,

Resepi Spicy Korean Chicken

Spicy Korean Chicken adalah hidangan popular yang menggoda selera dengan gabungan rasa pedas dan manis. Hidangan ini sesuai untuk makan tengah hari, makan malam, atau majlis keraian bersama keluarga dan rakan. Jom lihat cara penyediaannya!

Masa Penyediaan

Cadangan Penyediaan

Hidangkan Spicy Korean Chicken panas-panas bersama nasi putih atau mi segera Korea untuk melengkapkan pengalaman makan. Anda juga boleh menambah ulam segar seperti lobak merah atau kubis.

Bahan-Bahan

Anda mesti cuba resepi Spicy Korean Chicken yang mudah disediakan kerana hanya menggunakan bahagian drummet atau kepak ayam dan disaluti menggunakan tepung goreng Bestari yang sangat terkenal di Malaysia. Anda boleh dapatkan resepi lengkap dan cara menggorengnya dengan lengkap. Resepi Spicy Korean Chicken disajikan dengan bahan-bahan berikut:

Bahan Utama

Bahan Sos

Cara Menyediakan

Cara menyediakan Spicy Korean Chicken terbahagi kepada dua (2) iaitu cara menggoreng ayam dan membuat sos spicy korean chicken.

Cara Menggoreng Ayam

  1. Perap ayam dalam Tepung Goreng Bestari. Caranya letak 2-3 sudu besar Tepung Goreng Bestari, letakkan sedikit blackpepper, bawang putih kisar dan masukkan sedikit air.
  2. Gaul sebati.
  3. Kemudian, perapkan ayam dalam Tepung Goreng Bestari cair (seperti langkah 1 dan 2 di atas) serta bahan-bahan lain selama 10-15 minit.
  4. Selepas itu, salutkan ayam yang diperap dengan Tepung Goreng Bestari cair tadi ke dalam Tepung Goreng Bistari yang baru (iaitu tepung yang kering).
  5. Hangatkan minyak dan letak ayam dalam minyak goreng yang hangat tadi.
  6. Sementara itu, sangai bijan dalam kuali sehingga kelihatan perang dan  ketepikan bijan.

Cara Membuat Sos

  1. Untuk membuat sos pula, tumis bawang putih yang dikisar bersama cili kisar.
  2. Apabila cili kisar sudah garing, letakkan pula 2-3 sudu besar serbuk cili.  Boleh letak banyak serbuk jika mahu mahukan sensai pedas menyengat.
  3. Kemudian, masukkan sos tomato, madu, gula, garam, air perahan lemon. Jangan letak air perahan lemon terlalu banyak kerana boleh mengakibatkan ayam goreng menjadi masam.
  4. Setelah sos sebati, masukkan bijan yang disangai bersama ayam yang sudah digoreng tadi.
  5. Gaulkan hingga sos betul-betul melekat pada ayam.

Penyediaan Akhir

  1. Masukkan ayam goreng ke dalam sos, gaul rata sehingga ayam diselaputi sos sepenuhnya.
  2. Taburkan bijan di atas ayam sebelum dihidang.

Tips Berguna

Cadangan Hidangan

Hidangkan Spicy Korean Chicken dengan nasi putih, kimchi, atau salad segar untuk melengkapkan rasa. Hidangan ini juga sesuai sebagai makanan ringan untuk majlis atau jamuan santai.

Fakta Pemakanan per Hidangan

Maklumat ini adalah berdasarkan 1 ketul ayam daripada jumlah kira-kira 10 ketul ayam (500 gram).

Komponen PemakananNilai per Hidangan (1 Ketul)% Nilai Harian
Kalori100 kcal5%
Protein8 g16%
Lemak3 g5%
Karbohidrat10 g4%
Gula6 g12%
Serat2 g8%
Sodium180 mg8%

*Nilai Harian adalah berdasarkan diet 2,000 kalori. Keperluan individu mungkin berbeza.*

Kesimpulan

Sumber: Rozlyn Farah Diana

Spicy Korean Chicken Resipi Mudah Sedap Kelas Tinggi

More posts

error: