Resepi Nasi Kerabu Kelantan – Warisan Asli Pantai Timur

Nasi Kerabu Kelantan adalah salah satu hidangan tradisional yang paling popular di Malaysia. Kombinasi nasi biru beraroma, ulam-ulaman segar, dan lauk-pauk seperti ayam percik atau ikan bakar, menjadikannya satu hidangan yang memikat. Jom kita pelajari cara menyediakan hidangan ikonik ini!

Bahan-Bahan Resepi Nasi Kerabu Kelantan

Bahan-bahan Membuat Nasi

Bagi Resepi Nasi Kerabu Kelantan, bahan-bahan yang anda perlu sedikan untuk membuat nasi ada ditunjukkan dibawah.

  • 1 genggam penuh bunga telang | rendam dalam air secukupnya
  • 2 1/2 cawan beras
  • 3 1/2 cawan air rendaman bunga telang (sukatan ikut jenis beras)

Resepi Nasi Kerabu

  • 5 helai daun limau purut | koyak2 sedikit
  • 1 batang serai | titik

Bahan Kuah Tumis

Resepi Nasi Kerabu Kelantan untuk bahan kuah tumis pula seperti berikut: –

  • Santan pekat (saya guna 1 cawan)
  • 7 ulas bawang merah* | (*) kisar
  • 1/2 labu bawang putih*
  • 3 labu bawang besar*
  • 15 tangkai cili kering*
  • 1 cm halia*
  • 1 batang serai | ketuk
  • 1 keping asam keping
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit gula melaka
  • 2 sudu besar budu
  • Garam (kena rasa masin dulu)

Bahan-bahan Sambal Kelapa

  • 1 ekor ikan kembung | yang telah direbus dan diambil isinya
  • 1/2 biji kelapa | goreng (sangai)
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 batang serai
  • Garam
  • Gula

Bahan-bahan Ulam-ulaman

  • Kacang panjang
  • Kubis
  • Timun (tak letak)
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Bawang besar (tak letak)
  • Kacang botol (tak letak)
  • Taugeh

Bahan-bahan Sambal Cili

  • Cili padi | tumbuk
  • Cuka
  • Garam
  • Gula

Bahan-bahan Lain: (Pilihan)

  • Telur masin
  • Ikan rebus goreng celup tepung
  • Daging bakar
  • daging goreng @ ayam goreng
  • Keropok @ keropok lekor
  • Solok lada
  • Bawang putih jeruk
  • Atau apa2 aja yang disukai

Cara Memasak Nasi Kerabu Kelantan

Terdapat 5 kategori cara menyediakan Resepi Nasi Kerabu Kelantan dan dimulakan dengan cara menyiapkan beras hinggalah kepada cara menghidang.

Cara Menyiapkan Beras

  1. Ramas dan rendamkan bunga telang dalam air secukupnya. Ketepikan.
  2. Cuci beras dan rendam seketika.
  3. Toskan beras dan masak nasi seperti biasa dengan memasukkan air bunga telang bersama serai dan daun limau purut dalam periuk. Kacau rata.
  4. Tanak hingga nasi masak.

**Boleh juga titikkan pewarna biru jika tidak menggunakan bunga telang.

Cara Memasak Kuah Tumis

  1. Blend semua bahan bertanda (*) kecuali serai diketuk.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi.
  3. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
  5. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak.

Cara Membuat Sambal Kelapa

  1. Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.
  2. Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.
  3. Tumbuk lagi sekali. Kemudian, masukkan garam dan gula.

Cara Menyediakan Ulam-ulaman

  • Hiris halus kesemua ulaman.

Cara Menghidang

  1. Letakkan nasi dalam pinggan. Masukkan ulam-ulaman diikuti sambal kelapa.
  2. Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.
  3. Akhir sekali letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.
  4. Jika suka letakkan pula sayuran seprti solok lada, bawang putih jeruk dll.

Tips untuk Nasi Kerabu yang Sempurna:

  • Gunakan bunga telang segar untuk warna biru yang lebih asli.
  • Pastikan ulam-ulaman segar untuk rasa yang lebih sedap.
  • Kuah tumis biar ada rasa masin sedikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat.Kalau makan pagi disediakan sebelah malamnya.

Serving Suggestions

  • Hidangkan dengan sambal cili untuk rasa tambahan pedas.
  • Lengkapkan pengalaman dengan minuman tradisional seperti teh tarik atau sirap bandung.

Nutrition Breakdown (Approximate Per Serving):

(Based on standard serving size)

Komponen PemakananNilai per Hidangan (1 Pinggan)% Nilai Harian
Kalori530 kcal27%
Protein20 g40%
Lemak18 g28%
Karbohidrat65 g22%
Gula12 g24%
Serat5 g20%
Sodium800 mg33%




Resepi Nasi Kerabu Kelantan

Resepi Nasi Kerabu Kelantan: Ringkasan

  • Nama Resepi: Resepi Nasi Kerabu Kelantan
  • Kategori Hidangan: #Makanan #Nasi
  • Jenis Masakan: #Melayu
  • Sumber: Roshaida

Resepi Aneka Masakan Berasaskan Nasi Terbaik Mesti Anda Cuba

Anda mesti cuba resepi-resepi nasi terbaik kerana ianya mudah, sedap dan menyelerakan. Pelajari sekarang dan mulakan hari anda dengan pelbagai jenis masakan setiap hari!

Nasi Bukhari Chef Ammar: Raja Segala Nasi

Resepi Nasi Bukhari Chef Ammar Cuba resepi Nasi Bukhari Chef Ammar, hidangan autentik yang penuh kelazatan. Dengan kombinasi rempah ratus dan ayam panggang, hidangan ini...

Web Directories

Explore a wide range of information and resources tailored to your interests. Whether you’re looking for travel inspiration, financial tips, hobby ideas, product reviews, or more, our carefully selected links have something for everyone. Click the links above to start your journey toward discovering new experiences and expanding your horizons. Your next adventure is just a click away!

  1. https://asiaworldtour.com: “Asia World Tour: Your Gateway to Asian and World Adventures”
  2. https://personalfinancingloan.com: “Personal Financing Loan: Your Path to Financial Freedom”
  3. https://hobbyforte.com: “HobbyForte: Discover Your Car Passion, Explore Your Interests”
  4. https://reviewsanything.com: “ReviewsAnything: Your Trusted Source for Honest Gadget Reviews”
  5. https://rumahmampumilik.com: “Rumah Mampu Milik: Your Affordable Homeownership Journey Begins Here”
  6. https://malaysiadigit.com: “MalaysiaDigit: Your Digital Destination for News and Insights”
  7. https://vipmalaysia.com: “VIP Malaysia: Elevate Your Experience in Malaysia”
  8. https://nordiyana.com: “Indulge in Elegance at Nordiyana: Latest Recipe and Culinary Inspirations”
  9. https://e-penyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Simplifying Payroll Management for You”
  10. https://googleasia.org: “Google Asia: Explore the World and Asia’s Wonders with Google Asia”
  11. https://malaysiafit.com: “Malaysia Fit: Your Partner in Health and Wellness”
  12. https://koperasi.info: “Koperasi: Building Communities, Empowering Lives”
  13. https://recipeinside.com: “RecipeInside: Unveiling Culinary Creations, Your Guide to Delicious Dishes”
  14. https://asiahealthcenter.com: “Asia Health Center: Your Source for Holistic Wellness Solutions”
  15. https://nationalhealthcenters.com: “National Health Centers: Your Source for Vital Health Information and Community Care”
  16. https://malaysiabit.com: “MalaysiaBit: Stay Informed, Stay Connected”
  17. https://epenyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Your Digital Payslip Solution”
  18. https://koperasi.work: “Koperasi Work: Collaborate, Innovate, Succeed”
  19. https://koperasi.business: “Koperasi Business: Driving Entrepreneurship, Fostering Growth”
error: