Resepi Mash Potato
Mash Potato atau kentang putar adalah hidangan sampingan klasik yang digemari ramai. Dengan tekstur yang gebu dan kepekatan sos yang sempurna, ia sesuai dihidangkan bersama ayam panggang, stik, atau sebagai hidangan utama yang memuaskan selera!
Masa Penyediaan
- Masa Penyediaan: 15 minit
- Masa Memasak: 30 minit
- Jumlah Masa: 45 minit
Cadangan Penyediaan
Mash Potato sangat enak dinikmati bersama ayam panggang, stik atau sebagai pelengkap kepada hidangan utama. Tambahkan keju parmesan dan hirisan daun parsley untuk untuk rasa lebih mantap!
Bahan-Bahan
Tidak perlu membeli dan beratur panjang, Resepi Mash Potato ini boleh dilakukan dirumah dengan mudah dan cepat. Bahan-bahannya pun tidak banyak. Mari kita cuba yang sangat digemari ramai terutama anak-anak kita.
Bahan-bahan Mash Potato dibahagikan kepada dua (2) iaitu bahan membuat kentang putar dan bahan membuat sos.
Bahan Kentang Putar
- 8 biji kentang (dikupas dan dipotong kecil)
- 1 kotak kecil susu segar
- 2-3 sudu besar butter
- Serbuk lada hitam dan lada sulah secukup rasa
Bahan Sos (Gravy)
- 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
- 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 4 sudu besar butter
- 2 sudu tepung gandum atau tepung jagung
- 2 kiub ayam
- 1 sudu kecil lada hitam dan lada sulah
- 2½ cawan air
Cara Menyediakan
Cara Membuat Kentang Putar
- Rebus kentang dalam periuk dengan air secukupnya selama 10-15 minit dengan api sederhana sehingga kentang empuk.
- Toskan air dan masukkan sedikit butter ke dalam kentang.
- Lenyek kentang sehingga halus.
- Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa.
- Tuangkan susu sedikit demi sedikit sambil terus melenyek sehingga tekstur menjadi gebu dan berkrim.
- Gunakan hand blender jika mahu tekstur kentang yang lebih halus.
Cara Membuat Sos Gravy
- Cairkan butter dalam kuali dengan api sederhana dan tumiskan bawang besar serta bawang putih hingga sedikit perang (warna caramel).
- Masukkan tepung gandum atau tepung jagung dan kacau sehingga tepung bertukar warna coklat.
- Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil terus mengacau supaya tekstur kuah kekal licin.
- Tutup api dan blend kuah sehingga halus.
- Masak semula kuah di atas api sederhana, kemudian masukkan kiub ayam, lada hitam, dan lada sulah.
- Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air sehingga mendapat kepekatan yang diingini.
- Kacau hingga sebati dan tutup api.
Tips Berguna
- Gunakan kentang berkanji tinggi seperti Russet atau Yukon Gold untuk tekstur lebih gebu.
- Pastikan susu dituang secara perlahan untuk mendapatkan kelembutan yang sempurna.
- Biarkan sos mereneh lebih lama untuk rasa lebih pekat dan berempah!
- Gunakan hand blender untuk memudahkan kerja dan hasilnya mendapatkan kentang yang halus.
- Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai ianya tidak berketul.
Fakta Pemakanan per Hidangan
Maklumat ini adalah berdasarkan 1 cawan mash potato daripada jumlah kira-kira 6 cawan.
| Komponen Pemakanan | Nilai per Hidangan (1 Cawan) | % Nilai Harian |
|---|---|---|
| Kalori | 220 kcal | 11% |
| Protein | 8 g | 16% |
| Lemak | 10 g | 15% |
| Karbohidrat | 28 g | 9% |
| Gula | 8 g | 16% |
| Serat | 4 g | 16% |
| Sodium | 350 mg | 15% |
*Nilai Harian adalah berdasarkan diet 2,000 kalori. Keperluan individu mungkin berbeza.*
Kesimpulan
- Mash Potato adalah hidangan sampingan berkrim yang boleh dinikmati dengan pelbagai jenis hidangan utama.
- Teknik penyediaan yang betul menghasilkan kentang yang gebu dengan sos berempah dan pekat.
- Sajian ini sesuai untuk makan malam keluarga atau hidangan istimewa di majlis keraian!
Sumber: dapurciklyn
