, ,

Resepi Vanilla Snow Cheese Cake

Vanilla Snow Cheese Cake adalah hidangan pencuci mulut yang elegan dan bertekstur lembut dengan rasa keju yang kaya. Resepi ini mudah diikuti dan sangat sesuai untuk dijadikan hidangan di majlis istimewa atau sesi baking santai di rumah. Cubalah resepi ini hari ini untuk rasa kek homemade yang tiada tandingan!

Bahan-Bahan

Resepi Vanilla Snow Cheese Cake yang amat disukai ramai kerana padat dengan rasa keju dan butter. Anda mesti cuba resepi ini. Dijamin sedap! Jom kita cuba.

Bahan-Bahan A (Kek)

Peralatan Digunakan

Bahan-Bahan Cream Cheese Frosting

Cara-Cara

Cara Membuat Bahan A

  1. Susu segar yang dimasukkan dalam peti sejuk perlu diletakkan pada suhu bilik.
  2. Satukan semua dalam mixer.
  3. Mix selama 2 minit menggunakan high speed sampai putih gebu.
  4. Masukkan butter cair (perlu dicairkan terlebih dahulu dan kacau rata).
  5. Kalau loyang 6 inci dapat 3 kalau loyang 7 inci boleh dapat 2 biji kek. Jika loyang 8 dapat sebiji kek.
  6. Oles loyang dengan panola atau lapik baking paper.
  7. Tuang adunan separuh.
  8. Panaskan oven pada suhu 170°c selama 5 minit.
  9. Masukkan adunan kek dan bakar selama 45 minit -50 minit menggunakan api atas bawah.
  10. Apabila kek sudah masak, sisipkan dan selepas itu terbalikkan kek di atas alat redai.
  11. Terbalikkan semula atas board dan biarkan sejuk seketika.
  12. Akhir sekali, kek dipotong 3 bahagian.

Cara Menyediakan Cream Cheese Frosting

  1. Cream cheese, susu pekat dan serbuk vanila perlu di campurkan sampai pekat.
  2. Masukkan whipping nondairy Vivo.
  3. Mix sampai adunaa agak kental. Kaedah mencampurkan cream cheese frosting adalah dengan mencampurkan semua sekali ataupun boleh digaulkan satu persatu.
  4. Lepa kek keseluruhan.
  5. Parut cheddar dan masukkan ke dalam bekas.
  6. Gunakan spatula dan  tepek-tepekkan pada tepi kek menggunakan cheddar yang telah diparut tadi. Letakkan sehingga semua permukaan tepi kek penuh dengan parutan cheddar.
  7. Lepas itu, hias dengan buah-buahan seperti buah cheri, buah strawberri atau buah kiwi. Anggur pun boleh.
  8. Simpan dalam peti sejuk dengan menggunakan kotak bagi mengelakkan cheese terdedah kepada udara dan menyebabkan cheese yang anda tepek tadi menjadi kering dan liat.

*Resepi Vanilla Snow Cheese Cake sebenarnya boleh dibuat jualan, saiz 7 lepas lepa adalah antara rm45 hingga RM65.

Masa Penyediaan

Tips Berguna

Gunakan Bahan Berkualiti Tinggi

Cream cheese dan butter premium memberikan rasa kek yang lebih kaya dan tekstur yang sempurna.

Pastikan Kek Sejuk Sebelum Menambah Frosting

Frosting akan kelihatan lebih kemas jika disapukan pada kek yang sudah sejuk sepenuhnya.

Hias dengan Kreativiti

Taburkan parutan keju segar di atas frosting untuk menghasilkan efek salji yang cantik.

Fakta Pemakanan per Hidangan

Saiz Hidangan: 1 potongan kek (daripada 8 potongan keseluruhan kek bersaiz loyang 6 inci)

Komponen PemakananNilai per Potongan% Nilai Harian
Kalori310 kcal15.5%
Lemak18g28%
Karbohidrat32g10.5%
Protein5g10%

Nilai Harian adalah berdasarkan diet 2,000 kalori. Keperluan individu mungkin berbeza.

Cadangan Hidangan

Vanilla Snow Cheese Cake ini sesuai dihidangkan pada majlis perayaan atau sebagai pencuci mulut selepas makan malam. Tambahkan teh panas untuk melengkapkan pengalaman menikmati kek yang lembut dan berkrim ini.

Cubalah Resepi Vanilla Snow Cheese Cake Hari Ini! Kek ini bukan sahaja sedap tetapi juga memberikan keseronokan kepada sesi baking anda. Nikmati kelembutan setiap gigitan bersama keluarga atau rakan-rakan tersayang. Selamat mencuba!

Kredit resepi : Azlina Ina Fans

Resepi Vanilla Snow Cheese Cake Marvelous

More posts

error: