Resepi Durian Crepe

Resepi Durian Crepe Gebu Musang King adalah sajian sangat menyelerakan bagi penggemar buah durian. Belajar cara membuat custard durian yang terbaik. Jom kita belajar Resepi Durian Crepe Gebu Musang King untuk sajian keluarga.

Bahan-Bahan

Bahan-bahan Utama

Apakah bahan-bahan utama Durian Crepe? Sila rujuk senarainya dibawah.

  • 3 sudu besar tepung gandum.
  • 3 sudu besar tepung jagung.
  • 4 sudu besar tepung ubi kayu.
  • 3 sudu besar tepung kastard.
  • 5 sudu besar tepung hong kong
  • sedikit garam
  • 2 sudu besar gula icing
  • 3 biji kuning telur
  • 2 biji telur keseluruhan
  • 3 1/2 cawan susu segar
  • Sedikit esen vanila
  • 3 titik pewarna kuning lemon (jgn guna kuning telur xlawa)

Resepi Inti Durian iaitu Custard Durian

  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 1 cawan gula halus
  • 300 gram isi durian
  • 3 sudu besar tepung custard 
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 3 cawan vivo mix kental

Cara Memasak

Cara Membuat Kulit Crepe

  1. Kesemua tepung dan bahan kering di atas dan di ayak terlebih dahulu.
  2. Masukkan ke dalam satu bekas, masukkan garam, gula icing, esen vanilla dan telur dengan menggunakan whisk sehingga sebati
  3. Masukkan air / susu segar dan pewarna kuning. kacau menggunakan whisk tangan.
  4. Kemudian tapis sesudah selesai menggunakan whisk tangan.
  5. Panaskan non stick pan saiz kecil ataupun menggunakan pan biasa. 
  6. Sapu butter diatas pan dengan api sederhana menggunakan tisu.
  7. Angkat dan masukkan 1 senduk adunan ke dalam pan.
  8. Lenggangkan sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan.
  9. Lemudian letak atas dapur 2 hingga 3 minit. Jangan lama lenggangkan adunan sebab nanti kulit crepe akan hangus. Masak satu side sahaja (tidak perlu terbalikkan sebab ia nipis mudah sangat masaknya)
  10. Ulangi smpai habis.

Cara Melipat Kulit Crepe

  1. Pilih bahagian yang kasar di dalam, licin dan comel dibahagian luar.
  2. Letak cream jangan terlalu banyak hingga tidak boleh dilipat.
  3. Letak isi durian atau filling durian kemudian lipat ketat-ketat supaya nampak menarik dan besar.

Cara Memasak Resepi Inti Durian iaitu Custard Durian

  1. Cairkan tepung custard dalam sedikit air.
  2. Masak semua bahan diatas sehingga pekat.
  3. Campurkan sedikit filling custard durian atau durian fresh dan kacau rata-rata.
  4. Simpan ditempat sejuk beku.

Did you know?

Tepung Hong Kong kalau tiada akan menyebabkan kulit mudah koyak dan tidak licin.

Did you know?

Durian Crepe Gebu Musang King boleh tahan 7 hari jika diletakkan dalam freezer.

Did you know?

Kalau hendak terus jual Durian Crepe Gebu Musang King, anda perlu lecek-lecekkan isi durian menggunakan durian segar sahaja.

Did you know?

Anda juga membuat perisa lain seperti meletakkan oreo atau coklat. Selamat mencuba!

Credit Recipe: Azlina Ina Fans

Resepi Durian Crepe Gebu Musang King
error: