Selain itu, jom explorasi ke Duck Tour, Pemandangan Indah, Laman Padi, Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah, Pulau Payar, Pulau Tuba, Taman Agro Teknologi Mardi, Tasik Teluk Kedak, Air Terjun Temurun, Air Terjun Durian Perangin, Air Terjun Telaga Tujuh, Pantai Pasir Tengkorak dan juga di Pantai Teluk Datai yang penuh dengan keindahan semulajadi yang tiada tolok bandingnya. Bagi yang gemar melawat ke kawasan gua dan pergunungan, anda boleh datang ke Gua Kelawar, Gua Legenda, Gunung Machinchang dan Gunung Raya yang terpapar kisah silam yang penuh misteri. Jom singgah ke Telaga Harbour Park, Jeti Point Kuah, Awana Porto Malai, dan Langkawi Geopark.
Semua tempat ini adalah tempat best yang mesti anda datang berkunjung ke sini. Jika tidak, anda harus datang sekali lagi ke sini kerana inilah Pulau Langkawi! Sebuah pulau peranginan di Malaysia yang terbaik didunia. Ini adalah satu-satunya pulau yang sangat mendapat liputan luas oleh media massa dalam dan luar negara. Bak kata pepatah Melayu, dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Anda harus datang ke sini untuk menikmati suasana dan keindahan pulau ciptaan Allah. Anda pasti teruja.