Resepi Tapai Pulut Manis
Resepi Tapai Pulut Manis Terlajak Laku ini mesti diperam semalaman barulah terasa sangat sedap dan manis. Kepada penggemar tapai diluar sana, mari kita belajar resepi ini. Selamat mencuba!
Bahan-Bahan
- 1kg beras pulut
- 1 biji ragi *di jemur dan tumbuk halus
- Bekas untuk mengisi tapai
Cara Memasak
Jom kita mengetahui cara membuat Tapai Pulut Manis dengan langkah demi langkah seperti berikut: –
- Basuh beras pulut bersih-bersih dan rendam minima 2 jam.
- Kemudian toskan air, kukus beras pulut selama 25 min.
- Siramkan pulut yang telah dikukus dengan 3 cawan air
- Siram secara terus dalam pengukus dengan cara mengaup air.
- Kukus semula pulut tadi dalam 10 minit atau sehingga naik wap.
- Tutup api dan alihkan pulut yang telah masak ke dalam dulang besar untuk disejukkan.
- Biarkan pulut betul-betul sejuk.
- Bila pulut dah sejuk, ayakkan ragi ke atas pulut, balik-balikkan pulut tadi, ayak ragi ke atas pulut sekali lagi sehingga rata ragi pada pulut.
- Sudukan pulut tadi ke dalam bekas.
- Balut dgn kain.
- Simpan di tempat yang gelap selama 2 hari.
- Selepas 2 hari, baru tengok hasil tapai anda menjadi.
Did you know?
Disyorkan agar tapai yang sudah siap dimasukkan ke dalam peti sejuk, sebab tapai ni sedap makan sejuk sejuk.
Credit recipe: Sabariah Bahasar









