Tag: resepi mudah

  • Resipi Bingka Pandan Tanpa Telur: Menyihatkan Badan

    Resipi Bingka Pandan Tanpa Telur: Menyihatkan Badan

    Resipi Bingka Pandan Tanpa Telur

    Resipi Bingka Pandan Tanpa Telur adalah satu menu kuih tradisional melayu yang dianggap pelik tetapi menjadi apabila siap dibakar menggunakan oven. Ramai dikalangan kita yang mempunyai masalah alergi terhadap sesuatu makanan dan bagi mereka yang mempunyai alergi telur ayam, ini adalah resipi kuih yang anda mesti buat. Ia tidak susah untuk dibuat dan tanpa tunjuk ajar yang lengkap pun anda boleh lakukannya.

    Bahan-Bahan

    Terdapat 5 sahaja bahan-bahan yang digunakan untuk Bingka Pandan Tanpa Telur, kuih tradisional melayu ini antaranya: –

    • 2 cawan tepung gandum
    • 1 1/4 cawan gula
    • 2 cawan santan kelapa
    • 3 1/2 cawan air daun pandan
    • Secubit garam sebagai perisa

    Cara Penyediaan

    Cara penyediaan Bingka Pandan Tanpa Telur adalah seperti dibawah ini: –

    1. Kacau semua bahan-bahan masakan di atas.
    2. Gunakan penapis dan tapis kesemua bahan-bahan tersebut.
    3. Sapu loyang dengan marjerin tebal-tebal.
    4. Bakar sehingga anda berpuas hati dgn keraknya.

    Did you know?

    Marjerin digunakan untuk mengurangkan kerak yang terjadi akibat dari bakar menggunakan oven. Marjerin juga dapat membantu kuih lapisan bawah dari tidak melekat supaya mudah dipotong dan dialihkan dari loyang ke piring.

  • Resipi Bingka Pandan Kuih Tradisional Melayu

    Resipi Bingka Pandan Kuih Tradisional Melayu

    Resipi Bingka Pandan yang Padat dengan Bijan Garing

    Resipi Bingka Pandan adalah salah satu dari koleksi bingka iaitu Kuih Tradisional Melayu yang popular di Malaysia dan seantero nusantara. Terkenal dengan rasanya yang lemak-lemak manis dan mempunyai tekstur yang mengerutu tetapi sangat lembut didalam, Kuih ini selalunya dihidangkan di hotel-hotel terkemuka di Malaysia sebagai kuih tradisional melayu terbaik.

    Anda boleh juga membeli di pasar malam berdekatan rumah anda. Jika cukup bahan, kuih bingka pandan memang sangat sedap. Anda makan sekeping kuih, dan tiba-tiba dalam perut anda sudah makan 3 keping kuih. Mari kita dapatkan resipi ini jika anda berminat untuk membuatknya dirumah. 

    Resipi Bingka Pandan adalah kuih tradisional melayu yang dibakar terlebih dahulu. Dengan teksturnya yang lembut dan rasanya yang lemak-lemak manis menjadi kegemaran ramai. Kuih ini banyak terdapat di hotel-hotel terkemuka di Malaysia dan dijual di pasar malam atau bazaar makanan tetapi untuk mendapatkan rasa yang original sangat susah. Bagi mereka yang membuat kuih ini harus mengikut resipi dengan sebaik-baiknya tanpa mengurangkan apa-apa bahan untuk mengekalkan rasa ‘authentic’.

    Bahan-Bahan

    Bahan-bahan untuk Resipi Bingka Pandan Kuih Tradisional Melayu yang Sedap seperti berikut: – 

    • 3 biji telur
    • 1 1/2 cwn gula
    • Secubit garam
    • 2 sudu besar minyak masak
    • 1 cawan air pandan
    • 3 1/2 cawan santan
    • 3 cawan tepung gandum 

    Cara Penyediaan

    Mengikut pemilik resipi ini, cara penyediaan Resipi Bingka Pandan Kuih Tradisional Melayu yang Sedap memang mudah sekali. iaitu

    1. Blend kan semua bahan.
    2. Bakar 1 jam api bawah.
    3. 10 minit akhir api atas bawah.

    Did you know?

    Tujuan membakar menggunakan api bawah dan api kombinasi atas bawah pada oven adalah untuk memastikan bahagian bawah kuih betul-betul masak. Manakala bahagian atas pula tidak terlalu garing.

  • Cubalah Resipi Kuih Bingka Ubi dengan Aroma Memikat!

    Cubalah Resipi Kuih Bingka Ubi dengan Aroma Memikat!

    Resipi Kuih Bingka Ubi yang Original

    Resipi Kuih Bingka Ubi adalah kuih tradisional melayu yang dibakar terlebih dahulu. Dengan teksturnya yang lembut dan rasanya yang lemak-lemak manis menjadi kegemaran ramai. 

    Kuih ini banyak dijual tetapi untuk mendapatkan rasa ori amat susah Orang yang membuat kuih ini harus mengikut resipi dengan sebaik-baiknya tanpa mengurangkan apa-apa bahan.

    Berikut adalah resipi yang anda perlu cuba buat dirumah. Jangan malu untuk mencuba apa sahaja resipi kerana amalan memasak dirumah dapat mengawal kandungan garam, gula dan perisa yang masuk ke dalam badan kita. Selamat menjamu selera dengan kuih tradisional. Memang terbaik untuk anda cuba buat sendiri dirumah.

    Bahan-Bahan

    Ini adalah bahan-bahan Bingka Ubi yang sedap dan lazat ini seperti dibawah: –

    • 4 cawan ubi yg telah diparut
    • 1 1/2 cawan gula pasir *boleh juga menggunakan gula kastor.
    • 2 cawan santan (Santan kotak pun boleh juga dengan sukatan 1 kotak santan + 1 cawan air).
    • Sedikit pewarna kuning.
    • Sedikit garam.
    • 2 helai daun pandan yang disimpul 

    Cara Penyediaan

    Cara membuat Kuih Bingka Ubi adalah seperti berikut: –

    1. Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
    2. Masukkan dalam loyang.
    3. Letakkan sedikit minyak masak pada loyang bagi mengelakkan kuih melekat dengan loyang. 
    4. Bakar pada suhu 180°c selama 1 jam atau sehingga masak.

    Did you know?

    Daun pandan digunakan untuk Resipi Kuih Bingka Ubi Tradisional Melayu bagi menaikkan aroma sesuatu kuih atau gulai yang anda ingin masak. Ia juga membuatkan hidangan menjadi sedikit wangi. Tidak perlu banyak helai daun pandan, memadai hanya satu atau 2 helai daun pandan bagi menaikkan aroma sesuatu masakan dan kuih yang kita hasilkan nanti.

    Credit recipe to: Muza Muzawati

  • Resepi Roti Homemade: Nikmati Roti Gebu Buatan Sendiri

    Resepi Roti Homemade: Nikmati Roti Gebu Buatan Sendiri

    Resepi Roti Homemade

    Sukakan roti buatan sendiri yang gebu dan segar? Resepi roti homemade ini adalah jawapan terbaik untuk memenuhi citarasa anda. Dengan bahan-bahan asas serta langkah penyediaan yang mudah, anda pasti dapat menghasilkan roti yang sempurna. Cubalah resepi ini hari ini dan nikmati hasil buatan sendiri yang memikat selera!

    Bahan-Bahan

    Setelah penat memikir apa resepi untuk dicuba, inilah hidangan Roti Homemade yang anda boleh cuba. Hidangan roti sesuai dimakan pada bila-bila masa tidak kira sarapan pagi, minum petang atau makan malam. Bagi yang ingin mencuba membuat roti homemade, anda bolehlah mencuba resipi ini dirumah kerana segar dari oven tanpa pengawet dan lemak trans.

    Kami kongiskan berkenaan resipi roti homemade yang sedap dan mudah untuk disediakan. Anda tidak memerlukan apa-apa peralatan elektrik dapur, semuanya dihasilkan secara manual dan dengan tangan sahaja. Tidak perlu uli teruk-teruk  pun anda boleh dapatkan roti yang lembut, gebu dan sedap. Selamat mencuba!

    Bahan-Bahan

    Bahan-bahan yang diperlukan dibahagikan kepada dua kumpulan, Bahan A dan Bahan B, seperti berikut:

    Bahan A

    • 1 Biji Telor
    • 2 Sudu Besar Gula
    • 2 Sudu Besar Yis@ 2 paket yis (11g)
    • 300ml Air

    (Masuk telor+air+gula+yis kacau sebati & biar kembang berbuih2 dlm 10 mnt)

    Bahan B

    • 500g Tpg High Protein@ Gandum
    • 2 Sudu Besar Gula
    • 1 Sudu Kecil Garam
    • 1 Sudu Besar Marjerin
    • 1/8 Sudu Kecil Improver(optional)

    (Masuk semua Bahan B & gaul kering biar sebati)

    Cara Penyediaan

    Cara penyediaan Roti Homemade adalah seperti berikut: –

    1. Masuk bahan B + bahan A sedikit demi sedikit hingga sebati. Adunan memang sedikit lembik. Jgn risau nanti doh kita itu akan ok selepas ianya sudah kembang dari yis tadi.
    2. Biar sehingga 20 minit dan biar naik sekali ganda.
    3. Doh sedia dirounding dan patenkan roti yg anda suka.
    4. Bakar pada suhu 180′ selama 20 minit.

    Sis suka buat roti sosej dan roti kopi. Makan tatkala roti baru masak lebih sedap kerana kenikmatana yang tidak terhingga.

    Resepi Roti Homemade ini boleh menghasilkan 20 biji roti dalam setiap 45 gram. Anda juga boleh menggunakan resipi ini untuk membuat kuih donut atau pizza.

    Selamat mencuba!

    Masa Penyediaan

    • Masa Penyediaan: 15 minit
    • Masa Memasak: 25 minit
    • Jumlah Masa: 40 minit

    Tips Berguna

    Gunakan Yis yang Segar

    Pastikan yis yang digunakan adalah segar untuk memastikan doh naik dengan sempurna.

    Uli Doh Secukupnya

    Uli doh sehingga elastik untuk mendapatkan tekstur roti yang lembut.

    Tambah Improver untuk Kelembutan Maksimum

    Improver adalah bahan tambahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan roti yang lebih gebu.

    Variasikan Bentuk

    Bagi menyerlahkan variasi bentuk bagi Resepi Roti Homemade, anda boleh membuat pelbagai jenis bentuk roti seperti bulat, empat segi, lonjong dan sebagainya.

    Fakta Pemakanan per Hidangan

    Komponen PemakananNilai per Hidangan (1 Keping)% Nilai HarianJumlah Keseluruhan (10 Keping)
    Kalori180 kcal9%1,800 kcal
    Lemak6 g9%60 g
    Karbohidrat25 g8%250 g
    Protein4 g8%40 g
    Gula8 g16%80 g
    Serat2 g8%20 g
    Natrium80 mg3%800 mg

    Nilai Harian adalah berdasarkan diet 2,000 kalori. Keperluan individu mungkin berbeza.

    Cadangan Hidangan

    Roti homemade ini enak dinikmati panas-panas bersama mentega, jem, atau kaya. Sesuai untuk sarapan atau sebagai snek petang yang menyelerakan.

    Cubalah Resepi Roti Homemade Hari Ini! Dengan resepi ini, anda boleh mencipta roti yang segar dan gebu terus dari dapur sendiri. Nikmati rasa dan kepuasan dalam setiap gigitan. Selamat mencuba!

  • Resipi Biskut Chocolate Chip Famous Amos Viral!

    Resipi Biskut Chocolate Chip Famous Amos Viral!

    Resipi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos

    Resipi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos Viral yang memang tengah popular sekarang ini! Anda harus cuba resipi ini. Bak kata pemilik resipi ini “Bila lalu je sebelah kedai jual biskut Famous Amos ni, mesti teringin. Bau dahlah wangi, teringat-ingat dekat rasanya yang rangup dan rapuh.”

    Mudah sahaja sebenarnya untuk menghasilkan menggunakan Biskut Ala Famous Amos. Semuanya dengan hanya menggaul. Tidak perlu menggunakan mixer sama sekali. Dan hasilnya tentu puas hati. Rasa rangup, lembut, manisnya sedang-sedang dan ada juga pahit-pahit cip coklat yang lazat. Jom kita tengok cara membuatnya di bawah.

    Bahan-Bahan

    Bahan A: Kacau Rata

    Semua bahan untuk membuat Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos Viral ini hanya perlu dikacau sebati saja.

    • 250 gram Butter
    • 1 1/4 cawan brown sugar
    • 1 sudu kecil esen vanila
    • 1 biji telur

    Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.

    Tambahkan Bahan B

    • 2 1/2 cawan tepung gandum
    • 1/2 cawan tepung jagung
    • 1 sudu kecil baking powder
    • 1 sudu kecil soda bikarbonat
    • 6 sudu besar minyak

    *2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali).

    Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.

    Cara Penyediaan

    Cara Penyediaan Biskut Chocolate Chip adalah seperti berikut: –

    Sejukkan Adunan

    Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.

    Sedia Dibakar

    1. Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.
    2. Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.

    Masukkan Dalam Oven

    1. Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing. SIAP!
    2. Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya harum semerbak, itu tandanya biskut sudah hampir masak. Yang dalam gambar di bawah ni saya saja letak topping almond. Anda boleh letakkan apa sahaja topping mengikut citarasa anda ataupun hanya membiarkan biskut nda kosong tanpa sebarang topping.

    Inilah hasilnya apabila Biskut Chocolate Chip sudah masak seperti pada gambar. Nampak sedap kan! Rasa sahaja terus hendak makan beberapa keping. Sabar, biarkan sejuk sikit. Nanti bolehlah makan atau simpan dalam bekas kedap udara. Mudah rupanya nak buat biskut Famous Amos ini. Lain kali tak payah beli lagi. Anda dapat berjimat dengan membuat sendiri biskut ini dirumah dengan rasa air tangan sendiri. Memang special!

    Selamat mencuba!

  • Resepi Nasi Ayam Homemade | Sajian Ringkas dan Sedap

    Resepi Nasi Ayam Homemade – Nikmati Rasa Seperti di Restoran

    Nasi Ayam Homemade adalah pilihan sempurna untuk disediakan di rumah! Hidangan ini menggabungkan nasi yang harum, ayam yang berjus, sambal yang pedas, dan sup yang menyegarkan, menjadikannya menu kegemaran keluarga. Ikuti resepi mudah ini untuk menghasilkan hidangan yang pasti memikat selera!

    Bahan-Bahan

    Bahan-Bahan Utama

    Untuk Ayam:

    • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
    • 3 ulas bawang putih (dikisar)
    • 1 inci halia (dikisar)
    • 2 sudu besar kicap manis
    • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
    • 1 sudu besar minyak bijan

    Untuk Nasi:

    • 2 cawan beras (dibasuh bersih)
    • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
    • 1 inci halia (diketuk)
    • 2 sudu besar minyak ayam (atau minyak masak)
    • 3 cawan air rebusan ayam

    Untuk Sup Ayam:

    • Air rebusan ayam (daripada masakan ayam)
    • 1 batang saderi (dipotong kecil)
    • Garam dan lada putih secukup rasa

    Untuk Sambal:

    • 5 biji cili merah (dikisar)
    • 2 ulas bawang putih (dikisar)
    • 2 sudu besar cuka
    • 1 sudu besar gula
    • Garam secukup rasa

    Cara Penyediaan

    Cara Masak Nasi Ayam yang Sedap

    Berikut adalah cara masak Resipi Nasi Ayam Homemade Marvelous: –

    1. Basuh beras dan toskan.
    2. Masukkan butter sedikit dan tumiskan 4 sekawan dengan bawang putih, merah dan halia yang dah ditumbuk halus.
    3. Bila bahan tumis tadi sudah naik bau, masukkan pula beras.
    4. Masukkan air dan masukkan kiub ayam.
    5. Masakkan nasi seperti biasa.

    Cara Masak Kuah Sup

    Untuk memasak kuah sup Nasi Ayam Homemade ini pula, caranya adalah seperti dibawah: –

    1. Tumiskan dengan bahan bahan diatas.
    2. Masukkan bahagian tulang, tengkuk dan kaki ayam tadi.
    3. Masukkan air, sup bunjut dan perasakan dengan garam.
    4. Didihkan semua hingga masak.

    Cara Kuah Sos Cili

    Sos cili mestilah mempunyai rasa yang sedap. Berikut adalah cara memasak sos cili Nasi Ayam Homemade dengan hanya 3 langkah mudah seperti dibawah: –

    1. Blend kan cili besar beberapa biji. Masukkan sekali bawang putih. Jangan banyak sangat guna bawang putih nanti rasa pahit pada sos cili.
    2. Letakkan sedkit gula dan garam. Perasakan dulu.
    3. Didihkan kuah sehingga sos masak.

    Cara Goreng Ayam

    Untuk Resepi Nasi Ayam Homemade ini, cara menggoreng ayam adalah mengikut langkah dibawah: –

    1. Ayam yang sudah siap dibasuh perlu dibiarkan kering seketika supaya air basuhan tadi tidak melekat pada ayam.
    2. Gaulkan sedikit dengan serbuk secukup rasa. *Kunyit tidak perlu diletakkan ya nanti lain jadinya dan tidak sedap.
    3. Kalau dapat, perap dulu ayam tu dengan serbuk secukup rasa sebelum masak yang lain lain.
    4. Masa hendak makan baru siram dengan kicap cair tu ye.
    5. Dah siap semua boleh tabur nasi dan ayam goreng dengan daun sup dan nasi.

    Tips

    Untuk Ayam Homemade yang Lebih Lazat:

    • Gunakan ayam kampung untuk rasa yang lebih autentik.
    • Simpan air rebusan ayam untuk dijadikan stok tambahan.

    Serving Suggestions

    • Hidangkan nasi bersama ayam, sambal, dan semangkuk sup di sebelah.
    • Lengkapkan hidangan dengan hirisan timun dan daun bawang.

    Nutrition Breakdown (Approximate Per Serving)

    (Based on standard serving size)

    Komponen PemakananNilai per Hidangan (1 Pinggan)% Nilai Harian
    Kalori520 kcal26%
    Protein28 g56%
    Lemak15 g23%
    Karbohidrat60 g20%
    Gula12 g24%
    Serat3 g12%
    Sodium750 mg32%

    Sumber: Saleha Maarof

  • Resepi Aiskrim Magnum: Rasa Hebat, Citarasa Premium

    Resepi Aiskrim Magnum: Rasa Hebat, Citarasa Premium

    Resepi Aiskrim Magnum Homemade

    Aiskrim Magnum Homemade adalah pencuci mulut istimewa yang menggabungkan kelembutan aiskrim dengan coklat berlapis dan kacang rangup. Nikmati versi homemade yang penuh citarasa seperti di kedai, dengan bahan yang mudah dan sentuhan mewah. Cubalah resepi ini hari ini untuk pengalaman aiskrim premium di rumah!

    Kali ini mari kita pelajari Resipi Aiskrim Magnum yang Mewah kerana ramai yang sudah tahu membuat aiskrim Malaysia. Melihat pada nama resipi ini sudah mengkagumkan kita semua. Apatah lagi apabila kita telah berjaya menyiapkannya. Dan rasanya yang seakan-akan aiskrim magnum, anda pasti teruja. Kami yang pertama kali mencuba resipi ini juga sangat teruja pada mulanya.

    Aiskrim ini perlu dibekukan selama satu hari dalam peti sejuk dan cara penyediaannya juga mudah tanpa menggunakan mixer. Mari kita berguru bersama-sama untuk mendapatkan cara membuat aiskrim mewah ini. Selamat mencuba!

    Bahan- Bahan

    Berikut adalah bahan bahan untuk Ala-Ala Aiskrim Magnum yang Mewah seperti dibawah: –

    • Dairy whipping cream (untuk tekstur berkrim dan lembut)
    • Susu pekat manis (untuk rasa manis dan pekat)
    • Coklat masakan (dicairkan menggunakan kaedah double boiler)
    • Almond nibs (disangai atau dibakar untuk tekstur rangup)

    *Double boiler adalah mencairkan coklat masakan dengan meletakkan coklat masakan di atas air yang mendidih / air yang panas. Yang dimaksudkan dengan double boiler ialah menggunakan 2 bekas makanan berasingan. 1 bekas makanan untuk air panas dan satu lagi bekas makanan untuk meletakkan coklat masakan.

    Cara Penyediaan

    Untuk Ala-Ala Resepi Aiskrim Magnum yang mewah, anda boleh gunakan milk whip cream jenama Arla yang mempunyai rasa lemak-lemak tawar.

    Cara membuat Aiskrim Magnum yang mewah adalah seperti berikut: –

    1. Tuangkan susu pekat manis.
    2. Tuangkan susu 500-ml ataupun jika ingin rasa lemak boleh gunakan kesemuaya sekali.
    3. Coklat masakan dilakukan cara ‘double boiler’.
    4. Bakar almond nibs sehingga kuning sedikit.
    5. Campurkan adunan dan mula buat bentuk menggunakan acuan aiskrim.
    6. Setelah siap, letakkan dalam petisejuk beku selama satu hari.
    7. Anda boleh nikmati pada keesokan hari.

    Masa Penyediaan

    • Masa Penyediaan: 20 minit
    • Masa Bekukan Aiskrim: 1 hari
    • Jumlah Masa: 1 hari

    Tips Berguna

    Gunakan Whipping Cream Berkualiti Tinggi

    Whipping cream berkualiti memberikan tekstur aiskrim yang lebih lembut dan mewah.

    Pastikan Coklat Sejuk Sedikit Sebelum Celupkan

    Elakkan coklat terlalu panas ketika mencelupkan aiskrim supaya tekstur aiskrim tidak cair.

    Eksperimen dengan Topping

    Selain almond nibs, anda boleh mencuba taburan kelapa parut, coklat chip, atau sprinkle berwarna untuk variasi menarik.

    Fakta Pemakanan per Hidangan

    Saiz Hidangan: 1 batang Aiskrim Magnum (daripada 8 batang keseluruhan)

    Komponen PemakananNilai per Batang% Nilai Harian
    Kalori250 kcal12.5%
    Lemak15g23%
    Karbohidrat25g8%
    Protein4g8%
    Gula15g7.5%
    Serat5g20%

    Nilai Harian adalah berdasarkan diet 2,000 kalori. Keperluan individu mungkin berbeza.

    Cadangan Hidangan

    Aiskrim Magnum Homemade ini sangat sesuai dinikmati pada hari panas atau sebagai pencuci mulut selepas makan malam. Tambahkan sedikit drizzle coklat cair di atasnya untuk penampilan dan rasa yang lebih istimewa.

    Cubalah Resepi Aiskrim Magnum Homemade Hari Ini! Dengan langkah yang mudah dan rasa premium, anda boleh menikmati aiskrim mewah seperti di kedai hanya dari dapur anda. Selamat mencuba dan nikmati kemewahan dalam setiap gigitan!

  • Resepi Apam Nasi Gebu Berwarna Warni dan Sedap!

    Resepi Apam Nasi Gebu Berwarna Warni dan Sedap!

    Resipi Apam Nasi Gebu: Mudah Disediakan untuk Santapan Petang

    Jika anda ingin membuat kuih pada hujung minggu, Resipi Apam Nasi gebu adalah salah satu menu yang ringkas dan disukai. Dengan pelbagai warna yang anda boleh hasilkan seperti warna merah, hijau, kuning, coklat keemasan atau apa sahaja warna menjadikan apam nasi adalah santapan untuk minum petang bersama keluarga. Mari kita dapatkan resipi ini. 

    Dengan menggunakan nasi sejuk yakni baki nasi yang tinggal pada semalam, anda boleh menghasilkan sesuatu dari hanya membuat nasi goreng bukan? Diharap resipi ini mendapat manfaat kepada puan-puan sekalian.

    Bahan-Bahan

    Bahan utama yang diperlukan adalah nasi putih. Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan: –

    Bahan-Bahan

    • 1 1/2 Cawan Air
    • 1 Cawan Nasi
    • 3/4 Cawan Gula
    • 1 Cawan Tepung Beras
    • 1 Cawan Tepung Gandum
    • 1 Sudu Kecil Yis
    • Pewarna Makanan
    • Kelapa Parut
    • Garam

     

    Cara Memasak

    Cara penyediaan Apam Nasi Gebu tidak sesukar mana seperti kuih tradisional melayu yang lain. Tetapi apa yang penting disini adalah anda perlu mengetahui teknik yang betul supaya kuih ini kembang dan gebu. Langkah-langkah untuk memasak seperti dibawah: –

    1. Masukkan air dalam blender.
    2. Kemudian masukkan nasi sejuk dan kisar hingga hancur.
    3. Masukkan pula gula. Kisar lagi sehingga hancur dan biarkan adunan seketika.
    4. Ayak tepung beras dan tepung gandum juga yis.
    5. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah diayak tadi ke dalam blender. Masukkan sedikit demi sedikit supaya senang nak blend. Kalau blender anda tersekat, jangan masukkan air tapi gunakan sudu untuk kacau dan blend lagi sehingga sebati.
    6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk diletakkan pewarna. Ataupun tidak perlu letakkan pewarna pun boleh supaya apam nasi anda nampak seperti apam ori.
    7. Seterusnya perap adunan 3-4 jam atau sehingga adunan naik dan kembang supaya apam nasi kita menjadi gebu.
    8. Setelah kembang elok, bolehlah sediakan acuan. Gunakan loyang atau jika ada acuan untuk membuat nona manis/lompang boleh lah gunakan. Saya guna acuan lompang.
    9. Sapu acuan dengan sedikit minyak supaya kuih tidak melekat apabila msak nanti.
    10. Masukkan adunan ke dalam acuan sebanyak 3/4 acuan.
    11. Kukus menggunakan alat pengukus yang telah panas selama lebih kurang 15 minit atau sehingga masak. Jika guna loyang, boleh kukus lebih kurang 20-30 minit atau sehingga masak.
    12. Sementara menunggu apam nasi masak, sediakan kelapa parut. masukkan secubit garam dan gaulkan.
    13. Kukus kelapa parut lebih kurang 5 min supaya lambat basi.
    14. Apabila apam nasi sudah siap, bolehlah hidangkan bersama-sama dengan kelapa parut. Sedia untuk di makan.

    Selamat mencuba!

    Kredit: Maiza Azlyn

    Reviews

    Anda boleh menghasilkan sendiri Apam Nasi yang gebu dan enak dimakan seisi keluarga. Resipi ini tidak memerlukan modal yang besar untuk menyediakannya. Dan kuih ini juga tahan selama beberapa hari jika disimpan dalam peti sejuk.

    Apam Nasi Gebu adalah sajian minum petang yang sangat digemari oleh semua golongan masyarakat. Biasanya menu minum petang disediakan dengan bahan-bahan yang mudah dan cara penyediaan yang ringkas. Menu minum petang biasanya terdiri daripada kuih muih yang manis-manis atau masakan bergoreng dan perlukan sos pencicah. Anda boleh dapatkan banyak koleksi menu minum petang atau apa sahaja resipi di laman web kami.

  • Resepi Daging Dendeng Potong Dibakar dengan Sempurna

    Resepi Daging Dendeng Potong Dibakar dengan Sempurna

    Resepi Daging Dendeng Potong Terbaik

    Jom kita mencuba Resepi Daging Dendeng Potong kerana ia adalah menu yang anda mesti cuba jika anda seorang penggemar memakan daging lembu. Anda perlu menggunakan pressure cooker untuk melembutkan tekstur daging lembu dan jangan dibuang air rebusan daging kerana air rebusan daging Resipi Daging Dendeng Potong boleh digunakan untuk kuah Resipi Daging Dendeng Potong.

    Bahan-Bahan

    Bahan-bahan untuk resipi masakan daging dendeng potong adalah seperti berikut: –

    • 1/2 kg daging-potong besar-besar.

    Bahan A – Sediakan Bahan Goreng

    • 5 ulas bawang merah (bawang kecil) – hiris
    • 4 ulas bawang putih – hiris
    • 1 inci halia – hiris

    *goreng separuh garing semua bahan A dan ketepikan

    Bahan B (Bahan Tumis)

    • 1 btg kayu manis
    • 3 biji bunga lawang
    • 1 senduk cili kering yg telah diblend (tambah kalau nak pedas)
    • 3 ulas bawang merah (kecil) *
    • 2 ulas bawang putih *
    • 1 biji bawang besar *
    • 1 inci halia *

    kisar semua bahan bertanda *

    Bahan Lain

    • 3 batang serai-dititik
    • 4 helai daun limau purut *buang urat tengah
    • sedikit kicap manis
    • sedikit kicap pekat
    • 1 asam keping saiz kecil

    Cara Masakan

    1. Masak air sampai menggelegak, masukkan daging, rebus dlm 30 minit.
    2. Keluarkan daging, hiris nipis dan tumbuk.
    3. Gaulkan daging dengan kicap manis + kicap pekat dan perap dalam 15 minit.
    4. Goreng daging yang telah diperap. Jangan goreng daging sehingga garing..Goreng layu-layu sahaja. *jangan buang air rebusan daging.
    5. Panaskan minyak, masukkan serai, kayu manis dan bunga lawang. Tumis sekejap.
    6. Masukkan semua bahan tumis/kisar..tumis sampai pecah minyak
    7. Masukkan daging dan kemudian masukkan air rebusan daging (1 mangkuk utk renehkan daging)
    8. Masukkan daun limau purut dan asam keping.
    9. Tambahkan kicap manis dan kicap pekat. (Perhatian: jangan tuang banyak-banyak supaya tidak masin.
    10. Masak sehingga kuah sedikit pekat, Masukkan bahan goreng (bahan A) dan masa sehingga daging betul-betul sebati dengan bahan lain. Kalau anda inginkan masakan ini berkuah, Jangan kacau sehingga pekat.
    11. Tidak perlu perisakan masin kicap dah cukup.

    Reviews

    Resipi Daging Dendeng Potong Terbaik adalah salah satu resipi yang anda mesti cuba. Walaupun penyediaannya agak susah namun hasilnya sangat memuaskan hati. Cubalah memasak resipi ini. Anda akan mendapat satu ilmu memasak pada hari ini. Terima kasih semua

    Resipi Daging Dendeng Potong Terbaik adalah koleksi resepi hebat dan mudah disediakan bagi mereka yang baru ingin menceburi hal berkaitan masak memasak di dapur. Abaikan apa kata orang lain, yang penting, anda sudah memulakannya mengikut kemahuan anda sendiri dan sekarang perlu membuktikan kepada diri sendiri adakah masakan yang anda masak menepati citarasa dan selera anda. Dengan langkah demi langkah, anda selangkah untuk bergelar seorang yang pandai memasak.

    Disamping anda dapat mempelajari selok belok cara memasak dan membuat sesuatu juadah seperti Resipi Daging Dendeng Potong Terbaik, anda juga mendapat tips yang berguna bagaimana untuk memastikan masakan yang anda masak itu menjadi seperti dalam gambar dan sedap dimakan. Kami berharap perkongsian resipi dapat membantu anda mempelbagaikan lagi menu masakan anda dirumah dan seterusnya meningkatkan minat untuk membuat homemade cooking (cookies, main menu, kuih, biskut) dengan lebih bermotivasi.

    Kami ingin mengucapkan terima kasih atas perkongsian resipi ini dan diharap anda dapat dimurahkan rezeki dan semoga mendapat rahmat dan keberkatan dalam kehidupan.

error: