Resepi Nasi Ayam Pahang | Hidangan Tradisional yang Beraroma

Nasi Ayam Pahang ialah hidangan istimewa yang menggabungkan keunikan rasa tradisional dengan sentuhan moden. Hidangan ini terkenal dengan ayam yang dimasak sempurna, nasi yang beraroma, dan pelengkap seperti sambal serta sup ayam yang menyegarkan. Jom kita cuba resepi ini untuk sajian keluarga yang pasti disukai semua!

Bahan-Bahan Resepi Nasi Ayam Pahang

Bahan-bahan untuk Memasak Ayam

  • 2 ketul ayam bahagian paha
  • Stok pati ayam
  • Halia (ditumbuk)
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Air untuk merebus

Bahan Perapan Ayam (untuk 2 Ketul Peha Ayam)

  • 2 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar madu
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Garam
  • Minyak bijan

Bahan-bahan Nasi Ayam Pahang

  • 2 cawan beras basmathi
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar butter
  • 3 helai daun pandan
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih
  • 3-3 1 /2 cawan air stok ayam

Bahan-bahan Sos Nasi Ayam

  • 4 biji cili merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Air stok ayam
  • Sedikit gula, garam, cuka, sos cili
  • Sedikit tepung jagung

Bahan-bahan Membuat Kicap Nasi Ayam

  • Lebihan bahan perapan ayam
  • Sedikit air stok ayam
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan Membuat Sup

  • Lebihan air stok ayam
  • Kiub pati ayam
  • Daun sup yang dihiris
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak Nasi Ayam Pahang

Cara-cara Penyediaan Ayam

  1. Basuh ayam hingga bersih.
  2. Rebus ayam dengan halia dan bawang putih yg ditumbuk.
  3. Air mesti banyak sebab nanti akan digunakan untuk memasak nasi, sup, sos dan kicap.
  4. Angkat ayam dan toskan apabila sudah mendidih.

Cara Membuat Ayam Bakar

  1. Gaul semua bahan-bahan dan perap ayam dalam 30 minit.
  2. Sapukan butter dan minyak bijan.
  3. Bakar di dalam oven selama 30 minit pada suhu 180c.
  4. Setelah ayam siap masak, sapu lagi butter dan minyak bijan tadi untuk mendapatkan hasil yang menarik.

Cara-cara Memasak Nasi Ayam

  1. Panaskan minyak sapi dan butter dalam periuk nasi elektrik di atas dapur gas.
  2. Tumiskan daun pandan, serai, halia dan 4 sekawan hingga naik wangi.
  3. Masukkan beras basmathi dan gaul sebati.
  4. Kemudian masukkan 3-3 1 /2 cawan air stok ayam dan garam serta gaul sebati.
  5. Selepas itu, alihkan periuk nasi dan masukkan ke atas periuk elektrik. Biarkan sehingga nasi masak.
  6. Setelah masak, kacau nasi supaya masak sekata.

Cara-cara Membuat Sos Nasi Ayam

  1. Kisar 4 biji cili merah dengan seulas bawang putih menggunakan air stok ayam tadi.
  2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar di dalam periuk dan masakkan dengan api perlahan.
  3. Masukkan sedikit gula, garam, cuka dan sos cili bagi mendapatkan rasa sos.
  4. Letakkan sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah sos.

Cara-cara Membuat Kuah Kicap

  1. Ambil lebihan bahan-bahan perapan ayam tadi bersama sedikit air stok ayam dan masakkan di dalam periuk.
  2. Biarkan kuah kicap mendidih dan tutup api.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya.

Cara-cara Membuat Kuah Sup

  1. Panaskan lebihan air stok ayam dalam periuk.
  2. Masukkan kiub pati ayam dan tambah garam secukupnya.
  3. Masak hingga mendidih.
  4. Taburkan dengan hirisan daun sup.

Tips Memasak Nasi Ayam Pahang

Untuk Rasa yang Lebih Sempurna:

  • Gunakan ayam kampung untuk rasa yang lebih autentik.
  • Pastikan air rebusan ayam tidak terlalu masin supaya ia sesuai untuk nasi dan sup.

Serving Suggestions

  • Hidangkan Nasi Ayam Pahang bersama ayam, nasi, sambal, dan sup di dalam mangkuk yang berasingan.
  • Tambahkan sedikit hirisan timun dan tomato untuk kesegaran tambahan.

Nutrition Breakdown (Approximate Per Serving):

(Based on standard serving size)

  • Kalori: 520
  • Protein: 25g
  • Lemak: 15g
  • Karbohidrat: 60g
  • Serat: 3g
  • Sodium: 700mg




Resepi Nasi Ayam Pahang

Resepi Nasi Ayam Pahang: Ringkasan

  • Nama Resepi: Resepi Nasi Ayam Pahang
  • Kategori Hidangan: #Makanan #Nasi
  • Jenis Masakan: #Melayu
  • Sumber: Mdm Kelly

Resepi Aneka Masakan Berasaskan Nasi Terbaik Mesti Anda Cuba

Anda mesti cuba resepi-resepi nasi terbaik kerana ianya mudah, sedap dan menyelerakan. Pelajari sekarang dan mulakan hari anda dengan pelbagai jenis masakan setiap hari!

Web Directories

Explore a wide range of information and resources tailored to your interests. Whether you’re looking for travel inspiration, financial tips, hobby ideas, product reviews, or more, our carefully selected links have something for everyone. Click the links above to start your journey toward discovering new experiences and expanding your horizons. Your next adventure is just a click away!

  1. https://asiaworldtour.com: “Asia World Tour: Your Gateway to Asian and World Adventures”
  2. https://personalfinancingloan.com: “Personal Financing Loan: Your Path to Financial Freedom”
  3. https://hobbyforte.com: “HobbyForte: Discover Your Car Passion, Explore Your Interests”
  4. https://reviewsanything.com: “ReviewsAnything: Your Trusted Source for Honest Gadget Reviews”
  5. https://rumahmampumilik.com: “Rumah Mampu Milik: Your Affordable Homeownership Journey Begins Here”
  6. https://malaysiadigit.com: “MalaysiaDigit: Your Digital Destination for News and Insights”
  7. https://vipmalaysia.com: “VIP Malaysia: Elevate Your Experience in Malaysia”
  8. https://nordiyana.com: “Indulge in Elegance at Nordiyana: Latest Recipe and Culinary Inspirations”
  9. https://e-penyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Simplifying Payroll Management for You”
  10. https://googleasia.org: “Google Asia: Explore the World and Asia’s Wonders with Google Asia”
  11. https://malaysiafit.com: “Malaysia Fit: Your Partner in Health and Wellness”
  12. https://koperasi.info: “Koperasi: Building Communities, Empowering Lives”
  13. https://recipeinside.com: “RecipeInside: Unveiling Culinary Creations, Your Guide to Delicious Dishes”
  14. https://asiahealthcenter.com: “Asia Health Center: Your Source for Holistic Wellness Solutions”
  15. https://nationalhealthcenters.com: “National Health Centers: Your Source for Vital Health Information and Community Care”
  16. https://malaysiabit.com: “MalaysiaBit: Stay Informed, Stay Connected”
  17. https://epenyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Your Digital Payslip Solution”
  18. https://koperasi.work: “Koperasi Work: Collaborate, Innovate, Succeed”
  19. https://koperasi.business: “Koperasi Business: Driving Entrepreneurship, Fostering Growth”
error: