyai rasa masam manis dan tidak pedas. Berikut adalah cara membuat kuah Siakap 3 Rasa ala Thai seperti dibawah.

  1. Panaskan 1 senduk kecil minyak daripada lebihan gorengan ikan tadi.
  2. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan halia dan akar batang pokok ketumbar. Simpan sedikit daun ketumbar untuk hiasan.
  3. Masukkan bawang Holland dan pes tom yam, kacau rata seketika.
  4. Tambahkan air mengikut jumlah kuah yang diingini dan biarkan sekejap mendidih.
  5. Masukkan semua sos dan perisakan dengan garam, gula, dan serbuk perasa.
  6. Masukkan carrot, nenas, timun, tomato, dan cili padi yang diketuk.
  7. Tambahkan air tepung jagung dan kacau rata hingga kuah sedikit pekat.
  8. Biarkan mendidih sebentar, kemudian tutup api.

Penyediaan Akhir

  1. Tuangkan kuah di atas ikan yang telah digoreng.
  2. Hiaskan hidangan dengan daun ketumbar, tomato, timun, dan daun salad.

Tips Berguna

Fakta Pemakanan per Hidangan

Maklumat ini adalah berdasarkan 1 keping ikan daripada jumlah kira-kira 5 keping ikan.

Komponen PemakananNilai per Hidangan (1 Keping)% Nilai Harian
Kalori210 kcal11%
Protein15 g30%
Lemak10 g15%
Karbohidrat8 g3%
Gula6 g12%
Serat3 g12%
Sodium350 mg15%

*Nilai Harian adalah berdasarkan diet 2,000 kalori. Keperluan individu mungkin berbeza.*

Kesimpulan

Sumber: Azizah Daud

Resepi Siakap 3 Rasa Ala Thai Sedap Terbaik

More posts

error: