Resepi Kek Ala Tornado
Kek Ala Tornado menawarkan gabungan kelembutan kek coklat, kemewahan cream cheese, dan kepekatan coklat ganache. Resepi ini sesuai untuk peminat kek yang inginkan tekstur moist dan rasa mewah. Cubalah resepi ini hari ini dan nikmati pengalaman baking yang penuh kreativiti!
Melihat kepada namanya, Resepi Kek Ala Tornado ini mempunyai rasa yang cukup enak. Boleh menggunakan serbuk koko, coklat, milo atau ovaltine. Itulah kelebihan yang ada pada kek ini. Mari kita cuba!
Masa Penyediaan
- Masa Penyediaan: 20 minit
- Masa Memasak: 45 minit
- Jumlah Masa: 1 jam 5 minit
Bahan-Bahan
Bahan-bahan Kek Ala Tornado terbahagi kepada tiga (3) iaitu: –
Bahan-Bahan Buat Kek
- 3 biji telur ayam
- 1 cawan gula
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 cawan minyak masak
- 1½ cawan tepung naik sendiri (atau 1 cawan untuk kek lebih moist)
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- ½ cawan serbuk koko (boleh ganti dengan Milo jika tiada serbuk koko)
- ¼ cawan air panas
Bahan-Bahan Buat Cream Cheese
- 250-gram cream cheese
- 60ml whipping cream (boleh dilebihkan untuk kek lebih gebu)
- 3-4 sudu besar susu pekat (boleh disesuaikan mengikut citarasa)
Bahan-Bahan Coklat Ganache
- 100ml whipping cream
- 250-gram milk compound (coklat masakan)
- 2 sudu besar mentega/marjerin
*Untuk mendapatkan kek yang moist bagi Resepi Kek Ala Tornado, anda boleh guna 1 cawan tepung.
*Kalau tiada tepung naik sendiri, anda boleh guna tepung gandum dicampur 1 sudu kecil soda bikarbonat dan 1 sudu kecil baking powder (ayak).
Cara Memasak
Cara-Cara Buat Kek
Berikut adalah cara buat kek bagi Resepi Kek Ala Tornado yang perlu anda ikuti.
- Pukul telur bersama gula dan esen vanilla dan pukul rata-rata.
- Masukkan minyak masak (kacau biar sebati).
- Masukkan tepung, baking powder dan soda bicarbonat.
- Masukkan pula serbuk koko/ serbuk coklat/ serbuk milo.
- Akhir sekali, masukkan air panas dan kacau rata semua bahan-bahan di atas.
Cara-Cara Membakar Kek
Untuk Resepi Kek Ala Tornado, cara membakar kek juga ditunjukkan supaya kek dibakar dengan sempurna.
- Bakar api atas bawah suhu 180°c/ 50 minit bergantung pada tahap kepanasan oven anda.
- Selalu periksa kek anda menggunakan lidi. Jika tidak melekat itu tandanya kek anda sudah masak.
Cara-Cara Membuat Coklat Ganache
- Masukkan semua bahan-bahan coklat ganache.
- Double boiler sampai sebati.
- Akhir sekali, masukkan marjerin.
Cara-cara Buat Cream Cheese
Untuk Kek Ala Tornado, anda perlu ikuti 3 langkah mudah membuat cream cheese
- Mixer cream cheese sampai lembut.
- Tambahkan susu pekat (rasa tahap kemanisan yang anda suka).
- Masukkan whipping cream dan mixer sampai gebu dan ringan.
Tips Berguna
Gunakan Bahan Segar dan Berkualiti Tinggi
Pastikan semua bahan seperti cream cheese dan coklat berkualiti untuk rasa yang terbaik.
Sejukkan Kek Sebelum Ditambah Cream Cheese
Pastikan kek sejuk sepenuhnya sebelum menyapukan cream cheese untuk mengelakkan ia mencair.
Buat Corak Tornado yang Kreatif
Sapukan ganache dengan gaya tornado untuk penampilan yang lebih menarik dan unik.
Kukus Pun Boleh
Selain dari bakar kek, Resepi Kek Ala Tornado juga boleh dikukus, dan jika anda memilih untuk memasak kek dengan cara mengukus, anda boleh kukus selama 40-45 minit.
Untuk Tekstur Gebu
Tips untuk kek gebu tidak perlu guna mixer. Kacau guna sudip seperti buat kek brownies.
Fakta Pemakanan per Hidangan
Saiz Hidangan: 1 potongan kek (daripada 12 potongan keseluruhan kek bersaiz loyang 8 inci)
| Komponen Pemakanan | Nilai per Potongan | % Nilai Harian |
|---|---|---|
| Kalori | 350 kcal | 17.5% |
| Lemak | 20g | 31% |
| Karbohidrat | 38g | 12.5% |
| Protein | 5g | 10% |
Nilai Harian adalah berdasarkan diet 2,000 kalori. Keperluan individu mungkin berbeza.
Cadangan Hidangan
Kek Ala Tornado ini sesuai dihidangkan pada majlis hari jadi, perayaan, atau sekadar sebagai pencuci mulut bersama keluarga. Tambahkan secawan teh panas untuk melengkapkan pengalaman menikmati hidangan ini.
Cubalah Resepi Kek Ala Tornado Hari Ini! Rasai kelazatan kek moist, cream cheese berkrim, dan ganache coklat yang mewah. Kek ini pasti menjadi kegemaran semua yang mencubanya. Selamat mencuba dan nikmati hasil baking anda dengan penuh kepuasan!
Kesimpulan
Disamping anda dapat mempelajari selok belok cara memasak dan membuat sesuatu juadah seperti Resepi Kek Ala Tornado, anda juga mendapat tips yang berguna bagaimana untuk memastikan masakan yang anda masak itu menjadi seperti dalam gambar dan sedap dimakan. Kami berharap perkongsian resipi dapat membantu anda mempelbagaikan lagi menu masakan anda dirumah dan seterusnya meningkatkan minat untuk membuat homemade cooking (cookies, main menu, kuih, biskut) dengan lebih bermotivasi.
Sumber : Fatimah Saari
