Resepi Ayam Goreng
Nikmati resepi ayam goreng yang menggunakan kunyit dan garam, dengan bahan-bahan yang mudah didapati di pasaraya. Resepi ringkas ini sangat sedap dan sesuai untuk dinikmati bersama nasi putih panas. Pasti menjadi hidangan kegemaran keluarga!
Bahan-Bahan
Resepi ayam goreng ini adalah kegemaran ramai terutama apabila menggunakan ayam bahagian kepak atau peha. Isinya masak sampai ke tulang. Garing diluar dan juicy didalam. Penulis memberikan jaminan mengenai resepi ini. Sesiapa yang mencuba menggoreng ayam menggunakan resipi ini, pasti akan terasa rajin untuk menggoreng ayam pada hari-hari berikutnya.
- ½ kilogram ayam (bahagian kepak)
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu besar serbuk Kari ikan
- 1 sudu kecil Serbuk perasa
- ½ sudu kecil garam
- 2 ulas Bawang putih -ditumbuk halus
- Minyak masak
Cara Memasak
Resepi ayam goreng ini tidak ditunjukkan cara menggoreng. Tetapi kami akan menunjukkan cara menggoreng ayam goreng dengan cara biasa dibuat oleh ramai orang.
- Panaskan api dan tuang minyak banyak-banyak.
- Lumurkan kepak ayam dengan tepung dan bahan-bahan yang dinyatakan di atas.
- Selepas diperap, tunggu minyak masak menjadi panas dan masukkan kepak ayam satu persatu sehingga memenuhi semua minyak masak.
- Balikkan selepas 5 minit kepak ayam berada dalam minyak panas.
- Tunggu sehingga berwarna coklat keemasan dan selepas itu boleh dihidangkan.
Petua Memasak Nordiyana: Untuk mendapatkan rasa rempah ayam goreng sampai ke bahagian dalam, perapkan ayam paling kurang 30 minit.
Sumber: Nurul Ateekah
