Resipi Bingka Pandan Tanpa Telur
Resipi Bingka Pandan Tanpa Telur adalah satu menu kuih tradisional melayu yang dianggap pelik tetapi menjadi apabila siap dibakar menggunakan oven. Ramai dikalangan kita yang mempunyai masalah alergi terhadap sesuatu makanan dan bagi mereka yang mempunyai alergi telur ayam, ini adalah resipi kuih yang anda mesti buat. Ia tidak susah untuk dibuat dan tanpa tunjuk ajar yang lengkap pun anda boleh lakukannya.
Bahan-Bahan
Terdapat 5 sahaja bahan-bahan yang digunakan untuk Bingka Pandan Tanpa Telur, kuih tradisional melayu ini antaranya: –
- 2 cawan tepung gandum
- 1 1/4 cawan gula
- 2 cawan santan kelapa
- 3 1/2 cawan air daun pandan
- Secubit garam sebagai perisa
Cara Penyediaan
Cara penyediaan Bingka Pandan Tanpa Telur adalah seperti dibawah ini: –
- Kacau semua bahan-bahan masakan di atas.
- Gunakan penapis dan tapis kesemua bahan-bahan tersebut.
- Sapu loyang dengan marjerin tebal-tebal.
- Bakar sehingga anda berpuas hati dgn keraknya.
Did you know?
Marjerin digunakan untuk mengurangkan kerak yang terjadi akibat dari bakar menggunakan oven. Marjerin juga dapat membantu kuih lapisan bawah dari tidak melekat supaya mudah dipotong dan dialihkan dari loyang ke piring.
