Resipi Kuih Bingka Tepung Beras
Resipi Kuih Bingka Tepung Beras adalah sejenis kuih tradisional melayu yang amat popular. Pada zaman dahulu, masyarakat melayu tidak akan melepaskan peluang untuk membuat juadah kuih ini setiap petang atau hujung minggu. disebabkan oleh peredaran zaman dan beralih kepada makanan barat, makanan segera telah menjadi makanan utama setiap hari. Ini menyebabkan kuih tradisional semakin tidak mendapat tempat di hati orang melayu pada zaman ini.
Sebagai mengimbau kembali zaman keagungan kuih tradisional melayu, kami dengan bangganya ingin berkongsi Resipi Kuih Bingka Tepung Beras yang mudah dan cepat untuk dilakukan. Anda boleh mencubanya dirumah dan nikmati bersama-sama keluarga tersayang. Dan anda juga boleh memberikan kepada ibu bapa anda sebagai buah tangan apabia menziarahi mereka di kampung.
Selamat mencuba!
Bahan-Bahan
Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan untuk Kuih Bingka Tepung Beras.
- 500ml santan KARA
- 1000ml air
- 250g tepung beras
- 50g tepung jagung
- 200g gula
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 tudung esen vanila
Cara Penyediaan
Untuk menyediakan Kuih Bingka Tepung Beras,
- Masukkan semua bahan ke dalam telap atau tupperware, kemudian kacau hingga sebati
- Gunakan penapis memasak dan tapiskan ke dalam periuk.
- Masak dengan api sederhana hingga sedikit pekat. *Pastikan adunan sentiasa dikacau.
- Tuang ke dalam loyang yang sudah dilengser sedikit minyak. Ratakan sehingga kesemua permukaan loyang penuh dan rata.
- Bakar dalam oven dengan suhu 170°c selama 1 jam. Gunakan api atas bawah atau ikut kesesuaian oven masing-masing hingga masak.
- Biar betul-betul sejuk baru potong. Kalau potong masa panas tidak digalakkan kerana kuih ini masih lembik dan teksturnya juga lembut.
Did you know?
Bagi Resipi Kuih Bingka Tepung Beras, santan kotak lebih mudah digunakan. Anda hanya perlu tuang ke dalam adunan. Tetapi jika boleh dapatkan santan segar di kedai runcit adalah amat digalakkan kerana terdapat sedikit perbezaan di antara kedua-duanya.
Credit recipe: leesa aliff
