Resepi Karipap Pusing
Jika anda tercari-cari resepi sebenar membuat karipap, Resepi Karipap Pusing Garing Enak Sedap Terbaik adalah jawapannya untuk anda buat sendiri dirumah. Memang sedap jika digoreng dan dimakan panas-panas. Mari kita cuba membuatnya!
Bahan-Bahan
Resepi Karipap Pusing Garing Enak Sedap Terbaik sedap dibuat dan boleh dimakan petang ini bersama keluarga tersayang. Jangan lupa buat air teh tarik atau Nescafe tarik tentu sedap dan semua orang gembira. Bahan-bahan untuk resepi ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti ditunjukkan dibawah.
Bahan-bahan Doh Minyak
- 300gm tepung gandum
- secubit garam
- 1/4 cawan minyak masak
- 1/2 cawan air suam
Bahan-bahan Membuat Doh Marjerin
- 150gm tepung gandum
- 100gm marjerin
Bahan-bahan untuk Membuat Inti Karipap
- 4 biji kentang
- 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 2 ulas bawang putih (diketuk)
- 1 sudu rempah kari (dibancuh dengan 1 cawan air)
- 5 helai daun kari (tapi saya tak letak)
- 1 sudu serbuk bilis
- Secubit garam
Cara Memasak
Cara membuat Resepi Karipap Pusing Garing Enak Sedap Terbaik dapat dibahagikan kepada tiga (3) bahagian iaitu cara membuat doh minyak, doh marjerin dan buat inti karipap. Sila ikuti langkah demi langkah dengan teliti.
Cara Membuat Doh Minyak
Cara membuat doh minyak bagi Resepi Karipap Pusing Garing Enak Sedap Terbaik dapat ditunjukkan kepada 3 langkah mudah seperti dibawah.
- Campurkan secubit garam ke dalam tepung.
- Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari.
- Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yang tidak melekit di tangan.
Cara Menyediakan Doh Marjerin
Bagi Resepi Karipap Pusing Garing Enak Sedap Terbaik diberi penerangan cara menyediakan doh marjerin ditunjukkan seperti berikut.
- Marjerin ditambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang tidak melekit di tangan. Sediakan doh marjerin dan uli hingga berminyak.
- Sediakan doh minyak dicampur dengan air. Uli dan biasanya doh minyak 2 kali lebih banyak dari doh marjerin.
- Letak doh marjerin dalam doh minyak.
- Balut doh dan tutup keseluruhan doh marjerin dengan doh minyak.
- Canaikan doh.
- Potong doh yang di canai.
- Gulung doh.
- Canai sekali lagi.
- Gulung doh kali ke 2.
- Potong guna pisau doh yang di gulung akan menghasilkan pusaran, boleh canai dan bubuh inti karipap, kelim dan goreng,
Cara Buat Inti Karipap
Inti karipap Resepi Karipap Pusing Garing Enak Sedap Terbaik tidaklah susah tetapi memerlukan ketelitian dan mengambil sedikit masa untuk menyediakannya.
- Kentang dikupas dan dipotong dadu.
- Rebus kentang hingga hampir empuk.
- Angkat, toskan dan ketepikan.
- Panaskan minyak dan masukkan bawang besar dan bawang putih.
- Tumis hingga kekuningan.
- Masukkan rempah kari dan tumis hingga naik minyak.
- Masukkan serbuk bilis dan garam.
- Akhir sekali, masukkan kentang yang telah direbus tadi.
- Kacau sebati hingga kuah kering.
- Angkat dan ketepikan. Selamat mencuba!
Credit recipe: Resepi Aqilah II
