,

Resipi Bingka Pandan Bakar Bijan

Resipi Bingka Pandan Bakar Bijan adalah sebuah kuih tradisional melayu yang tidak asing lagi dan boleh dikatakan amat popular dan boleh didapati di mana-mana sahaja. Ada yang membakar di oven dan segelintir yang masih membakar menggunakan arang. Ada orang yang buat kuih ini lembik malah ada juga yang buat garing dan berminyak-berminyak. Yang mana satukah pilihan anda?

Semestinya kuih yang sedap adalah tidak terlalu lembik dan tidak terlalu garing dan untuk itu, mari kita kongsikan Resipi Bingka Pandan Bakar Bijan ini untuk tatapan anda semua. Diharap perkongsian resipi yang baik ini dapat memberi manfaat dan memotivasikan anda untuk membuat kuih tradisional melayu dirumah.

Selamat mencuba semua Resipi Bingka Pandan Bakar Bijan!

Bahan-Bahan

Bahan-bahan untuk membuat Bingka Pandan Bakar Bijan adalah seperti yang berikut: – 

Cara Penyediaan

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti untuk mengandun adunan dan membakar kuih bingka pandan bakar bijan.

  1. Blend semua bahan dalam blender.
  2. Bakar ikut suhu kebiasaan oven memasing. Saya memilih untuk membakar pada suhu 180 darjah selsius.
  3. Saya guna acuan Trio Cupcake seperti pada gambar. (Anda boleh dapatkan acuan Trio Cupcake ini di shopee).
  4. Tuang adunan tadi ke dalam acuan Trio Cupcake dan tabur bijan di atasnya.
  5. Biarkan sampai masak dan kuih anda siap.

Info: dengan Resipi Bingka Pandan Bakar Bijan ini anda boleh menghasilkan 35 biji kuih bingka pandan bakar bijan yang sangat sedap dan menyelerakan.

Did you know?

Dalam Resipi Bingka Pandan Bakar Bijan, bijan digunakan untuk mencantikkan kuih yang dibakar dan menghasilkan warna kuih yang keemasan. Boleh letak sedikit bijan atau boleh penuhkan keseluruhan permukaan atas kuih.

Did you know?

Dalam Resipi Bingka Pandan Bakar Bijan, pewarna hijau digunakan untuk menaikkan seri warna kuih anda. Jika tidak menggunakan pewarna hijau masakan, warna kuih anda menjadi sedikit lebam dan kelam.

Resipi Bingka Pandan Bakar Bijan

More posts

error: