Resipi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos
Resipi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos Viral yang memang tengah popular sekarang ini! Anda harus cuba resipi ini. Bak kata pemilik resipi ini “Bila lalu je sebelah kedai jual biskut Famous Amos ni, mesti teringin. Bau dahlah wangi, teringat-ingat dekat rasanya yang rangup dan rapuh.”
Mudah sahaja sebenarnya untuk menghasilkan menggunakan Biskut Ala Famous Amos. Semuanya dengan hanya menggaul. Tidak perlu menggunakan mixer sama sekali. Dan hasilnya tentu puas hati. Rasa rangup, lembut, manisnya sedang-sedang dan ada juga pahit-pahit cip coklat yang lazat. Jom kita tengok cara membuatnya di bawah.
Bahan-Bahan
Bahan A: Kacau Rata
Semua bahan untuk membuat Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos Viral ini hanya perlu dikacau sebati saja.
- 250 gram Butter
- 1 1/4 cawan brown sugar
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 biji telur
Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.
Tambahkan Bahan B
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 6 sudu besar minyak
*2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali).
Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.
Cara Penyediaan
Cara Penyediaan Biskut Chocolate Chip adalah seperti berikut: –
Sejukkan Adunan
Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.
Sedia Dibakar
- Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.
- Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.
Masukkan Dalam Oven
- Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing. SIAP!
- Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya harum semerbak, itu tandanya biskut sudah hampir masak. Yang dalam gambar di bawah ni saya saja letak topping almond. Anda boleh letakkan apa sahaja topping mengikut citarasa anda ataupun hanya membiarkan biskut nda kosong tanpa sebarang topping.
Inilah hasilnya apabila Biskut Chocolate Chip sudah masak seperti pada gambar. Nampak sedap kan! Rasa sahaja terus hendak makan beberapa keping. Sabar, biarkan sejuk sikit. Nanti bolehlah makan atau simpan dalam bekas kedap udara. Mudah rupanya nak buat biskut Famous Amos ini. Lain kali tak payah beli lagi. Anda dapat berjimat dengan membuat sendiri biskut ini dirumah dengan rasa air tangan sendiri. Memang special!
Selamat mencuba!
