Resepi Bread Butter Pudding (Versi Bakar)
Sukakan manisan yang mudah disediakan tetapi kaya rasa? Bread Butter Pudding versi bakar adalah pilihan terbaik untuk seisi keluarga. Ketahui langkah penyediaan, tips menarik, dan fakta pemakanan lengkap. Cubalah resepi ini untuk memukau hati sesiapa sahaja!
Resepi Bread Butter Pudding (versi bakar) Terbaik menggunakan roti gardenia pek bonanza dan boleh dijual jika mengikuti resepi ini secara tekun dan bersungguh-sungguh. Jom kita cuba buat roti pula! Rasa kelazatan resepi ini adalah sama seperti apabila anda menikmati sarapan pagi percuma yang disediakan oleh pihak Hotel Kobemas di Melaka.
Bahan-Bahan
Bahan-Bahan Puding
- Roti gardenia pek bonanza
- 3 atau 4 cawan susu segar/full cream
- 3 atau 4 biji telur Gred A
- 3-4 sudu besar gula (ikut tahap kemanisan yang disukai)
- Esen vanila
- 3-4 sudu besar butter (cairkan)
- Topping (boleh masukkan mix fruits/kacang-kacang/coklat chip)
Bahan-Bahan Sos kastard
- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar tepung kastard
- 1/2 cawan air
- 3-4 sudu besar gula (ikut tahap kemanisan yang disukai)
- Sedikit esen vanila (creamy vanilla lebih sedap)
Cara Memasak
Berikut adalah cara-cara memasak Bread Butter Pudding (versi bakar) seperti di bawah:
Cara-Cara Penyediaan Puding Roti
- Mula-mula campurkan susu, telur, gula, esen vanilla dan pukul menggunakan whisk.
- Setelah semua bahan-bahan dikacau sebati, tapiskan.
- Kemudian masukkan butter yang telah dicairkan tadi dan kacau sedikit.
- Roti 3 keping setiap bekas, dipotong 4, susun dalam bekas, tuangkan bahan puding tadi setiap bekas bagi rata, tekan-tekan sedikit menggunakan spatula bagi meresap.
- Akhir sekali tabur topping di atas, kemudian bakar selama 30-40 minit pada suhu 150-170C (ikut oven masing-masing)
Cara-Cara Penyediaan Sos Kastard
- Campur tepung kastard dengan air.
- Kemudian campur semua bahan dan masak atas api sehingga pekat.
- Kena selalu dikacau. Buka api kecil dan jangan kuat sangat nanti hangit.
Tips Berguna
- Gunakan Roti yang Lebih Kering: Roti yang sudah hampir kering memberikan tekstur puding yang lebih baik.
- Tambahkan Perisa Unik: Cuba masukkan sedikit serbuk kayu manis atau kulit lemon parut untuk aroma tambahan.
- Sejukkan Sebelum Hidang: Bread Butter Pudding enak dihidangkan ketika suam atau selepas disejukkan di dalam peti ais.
- Sukatan: Jika guna Roti Gardenia Bonanza 1 bungkus boleh dapat 6 bekas kecil (jika mahu buat 2 bekas sahaja, boleh buat 1 cawan susu,1-2 biji telur)
- Sukatan Roti 10″: size 10” roti bonanza 1 bungkus (gunakan adunan 4 cawan susu dan telur dilebihkan sebiji)
- Sukatan Roti 9″: Size 9” pun boleh guna roti yang pek kecik tu (gunakan adunan 3 cawan susu dan telur dilebihkan sebiji)
- Gandakan Sukatan: Jika mahukan sos kastard yang lebih, bahan-bahan digandakan 2 butter jika tidak dicairkan boleh juga disapu pada setiap roti.
- Untuk Sapuan: Butter jika tidak dicairkan boleh juga disapu pada setiap roti.
Fakta Pemakanan
| Komponen Pemakanan | Nilai per Hidangan (1 Pinggan) | % Nilai Harian | Jumlah Keseluruhan (10 Pinggan) |
|---|---|---|---|
| Kalori | 250 kcal | 12.5% | 2,500 kcal |
| Lemak | 10 g | 15% | 100 g |
| Karbohidrat | 35 g | 11.5% | 350 g |
| Protein | 6 g | 12% | 60 g |
Nilai Harian adalah berdasarkan diet 2,000 kalori. Keperluan individu mungkin berbeza.
Cadangan Hidangan
Puding ini sesuai dinikmati ketika sarapan atau pencuci mulut selepas makan malam. Hidangkan bersama sos kastard yang hangat atau tambahan krim segar untuk pengalaman yang lebih memuaskan.
Cubalah Resepi Bread Butter Pudding Hari Ini! Manisan ini bukan sahaja mudah disediakan tetapi pasti membawa senyuman kepada sesiapa sahaja yang menikmatinya. Selamat mencuba!
Sumber: Syazwany Bakri









