, , ,

Resepi Sardin Gulung Celup Tepung

Sardin Gulung Celup Tepung adalah hidangan yang rangup di luar dan berperisa di dalam, menjadikannya pilihan ideal untuk sarapan atau snek. Mudah disediakan dan kaya dengan rasa sardin yang enak. Cubalah resepi ini hari ini untuk menikmati hidangan ringan homemade yang istimewa!

Bahan-Bahan

Resepi Sardin Gulung Celup Tepung boleh dicelup telur untuk dimakan ketika sarapan pagi dan disalut dengan breadcrumb. Alangkah enaknya dan rangup jika dinikmati bersama keluarga dirumah.

Berikut adalah bahan-bahannya:

Cara Membuat

Terdapat dua (2) cara menyediakan Sardin Gulung Celup Tepung iaitu cara menggoreng dan cara membuat roti sardin diterangkan seperti dibawah.

Cara Menggoreng

  1. Mula-mula, tumis semua bahan yang telah dihiris dan cincang hingga naik bau.
  2. Masukkan isi sardin bersekali dengan sosnya.
  3. Kacau sebati dan hancur-hancurkan ikan sardin.
  4. Masukkan hirisan bawang besar.
  5. Masukkan jus limau kasturi
  6. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya.
  7. Kacau selalu sehingga inti kuah sardin kita sudah kering.

Cara Membuat Roti

  1. Kalau sudah siap masak. Minyaknya boleh ditapis dan disimpan untuk kegunaan akan datang.
  2. Roti di gelek dan dibuang kulit tepi kelilingnya. Kalau tidak buang pun boleh.
  3. Masukkan inti sardin dan gulung.
  4. Pada hujung roti, lekat dengan bancuhan tepung gandum supaya inti sardin tidak terkeluar semasa menggoreng.
  5. Tepinya tekan dengan penggelek tart.
  6. Selepas itu, celup roti dengan telur.
  7. Akhir sekali, salut dengan serbuk roti.
  8. Siap!

Petua Memasak Nordiyana: Resepi Sardin Gulung Celup Tepung ini boleh di frozenkan dan dimakan pada bila-bila masa.

Masa Penyediaan

Tips Berguna

Gunakan Sardin Berkualiti Tinggi

Sardin Cap Ayam memberikan rasa yang kaya dan asli.

Griskan Gulungan dengan Baik

Pastikan gulungan ditutup rapat dan griskan hujung kulit dengan telur untuk memastikan ia tidak terbuka semasa digoreng.

Eksperimen dengan Breadcrumb

Gunakan breadcrumb berperisa atau tambahkan sedikit serbuk herba untuk rasa yang lebih menarik.

Fakta Pemakanan per Hidangan

Saiz Hidangan: 1 gulungan sardin (daripada 10 gulungan keseluruhan)

Komponen PemakananNilai per Gulungan% Nilai Harian
Kalori150 kcal7.5%
Lemak6g9%
Karbohidrat15g5%
Protein8g16%
Gula3g1.5%

Nilai Harian adalah berdasarkan diet 2,000 kalori. Keperluan individu mungkin berbeza.

Cadangan Hidangan

Sardin Gulung Celup Tepung ini sesuai dinikmati panas-panas bersama sos cili atau mayonis sebagai pelengkap. Ia juga boleh menjadi snek pagi atau petang untuk keluarga atau tetamu.

Cubalah Resepi Sardin Gulung Celup Tepung Hari Ini! Dengan rasa yang kaya dan tekstur rangup, resepi ini pasti menggembirakan semua. Selamat mencuba dan nikmati hidangan homemade anda!

Sumber: Noraslinda Md Radzhi

Resepi Sardin Gulung Celup Tepung

More posts

error: