Resepi Nasi Dagang Terengganu | Hidangan Tradisional Sepanjang Zaman

Nasi Dagang Terengganu adalah hidangan ikonik yang menjadi kebanggaan masyarakat pantai timur. Ia menggabungkan nasi kukus yang wangi, gulai ikan tongkol yang pekat, serta pelengkap seperti acar dan sambal. Hidangan ini bukan sahaja sesuai untuk jamuan, malah menjadi pilihan utama untuk sarapan pagi istimewa.

Resepi Nasi Dagang Terengganu: Warisan Rasa yang Menggamit Nostalgia!
Nasi Dagang Terengganu adalah hidangan tradisional ikonik yang terkenal dengan gabungan nasi beraroma dan gulai ikan tongkol yang pekat serta berempah. Jom ketahui rahsia menyediakan resepi ini dengan langkah yang terperinci!

Masa Penyediaan

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 1 jam
  • Jumlah Masa: 1 jam 30 minit

Cadangan Penyediaan

Hidangkan Nasi Dagang Terengganu bersama telur rebus, acar jelatah, dan sambal belacan untuk menikmati rasa autentik Pantai Timur!

Bahan-Bahan

Bahan Membuat Nasi Dagang

  • 4 pot beras wangi
  • 1 pot beras pulut
  • Santan cair
  • Santan pekat
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 6 ulas bawang merah (dihiris halus)
  • 1 inci halia (dihiris halus)
  • 1½ sudu kecil halba (direndam selama 20 minit)

Bahan Gulai

  • 2 kg ikan tongkol (dipotong mengikut saiz kesukaan)
  • Cili boh secukupnya
  • 2 biji bawang merah (dikisar halus)*
  • 3 ulas bawang putih (dikisar halus)*
  • 1 inci halia (dikisar halus)*
  • 1 inci kunyit hidup (dikisar halus)*
  • 1 inci lengkuas (dikisar halus)*
  • Santan kelapa secukupnya
  • 3 sudu besar rempah Nasi Dagang (boleh guna Rempah Cap Bunga Ros)
  • Cili padi secukupnya
  • 5 biji belimbing buluh (dibelah dua)

Kisar semua bahan yang bertanda*

Bahan Acar

  • 1 batang timun (dihiris nipis)
  • 1 batang carrot (dihiris halus)
  • 1 biji bawang merah (dihiris nipis)
  • 3 batang cili padi (dihiris halus)
  • 2 sudu besar cuka
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak atau Menyediakan

Cara Memasak Nasi Dagang Terengganu

  1. Beras wangi dan beras pulut perlu dicampur basuh bersih-bersih.
  2. Kemudian rendam beras yang telah dicampurkan lebih kurang 4 jam *Kalau nak buat banyak nasi dagang, lebihkan sahaja beras dan mesti mengikut nisbah di 4 pot beras wangi dan 1 pot beras pulut.
  3. Kukus beras sampai half cook.
  4. Santan pekat, garam dan gula dikacau sebati.
  5. Keluarkan beras dan gaul dengan santan cair.
  6. Kukus semula.
  7. Keluarkan beras apabila selesai dikukus dan gaul dengan santan pekat beserta bawang, halia dan halba.
  8. Kukus sekali lagi sehingga masak.

Cara Memasak Gulai

  1. Rebus ikan tongkol dengan cuka, garam, asam keping dan gula melaka. Jangan terlalu banyak meletakkan air untuk merebus ikan tongkol.
  2. Tumis cili boh sampai masak.
  3. Masukkan bahan kisar dan masak hingga terbit bau.
  4. Masukkan rempah gulai dan tumis sekejap.
  5. Masukkan santan kelapa dan tunggu hingga mendidih.
  6. Apabila santan mendidih, masukkan ikan. Perasakan dengan garam dan gula melaka.
  7. Bila kuah sudah masak, kecilkan api dan masukkan cili padi dan belimbing buluh.
  8. Reneh sekejap bagi pecah minyak.
  9. Tutup api dan siap!

Cara Memasak Acar

  1. Larutkan gula dan garam dalam cuka.
  2. Kemudian, masukkan timun, carrot, bawang merah, dan cili padi yang sudah dipotong.
  3. Gaul rata-rata.

Penyediaan Akhir

  1. Hidangkan nasi dagang bersama gulai ikan tongkol dan acar jelatah.
  2. Lengkapkan sajian dengan telur rebus dan sambal belacan sebagai pelengkap.

Tips Memasak Nasi Dagang

  • Gunakan beras wangi berkualiti tinggi untuk mendapatkan tekstur nasi yang lebih gebu dan harum.
  • Pastikan gulai dimasak dengan api kecil untuk memastikan rempah sebati dan ikan tongkol meresap dengan sempurna.
  • Tambahkan lebih banyak belimbing buluh untuk keseimbangan rasa masam dan berlemak yang ideal!

Fakta Pemakanan per Hidangan

Maklumat ini adalah berdasarkan 1 pinggan nasi dagang daripada jumlah kira-kira 6 pinggan.

Komponen PemakananNilai per Hidangan (1 Pinggan)% Nilai Harian
Kalori380 kcal19%
Protein18 g36%
Lemak15 g23%
Karbohidrat40 g13%
Gula10 g20%
Serat5 g20%
Sodium450 mg19%


*Nilai Harian adalah berdasarkan diet 2,000 kalori. Keperluan individu mungkin berbeza.*

Mengapa Resepi Nasi Dagang Terengganu Menjadi Pilihan?

  • Nasi Dagang Terengganu adalah hidangan tradisional yang penuh rasa dan kaya dengan rempah-rempah asli Pantai Timur Malaysia.
  • Teknik kukusan dan penyediaan gulai yang tepat menghasilkan nasi yang gebu dan gulai ikan yang pekat serta beraroma.
  • Hidangan ini sesuai untuk seisi keluarga dan menjadi pilihan utama dalam majlis istimewa!




Resepi Cara Membuat Nasi Dagang Terengganu

Resepi Nasi Dagang Terengganu: Ringkasan

  • Nama Resepi: Resepi Nasi Dagang Terengganu
  • Kategori Hidangan: #Makanan #Nasi
  • Jenis Masakan: #Melayu
  • Sumber: Isma Wati Hashim

Resepi Aneka Masakan Berasaskan Nasi Terbaik Mesti Anda Cuba

Anda mesti cuba resepi-resepi nasi terbaik kerana ianya mudah, sedap dan menyelerakan. Pelajari sekarang dan mulakan hari anda dengan pelbagai jenis masakan setiap hari!

Nasi Bukhari Chef Ammar: Raja Segala Nasi

Resepi Nasi Bukhari Chef Ammar Cuba resepi Nasi Bukhari Chef Ammar, hidangan autentik yang penuh kelazatan. Dengan kombinasi rempah ratus dan ayam panggang, hidangan ini...

Web Directories

Explore a wide range of information and resources tailored to your interests. Whether you’re looking for travel inspiration, financial tips, hobby ideas, product reviews, or more, our carefully selected links have something for everyone. Click the links above to start your journey toward discovering new experiences and expanding your horizons. Your next adventure is just a click away!

  1. https://asiaworldtour.com: “Asia World Tour: Your Gateway to Asian and World Adventures”
  2. https://personalfinancingloan.com: “Personal Financing Loan: Your Path to Financial Freedom”
  3. https://hobbyforte.com: “HobbyForte: Discover Your Car Passion, Explore Your Interests”
  4. https://reviewsanything.com: “ReviewsAnything: Your Trusted Source for Honest Gadget Reviews”
  5. https://rumahmampumilik.com: “Rumah Mampu Milik: Your Affordable Homeownership Journey Begins Here”
  6. https://malaysiadigit.com: “MalaysiaDigit: Your Digital Destination for News and Insights”
  7. https://vipmalaysia.com: “VIP Malaysia: Elevate Your Experience in Malaysia”
  8. https://nordiyana.com: “Indulge in Elegance at Nordiyana: Latest Recipe and Culinary Inspirations”
  9. https://e-penyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Simplifying Payroll Management for You”
  10. https://googleasia.org: “Google Asia: Explore the World and Asia’s Wonders with Google Asia”
  11. https://malaysiafit.com: “Malaysia Fit: Your Partner in Health and Wellness”
  12. https://koperasi.info: “Koperasi: Building Communities, Empowering Lives”
  13. https://recipeinside.com: “RecipeInside: Unveiling Culinary Creations, Your Guide to Delicious Dishes”
  14. https://asiahealthcenter.com: “Asia Health Center: Your Source for Holistic Wellness Solutions”
  15. https://nationalhealthcenters.com: “National Health Centers: Your Source for Vital Health Information and Community Care”
  16. https://malaysiabit.com: “MalaysiaBit: Stay Informed, Stay Connected”
  17. https://epenyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Your Digital Payslip Solution”
  18. https://koperasi.work: “Koperasi Work: Collaborate, Innovate, Succeed”
  19. https://koperasi.business: “Koperasi Business: Driving Entrepreneurship, Fostering Growth”
error: