Resepi Roti Homemade
Sukakan roti buatan sendiri yang gebu dan segar? Resepi roti homemade ini adalah jawapan terbaik untuk memenuhi citarasa anda. Dengan bahan-bahan asas serta langkah penyediaan yang mudah, anda pasti dapat menghasilkan roti yang sempurna. Cubalah resepi ini hari ini dan nikmati hasil buatan sendiri yang memikat selera!
Bahan-Bahan
Setelah penat memikir apa resepi untuk dicuba, inilah hidangan Roti Homemade yang anda boleh cuba. Hidangan roti sesuai dimakan pada bila-bila masa tidak kira sarapan pagi, minum petang atau makan malam. Bagi yang ingin mencuba membuat roti homemade, anda bolehlah mencuba resipi ini dirumah kerana segar dari oven tanpa pengawet dan lemak trans.
Kami kongiskan berkenaan resipi roti homemade yang sedap dan mudah untuk disediakan. Anda tidak memerlukan apa-apa peralatan elektrik dapur, semuanya dihasilkan secara manual dan dengan tangan sahaja. Tidak perlu uli teruk-teruk pun anda boleh dapatkan roti yang lembut, gebu dan sedap. Selamat mencuba!
Bahan-Bahan
Bahan-bahan yang diperlukan dibahagikan kepada dua kumpulan, Bahan A dan Bahan B, seperti berikut:
Bahan A
- 1 Biji Telor
- 2 Sudu Besar Gula
- 2 Sudu Besar Yis@ 2 paket yis (11g)
- 300ml Air
(Masuk telor+air+gula+yis kacau sebati & biar kembang berbuih2 dlm 10 mnt)
Bahan B
- 500g Tpg High Protein@ Gandum
- 2 Sudu Besar Gula
- 1 Sudu Kecil Garam
- 1 Sudu Besar Marjerin
- 1/8 Sudu Kecil Improver(optional)
(Masuk semua Bahan B & gaul kering biar sebati)
Cara Penyediaan
Cara penyediaan Roti Homemade adalah seperti berikut: –
- Masuk bahan B + bahan A sedikit demi sedikit hingga sebati. Adunan memang sedikit lembik. Jgn risau nanti doh kita itu akan ok selepas ianya sudah kembang dari yis tadi.
- Biar sehingga 20 minit dan biar naik sekali ganda.
- Doh sedia dirounding dan patenkan roti yg anda suka.
- Bakar pada suhu 180′ selama 20 minit.
Sis suka buat roti sosej dan roti kopi. Makan tatkala roti baru masak lebih sedap kerana kenikmatana yang tidak terhingga.
Resepi Roti Homemade ini boleh menghasilkan 20 biji roti dalam setiap 45 gram. Anda juga boleh menggunakan resipi ini untuk membuat kuih donut atau pizza.
Selamat mencuba!
Masa Penyediaan
- Masa Penyediaan: 15 minit
- Masa Memasak: 25 minit
- Jumlah Masa: 40 minit
Tips Berguna
Gunakan Yis yang Segar
Pastikan yis yang digunakan adalah segar untuk memastikan doh naik dengan sempurna.
Uli Doh Secukupnya
Uli doh sehingga elastik untuk mendapatkan tekstur roti yang lembut.
Tambah Improver untuk Kelembutan Maksimum
Improver adalah bahan tambahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan roti yang lebih gebu.
Variasikan Bentuk
Bagi menyerlahkan variasi bentuk bagi Resepi Roti Homemade, anda boleh membuat pelbagai jenis bentuk roti seperti bulat, empat segi, lonjong dan sebagainya.
Fakta Pemakanan per Hidangan
| Komponen Pemakanan | Nilai per Hidangan (1 Keping) | % Nilai Harian | Jumlah Keseluruhan (10 Keping) |
|---|---|---|---|
| Kalori | 180 kcal | 9% | 1,800 kcal |
| Lemak | 6 g | 9% | 60 g |
| Karbohidrat | 25 g | 8% | 250 g |
| Protein | 4 g | 8% | 40 g |
| Gula | 8 g | 16% | 80 g |
| Serat | 2 g | 8% | 20 g |
| Natrium | 80 mg | 3% | 800 mg |
Nilai Harian adalah berdasarkan diet 2,000 kalori. Keperluan individu mungkin berbeza.
Cadangan Hidangan
Roti homemade ini enak dinikmati panas-panas bersama mentega, jem, atau kaya. Sesuai untuk sarapan atau sebagai snek petang yang menyelerakan.
Cubalah Resepi Roti Homemade Hari Ini! Dengan resepi ini, anda boleh mencipta roti yang segar dan gebu terus dari dapur sendiri. Nikmati rasa dan kepuasan dalam setiap gigitan. Selamat mencuba!
