Chef Ammar
Chef Ammar adalah salah seorang chef Mediterranean kegemaran di Malaysia. Beliau telah menetap di Malaysia sejak 30 tahun yang lalu dan mengendalikan sebuah restoran di USJ 4, Subang Jaya, Selangor. Antara resipi terbaik Chef Ammar adalah Nasi Makloubah Kambing Terbalik dengan Ghee Enrico, Nasi Mandy Original, Nasi Kabsah Ayam, Nasi Mandi dengan Shank Kambing, dan Nasi Bukhari. Chef Ammar telah mencipta rekod Malaysia berniaga pada bulan Ramadhan dengan menu Nasi Arab yang sangat digemari sebagai menu berbuka puasa.
Fenomena Nasi Arab di Malaysia sebenarnya dicetuskan oleh Chef Ammar dan beliau belajar ketika tinggal di Palestin sebelum berpindah ke Malaysia. Pernah mengalami saat jatuh bangun dari bekerja sebagai seorang chef di hotel 5 bintang, namun disebabkan tidak mahu menyediakan menu tidak halal kepada pelanggan hotel, maka beliau mengambil keputusan untuk berhenti menjadi chef di hotel 5 bintang. Pendapatan yang sangat lumayan ketika bekerja di hotel 5 bintang dikorbankan semata-mata mencari keredhaan Allah S.W.T.
Akhirnya Chef Ammar membuka perniagaan sendiri dan hasilnya menu Nasi Arab beliau laris dan laku keras ketika dijual di Bazaar Ramadan Shah Alam. Fenomena Nasi Arab Chef Amaar ini terbukti dengan kehadiran pengunjung ke tapak perniagaan Bazaar Ramadan Shah Alam seawal jam 1 tengahari dengan beratur dan berbaris panjang untuk membeli juadah berbuka puasa.
Dengan menggunakan bahan-bahan masakan kualiti tinggi, tidak hairanlah menu Nasi Arab beliau sangat diterima bahkan ada yang sanggup datang beratus-ratus kilometer semata-mata untuk menikmati juadah berbuka puasa Nasi Arab Chef Ammar.
Resepi Istimewa
Mari kita lihat resipi yang dihasilkan oleh Chef Ammar Nasi Arab Recipe untuk kita cuba membuatnya dirumah. Resipi ini juga diinspirasikan oleh beliau dan kami ketengahkan sebagai resipi hebat untuk anda cuba.
Lamb Maklouba Rice Upside Down Rice
Biodata
- Personality Name: Chef Ammar
- Full Name: Chef Ammar Al Ali
- Asal: Palestine
- Recipe Source/ TV Programme: Chef Ammar TV YouTube Channel, mainstream cooking TV, cooking YouTube Channel, Facebook Live etc
