Nikmati Resepi Nasi Ayam Pahang Homemade Terbaik

Resepi Nasi Ayam Pahang

Resepi Nasi Ayam Pahang adalah menu terbaik yang dinanti-nantikan oleh semua orang yang ingin mencuba membuat nasi ayam sendiri dirumah. Mari kita belajar bersama-sama. Kongsi Resepi Nasi Ayam Pahang Homemade Terbaik dan akhirnya kongsi rezeki.

Resepi Nasi Ayam Pahang Homemade Terbaik Summary

  • Nama Resipi: Resepi Nasi Ayam Pahang Homemade Terbaik
  • Kategori Hidangan: Makanan
  • Jenis Masakan: Melayu

Bahan-Bahan Resepi Nasi Ayam Pahang Homemade Terbaik

Bahan-bahan untuk memasak ayam

  • 2 ketul ayam bahagian paha
  • Stok pati ayam
  • Halia (ditumbuk)
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Air untuk merebus

Bahan perapan ayam (untuk 2 ketul paha ayam)

  • 2 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar madu
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Garam
  • Minyak bijan

Bahan-bahan Nasi Ayam Pahang

  • 2 cawan beras basmathi
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar butter
  • 3 helai daun pandan
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih
  • 3-3 1 /2 cawan air stok ayam

Bahan-bahan sos nasi ayam

  • 4 biji cili merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Air stok ayam
  • Sedikit gula, garam, cuka, sos cili
  • Sedikit tepung jagung

Bahan-bahan kicap

  • Lebihan bahan perapan ayam
  • Sedikit air stok ayam
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan sup

  • Lebihan air stok ayam
  • Kiub pati ayam
  • Daun sup yang dihiris
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak Resepi Nasi Ayam Pahang Homemade Terbaik

Cara-cara penyediaan ayam

  1. Basuh ayam hingga bersih.
  2. Rebus ayam dengan halia dan bawang putih yg ditumbuk.
  3. Air mesti banyak sebab nanti akan digunakan untuk memasak nasi, sup, sos dan kicap.
  4. Angkat ayam dan toskan apabila sudah mendidih.

Cara membuat ayam bakar

  1. Gaul semua bahan-bahan dan perap ayam dalam 30 minit.
  2. Sapukan butter dan minyak bijan.
  3. Bakar di dalam oven selama 30 minit pada suhu 180c.
  4. Setelah ayam siap masak, sapu lagi butter dan minyak bijan tadi untuk mendapatkan hasil yang menarik.

Cara-cara memasak Nasi Ayam Pahang

  1. Panaskan minyak sapi dan butter dalam periuk nasi elektrik di atas dapur gas.
  2. Tumiskan daun pandan, serai, halia dan 4 sekawan hingga naik wangi.
  3. Masukkan beras basmathi dan gaul sebati.
  4. Kemudian masukkan 3-3 1 /2 cawan air stok ayam dan garam serta gaul sebati.
  5. Selepas itu, alihkan periuk nasi dan masukkan ke atas periuk elektrik. Biarkan sehingga nasi masak.
  6. Setelah masak, kacau nasi supaya masak sekata.

Cara-cara membuat sos Nasi Ayam Pahang

  1. Kisar 4 biji cili merah dengan seulas bawang putih menggunakan air stok ayam tadi.
  2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar di dalam periuk dan masakkan dengan api perlahan.
  3. Masukkan sedikit gula, garam, cuka dan sos cili bagi mendapatkan rasa sos.
  4. Letakkan sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah sos.

Cara-cara membuat kuah kicap

  1. Ambil lebihan bahan-bahan perapan ayam tadi bersama sedikit air stok ayam dan masakkan di dalam periuk.
  2. Biarkan kuah kicap mendidih dan tutup api.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya.

Cara-cara membuat kuah sup

  1. Panaskan lebihan air stok ayam dalam periuk.
  2. Masukkan kiub pati ayam dan tambah garam secukupnya.
  3. Masak hingga mendidih.
  4. Taburkan dengan hirisan daun sup.

Hashtag / Keywords

Resepi Nasi Ayam Pahang Homemade Terbaik Reviews

Customer Reviews about Resepi Nasi Ayam Pahang Homemade Terbaik

Resepi Nasi Ayam Pahang Homemade Terbaik ini sangat sedap kerana aroma nasi ayamnya yang wangi dimakan bersama ayam bakar yang sangat lembut. Lebih-lebih lagi dengan adanya kuah sos dan sup membangkit selera ketika makan panas-panas.

Yana

https://nordiyana.com

Kongsi Resipi Anda

Tekan Butang Share Facebook, Twitter dan Kongsi Resipi di Whatsapp dan Telegram

Jangan lupa untuk tekan butang share pada ikon Twitter, Facebook dan berkongsi Resepi Nasi Ayam Pahang Homemade Terbaik di Whatsapp Group atau melalui Telegram dibawah.

Nordiyana.com adalah semua mengenai memasak dan berjalan-jalan. 1 hari 1 resipi baru, jadi dalam masa satu tahun sahaja anda sudah dapat menguasai 365 resipi. Terima kasih kerana menyukai dan mengunjungi laman web kami. Jika anda ingin berkongsi resipi dan gambar masakan anda diketengahkan dalam laman web kami, sila e-melkan gambar dan resepi ke [email protected].

Ingin Resepi Anda Diketengahkan?

  1. Ambil gambar masakan yang anda ingin ketengahkan. Hantar sekeping foto masakan yang sudah siap sepenuhnya dalam bentuk .jpeg atau dalam bentuk yang mudah.
  2. Tulis bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasak/ cara membuat. Menu atau hidangan yang boleh anda kirimkan merangkumi apa sahaja masakan, kuih muih, kek, biskut, minuman gulai dan sebagainya.
  3. Anda juga boleh tujukan resipi ini kepada insan yang istimewa dalam hidup anda sebagai menghargai perkongsian resepi yang anda sumbangkan. Tulis dengan ringkas, padat dan membawa erti sangat mendalam dan bermakna dalam hidup anda untuk resipi tersebut.
  4. Contohnya, anda boleh menulis seperti dibawah ini:-

Resepi Nasi Ayam Pahang Homemade Terbaik ini didedikasikan buat suami tersayang iaitu Shamsul Iskandar bin Kahar iaitu suamiku yang tercinta yang sedang menjalankan tugas di sempadan Malaysia-Thailand. Apabila selesai bertugas dan pulang ke rumah, beliau sering menyuruhku untuk membuat menu ini. Menu kegemaran katanya.”

“Semoga suamiku sihat sejahtera dan dilindungi dari bahaya musuh. Jangan risaukan adinda dan anak-anak di sini. Kami menunggu kepulanganmu wahai Suamiku. Ikhlas dari isterimu yang sedia menanti- Mariani binti Mamat dan anak-anak Luqman Daniel bin Shamsul Iskandar, 12 tahun dan Intan Norazura binti Shamsul Iskandar, 9 tahun”.

Anda juga boleh menghantar gambar anda dan gambar keluarga untuk kami ketengahkan sebagai sumber resipi (anda juga mempunyai pilihan untuk tidak menghantar gambar anda). Dengan mengenali diri orang yang mencipta atau berkongsi Resepi Nasi Ayam Pahang Homemade Terbaik ini, diharapkan pengunjung laman web ini dapat mengenali empunya resipi dan seterusnya mendoakan empunya resipi diberikan kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

error: