Resepi Roti Kayu Kamat
Mahukan resepi roti yang mudah disediakan tetapi dijamin sedap? Roti Kayu Kamat adalah pilihan sempurna untuk setiap keluarga. Ia mempunyai rasa yang manis dan boleh dicicah bersama kuah kari atau minuman kopi o. Inilah roti croissant pantai timur dari Malaysia. Ikuti langkah penyediaan, tips, dan cadangan hidangan bersama fakta pemakanan lengkap untuk setiap hidangan. Cubalah resepi ini hari ini!
Bahan-Bahan
Resepi Roti Kayu Kamat juga dikenali sebagai roti croissant pantai timur mempunyai rasa seperti kuih cakoi mempunyai rasa crunchy diluar dan lembut didalam. Jom kita dapatkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat roti tradisional pantai timur ini. Kanak-kanak amat menyukai kerana rasanya yang sangat manis
Bahan-Bahan Resepi Roti Kayu Kamat Dapatkan bahan-bahan ini untuk menghasilkan roti yang gebu dan lazat:
- 1-kilogram tepung gandum
- 1 pek Mauripan (yis)
- 10 sudu besar gula
- 1 biji telur ayam
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 5 sudu besar planta
Cara Memasak
Roti Kayu Kamat mempunyai cara menyediakan dan memasak dengan langkah demi langkah seperti dibawah.
Cara Membuat Adunan dan Memasak
- Bancuh Mauripan dengan air suam (jangan gunakan air panas). Tunggu sehingga naik buih yang banyak.
- Selepas tu dalam mangkuk, masukkan tepung gandum, gula, planta, soda dan ramas-ramaskan semua bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti
- Selepas tu pecahkan telur dan masukkan ke dalam adunan berserta air yis yang berbuih tadi,
- Uli sehingga adunan roti tidak melekat ditangan.
- Uli sampai adunan berkilat.
- Setelah selesai uli, tutup dengan plastik wrap dan tunggu sehingga adunan naik.
- Bentukkan adunan comel-comel dan terus masukkan ke dalam kuali yang ade minyak panas,
- Goreng garing-garing
- Siap untuk dimakan!
Tips Berguna
Gunakan Yis yang Segar
Yis yang segar memastikan doh naik dengan sempurna untuk tekstur roti yang lembut.
Suhu Bilik untuk Doh
Pastikan doh direhatkan pada suhu bilik agar ia naik dengan baik.
Sapu Planta Sebelum Dibakar
Sapukan sedikit planta pada permukaan doh sebelum membakar untuk hasil yang lebih berkilat dan kaya rasa.
Fakta Pemakanan per Hidangan
| Komponen Pemakanan | Nilai per Hidangan (1 Keping daripada 12 Keping) | % Nilai Harian |
|---|---|---|
| Kalori | 200 kcal | 10% |
| Lemak | 8 g | 12% |
| Karbohidrat | 28 g | 9% |
| Protein | 5 g | 10% |
Nilai Harian adalah berdasarkan diet 2,000 kalori. Keperluan individu mungkin berbeza.
Cadangan Hidangan
Roti Kayu Kamat enak dinikmati dengan jem, mentega, atau kuah kari. Hidangkan panas-panas bersama minuman kegemaran seperti teh atau kopi untuk memulakan hari anda dengan penuh keseronokan. Resepi Roti Kayu Kamat Keramat Selera Pantai Timur ini memang dibuat dengan rasa manis-manis kerana masakan pantai timur sinonim dengan manis-manis.
Mulakan Penyediaan Roti Anda Sekarang! Roti Kayu Kamat tidak hanya sedap, tetapi juga membawa kepuasan kepada sesiapa yang menikmatinya. Cubalah resepi ini untuk mencipta roti homemade yang pasti akan meninggalkan kenangan manis. Selamat mencuba!
Sumber: Haadi Nadia





