Resepi Soto Ayam
Soto Ayam adalah hidangan berkuah yang kaya dengan rasa rempah, ayam lembut, dan pelengkap yang menyempurnakan hidangan. Resepi ini adalah pilihan sempurna untuk makan tengah hari atau makan malam yang mengenyangkan. Cubalah resepi ini hari ini dan nikmati kelazatan soto ayam homemade yang tiada tandingan!
Anda perlu cuba resepi soto ayam terlajak laris ini! Dengan rasa yang luar biasa, hidangan ini bukan sahaja menyelerakan, malah pasti memikat hati sesiapa sahaja, termasuk yang jarang minat menu ini. Jom cuba resepi mudah ini dan nikmati soto ayam yang lazat!
Bahan-Bahan
Bahan-bahan soto ayam ini dibahagikan kepada empat (4) kategori iaitu bahan utama, bahan kisar, bahan pelengkap dan bahan membuat sambal kicap soto.
Bahan Utama
- 400-gram Isi ayam – lebih banyak sedap
- 2 batang serai – diketuk
- 3 helai daun limau
- 1 sudu kecil lada putih
- 1 kiub pati ayam
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Seasoning
- Akar daun sup
- Air secukupnya
Bahan Kisar
- 8 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 inci kunyit hidup
- 4 biji buah keras
Bahan Pelengkap
- Nasi impit
- Taugeh
- Sayur kubis – dihiris nipis
- Daun sup
- Daun bawang
- Bawang goreng
- Bihun
- Bergedil
- Limau kasturi
- Kacang tanah – digoreng
- Telur rebus
Bahan Membuat Sambal Kicap Soto
- Cili padi hijau
- Kicap manis
- Bawang putih
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Air
Cara Memasak
Cara memasak soto ayam dibahagikan kepada dua (2) iaitu cara memasak soto dan cara membuat sambal kicap soto.
Cara Memasak Soto
- Tumis bahan kisar sehingga wangi.
- Masukkan serai dan daun limau, kacau lagi.
- Masukkan ayam dan kacau sehingga berubah warna.
- Masukkan air, kiub ayam, akar daun sup dan masak sehingga mendidih.
- Kemudian, masukkan bahan perasa, gula dan garam.
- Angkat ayam dicarik halus.
Cara Membuat Sambal Kicap Soto
- Mula-mula, panaskan minyak, goreng bawang putih dan cili hingga layu, Angkat dan ketepikan.
- Peringatan: Kuali mesti ditutup semasa goreng cili sebab minyak akan meletup-letup.
- Kemudian kisar dengan gula,kicap manis dan sedikit air.
- Rasa masin dan manisnya, adjust mengikut kehendak masing-masing.
Masa Penyediaan
- Masa Penyediaan: 20 minit
- Masa Memasak: 45 minit
- Jumlah Masa: 1 jam 5 minit
Tips Berguna
Gunakan Ayam Segar
Ayam segar memberikan rasa yang lebih manis dan tekstur yang lebih lembut.
Periksa Perasa Kuah Soto
Pastikan rasa kuah sesuai dengan keinginan, boleh tambahkan lebih banyak garam atau gula jika perlu.
Sediakan Pelengkap Secukupnya
Pastikan semua pelengkap seperti nasi impit, taugeh, dan bergedil disediakan dengan baik untuk melengkapkan hidangan.
Fakta Pemakanan per Hidangan
Saiz Hidangan: 1 mangkuk soto ayam (daripada 6 hidangan keseluruhan)
| Komponen Pemakanan | Nilai per Mangkok | % Nilai Harian |
|---|---|---|
| Kalori | 300 kcal | 15% |
| Lemak | 10g | 15% |
| Karbohidrat | 30g | 10% |
| Protein | 20g | 40% |
Nilai Harian adalah berdasarkan diet 2,000 kalori. Keperluan individu mungkin berbeza.
Cadangan Hidangan
Soto Ayam ini sangat sesuai dihidangkan panas-panas bersama nasi impit, sambal kicap, dan limau kasturi untuk rasa yang menyegarkan. Tambahkan pelengkap seperti bergedil dan bawang goreng untuk menjadikan hidangan lebih sempurna.
Cubalah Resepi Soto Ayam Hari Ini! Dengan rasa yang kaya dan bahan-bahan tradisional, resepi ini pasti memuaskan selera anda dan keluarga. Selamat mencuba dan tambahkan keistimewaan pada waktu makan anda!
Sumber: kualihelena
