Tag: resipi

  • Resipi Kuih Bingka Tepung Beras: Tidak Susah Mana Pun

    Resipi Kuih Bingka Tepung Beras: Tidak Susah Mana Pun

    Resipi Kuih Bingka Tepung Beras

    Resipi Kuih Bingka Tepung Beras adalah sejenis kuih tradisional melayu yang amat popular. Pada zaman dahulu, masyarakat melayu tidak akan melepaskan peluang untuk membuat juadah kuih ini setiap petang atau hujung minggu. disebabkan oleh peredaran zaman dan beralih kepada makanan barat, makanan segera telah menjadi makanan utama setiap hari. Ini menyebabkan kuih tradisional semakin tidak mendapat tempat di hati orang melayu pada zaman ini.

    Sebagai mengimbau kembali zaman keagungan kuih tradisional melayu, kami dengan bangganya ingin berkongsi Resipi Kuih Bingka Tepung Beras yang mudah dan cepat untuk dilakukan. Anda boleh mencubanya dirumah dan nikmati bersama-sama keluarga tersayang. Dan anda juga boleh memberikan kepada ibu bapa anda sebagai buah tangan apabia menziarahi mereka di kampung.

    Selamat mencuba!

    Bahan-Bahan

    Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan untuk Kuih Bingka Tepung Beras. 

    • 500ml santan KARA
    • 1000ml air
    • 250g tepung beras
    • 50g tepung jagung
    • 200g gula
    • 1 sudu kecil garam
    • 1/2 tudung esen vanila

    Cara Penyediaan

    Untuk menyediakan Kuih Bingka Tepung Beras,

    1. Masukkan semua bahan ke dalam telap atau tupperware, kemudian kacau hingga sebati
    2. Gunakan penapis memasak dan tapiskan ke dalam periuk.
    3. Masak dengan api sederhana hingga sedikit pekat. *Pastikan adunan sentiasa dikacau.
    4. Tuang ke dalam loyang yang sudah dilengser sedikit minyak. Ratakan sehingga kesemua permukaan loyang penuh dan rata.
    5. Bakar dalam oven dengan suhu 170°c selama 1 jam. Gunakan api atas bawah atau ikut kesesuaian oven masing-masing hingga masak.
    6. Biar betul-betul sejuk baru potong. Kalau potong masa panas tidak digalakkan kerana kuih ini masih lembik dan teksturnya juga lembut.

    Did you know?

    Bagi Resipi Kuih Bingka Tepung Beras, santan kotak lebih mudah digunakan. Anda hanya perlu tuang ke dalam adunan. Tetapi jika boleh dapatkan santan segar di kedai runcit adalah amat digalakkan kerana terdapat sedikit perbezaan di antara kedua-duanya.

    Credit recipe: leesa aliff

  • Resipi Bingka Pandan Bakar Bijan: Mudah dan Sedap

    Resipi Bingka Pandan Bakar Bijan: Mudah dan Sedap

    Resipi Bingka Pandan Bakar Bijan

    Resipi Bingka Pandan Bakar Bijan adalah sebuah kuih tradisional melayu yang tidak asing lagi dan boleh dikatakan amat popular dan boleh didapati di mana-mana sahaja. Ada yang membakar di oven dan segelintir yang masih membakar menggunakan arang. Ada orang yang buat kuih ini lembik malah ada juga yang buat garing dan berminyak-berminyak. Yang mana satukah pilihan anda?

    Semestinya kuih yang sedap adalah tidak terlalu lembik dan tidak terlalu garing dan untuk itu, mari kita kongsikan Resipi Bingka Pandan Bakar Bijan ini untuk tatapan anda semua. Diharap perkongsian resipi yang baik ini dapat memberi manfaat dan memotivasikan anda untuk membuat kuih tradisional melayu dirumah.

    Selamat mencuba semua Resipi Bingka Pandan Bakar Bijan!

    Bahan-Bahan

    Bahan-bahan untuk membuat Bingka Pandan Bakar Bijan adalah seperti yang berikut: – 

    • 3 biji telur
    • 1 cawan gula
    • 2 cawan tepung gandum
    • 2 cawan santan
    • 1 cawan air pandan yang telah di blend dan tapis
    • 1/4 cawan minyak masak
    • 1/2 sudu teh garam
    • Pewarna hijau
    • Bijan

    Cara Penyediaan

    Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti untuk mengandun adunan dan membakar kuih bingka pandan bakar bijan.

    1. Blend semua bahan dalam blender.
    2. Bakar ikut suhu kebiasaan oven memasing. Saya memilih untuk membakar pada suhu 180 darjah selsius.
    3. Saya guna acuan Trio Cupcake seperti pada gambar. (Anda boleh dapatkan acuan Trio Cupcake ini di shopee).
    4. Tuang adunan tadi ke dalam acuan Trio Cupcake dan tabur bijan di atasnya.
    5. Biarkan sampai masak dan kuih anda siap.

    Info: dengan Resipi Bingka Pandan Bakar Bijan ini anda boleh menghasilkan 35 biji kuih bingka pandan bakar bijan yang sangat sedap dan menyelerakan.

    Did you know?

    Dalam Resipi Bingka Pandan Bakar Bijan, bijan digunakan untuk mencantikkan kuih yang dibakar dan menghasilkan warna kuih yang keemasan. Boleh letak sedikit bijan atau boleh penuhkan keseluruhan permukaan atas kuih.

    Did you know?

    Dalam Resipi Bingka Pandan Bakar Bijan, pewarna hijau digunakan untuk menaikkan seri warna kuih anda. Jika tidak menggunakan pewarna hijau masakan, warna kuih anda menjadi sedikit lebam dan kelam.

  • Resipi Kuih Bingka Keledek: Sedap, Lazat dan Mudah

    Resipi Kuih Bingka Keledek: Sedap, Lazat dan Mudah

    Resipi Kuih Bingka Keledek

    Resipi Kuih Bingka Keledek adalah salah satu kuih tradisional melayu popular yang menggunakan keledek sebagai bahan utama. Walaupun tidak sepopular kuih bingka ubi, namun dengan menukar bahan utama dari ubi kepada keledek membuatkan anda tentu tidak sabar dengan ekperimentasi anda untuk membakar kuih tradisional melayu ini. Diharap anda mendapat manfaat dari perkongsian resipi ini dan dapat memahirkan lagi kemahiran membuat kuih binga yang sedap.

    Rasanya yang lemak-lemak manis dan mempunyai tekstur yang lembut/halus tetapi sangat lembut didalam, Kuih ini selalunya dihidangkan di hotel-hotel terkemuka di Malaysia sebagai kuih tradisional melayu terbaik. Selamat mencuba Resipi Kuih Bingka Keledek! Mesti sedap jika Kuih Bingka Keledek dimasak dengan kasih sayang.

    Bahan-Bahan

    Bahan-bahan yang diperlukan untuk Kuih Bingka Keledek kuih tradisional melayu ini adalah seperti dibawah: –

    • 3 cawan keledek selesai di tumbuk
    • 1 mug santan pekat
    • 1 cawan air panas
    • 2 cawan tepung gandum
    • 1/2 cawan gula
    • Sedikit garam halus
    • Sedikit Bijan
    • Minyak masak

    Cara Penyediaan

    Berikut adalah langkah-langkah penyediaan Kuih Bingka Keledek yang sedap dan lazat ini.

    1. Letak semua bahan ke dalam bekas atau tupperware dan  gaul rata hingga sebati.
    2. Letakkan sedikit minyak masak dan ratakan ke seluruhan loyang.
    3. Masukkan adunan yang telah sebati ke dalam loyang yang telah diletakkan minyak masak.
    4. Tabur bijan sedikit di atas adunan. Nak penuhkan semua permukaan atas kuih dengan bijan pun boleh juga.
    5. Bakar dalam oven pada uhu 180°c selama 60 minit @ sehingga masak bergantung oven masing-masing.
    6. Siap dan tunggu sejuk baru potong.

    Did you know?

    Bijan digunakan untuk ditaburkan di atas kuih manakala minyak masak perlu disapukan pada loyang untuk mengelakkan kuih bingka keledek kita dari melekat dengan loyang. Apabila diletakkan sedikit minyak masak pada loyang, bahagian bawah kuih tidak akan pecah dan mudah untuk mengeluarkan kuih yang sudah dimasak dari loyang.

  • Resipi Bingka Pandan Tanpa Telur: Menyihatkan Badan

    Resipi Bingka Pandan Tanpa Telur: Menyihatkan Badan

    Resipi Bingka Pandan Tanpa Telur

    Resipi Bingka Pandan Tanpa Telur adalah satu menu kuih tradisional melayu yang dianggap pelik tetapi menjadi apabila siap dibakar menggunakan oven. Ramai dikalangan kita yang mempunyai masalah alergi terhadap sesuatu makanan dan bagi mereka yang mempunyai alergi telur ayam, ini adalah resipi kuih yang anda mesti buat. Ia tidak susah untuk dibuat dan tanpa tunjuk ajar yang lengkap pun anda boleh lakukannya.

    Bahan-Bahan

    Terdapat 5 sahaja bahan-bahan yang digunakan untuk Bingka Pandan Tanpa Telur, kuih tradisional melayu ini antaranya: –

    • 2 cawan tepung gandum
    • 1 1/4 cawan gula
    • 2 cawan santan kelapa
    • 3 1/2 cawan air daun pandan
    • Secubit garam sebagai perisa

    Cara Penyediaan

    Cara penyediaan Bingka Pandan Tanpa Telur adalah seperti dibawah ini: –

    1. Kacau semua bahan-bahan masakan di atas.
    2. Gunakan penapis dan tapis kesemua bahan-bahan tersebut.
    3. Sapu loyang dengan marjerin tebal-tebal.
    4. Bakar sehingga anda berpuas hati dgn keraknya.

    Did you know?

    Marjerin digunakan untuk mengurangkan kerak yang terjadi akibat dari bakar menggunakan oven. Marjerin juga dapat membantu kuih lapisan bawah dari tidak melekat supaya mudah dipotong dan dialihkan dari loyang ke piring.

  • Resipi Bingka Pandan Kuih Tradisional Melayu

    Resipi Bingka Pandan Kuih Tradisional Melayu

    Resipi Bingka Pandan yang Padat dengan Bijan Garing

    Resipi Bingka Pandan adalah salah satu dari koleksi bingka iaitu Kuih Tradisional Melayu yang popular di Malaysia dan seantero nusantara. Terkenal dengan rasanya yang lemak-lemak manis dan mempunyai tekstur yang mengerutu tetapi sangat lembut didalam, Kuih ini selalunya dihidangkan di hotel-hotel terkemuka di Malaysia sebagai kuih tradisional melayu terbaik.

    Anda boleh juga membeli di pasar malam berdekatan rumah anda. Jika cukup bahan, kuih bingka pandan memang sangat sedap. Anda makan sekeping kuih, dan tiba-tiba dalam perut anda sudah makan 3 keping kuih. Mari kita dapatkan resipi ini jika anda berminat untuk membuatknya dirumah. 

    Resipi Bingka Pandan adalah kuih tradisional melayu yang dibakar terlebih dahulu. Dengan teksturnya yang lembut dan rasanya yang lemak-lemak manis menjadi kegemaran ramai. Kuih ini banyak terdapat di hotel-hotel terkemuka di Malaysia dan dijual di pasar malam atau bazaar makanan tetapi untuk mendapatkan rasa yang original sangat susah. Bagi mereka yang membuat kuih ini harus mengikut resipi dengan sebaik-baiknya tanpa mengurangkan apa-apa bahan untuk mengekalkan rasa ‘authentic’.

    Bahan-Bahan

    Bahan-bahan untuk Resipi Bingka Pandan Kuih Tradisional Melayu yang Sedap seperti berikut: – 

    • 3 biji telur
    • 1 1/2 cwn gula
    • Secubit garam
    • 2 sudu besar minyak masak
    • 1 cawan air pandan
    • 3 1/2 cawan santan
    • 3 cawan tepung gandum 

    Cara Penyediaan

    Mengikut pemilik resipi ini, cara penyediaan Resipi Bingka Pandan Kuih Tradisional Melayu yang Sedap memang mudah sekali. iaitu

    1. Blend kan semua bahan.
    2. Bakar 1 jam api bawah.
    3. 10 minit akhir api atas bawah.

    Did you know?

    Tujuan membakar menggunakan api bawah dan api kombinasi atas bawah pada oven adalah untuk memastikan bahagian bawah kuih betul-betul masak. Manakala bahagian atas pula tidak terlalu garing.

  • Cubalah Resipi Kuih Bingka Ubi dengan Aroma Memikat!

    Cubalah Resipi Kuih Bingka Ubi dengan Aroma Memikat!

    Resipi Kuih Bingka Ubi yang Original

    Resipi Kuih Bingka Ubi adalah kuih tradisional melayu yang dibakar terlebih dahulu. Dengan teksturnya yang lembut dan rasanya yang lemak-lemak manis menjadi kegemaran ramai. 

    Kuih ini banyak dijual tetapi untuk mendapatkan rasa ori amat susah Orang yang membuat kuih ini harus mengikut resipi dengan sebaik-baiknya tanpa mengurangkan apa-apa bahan.

    Berikut adalah resipi yang anda perlu cuba buat dirumah. Jangan malu untuk mencuba apa sahaja resipi kerana amalan memasak dirumah dapat mengawal kandungan garam, gula dan perisa yang masuk ke dalam badan kita. Selamat menjamu selera dengan kuih tradisional. Memang terbaik untuk anda cuba buat sendiri dirumah.

    Bahan-Bahan

    Ini adalah bahan-bahan Bingka Ubi yang sedap dan lazat ini seperti dibawah: –

    • 4 cawan ubi yg telah diparut
    • 1 1/2 cawan gula pasir *boleh juga menggunakan gula kastor.
    • 2 cawan santan (Santan kotak pun boleh juga dengan sukatan 1 kotak santan + 1 cawan air).
    • Sedikit pewarna kuning.
    • Sedikit garam.
    • 2 helai daun pandan yang disimpul 

    Cara Penyediaan

    Cara membuat Kuih Bingka Ubi adalah seperti berikut: –

    1. Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
    2. Masukkan dalam loyang.
    3. Letakkan sedikit minyak masak pada loyang bagi mengelakkan kuih melekat dengan loyang. 
    4. Bakar pada suhu 180°c selama 1 jam atau sehingga masak.

    Did you know?

    Daun pandan digunakan untuk Resipi Kuih Bingka Ubi Tradisional Melayu bagi menaikkan aroma sesuatu kuih atau gulai yang anda ingin masak. Ia juga membuatkan hidangan menjadi sedikit wangi. Tidak perlu banyak helai daun pandan, memadai hanya satu atau 2 helai daun pandan bagi menaikkan aroma sesuatu masakan dan kuih yang kita hasilkan nanti.

    Credit recipe to: Muza Muzawati

  • Resipi Biskut Chocolate Chip Famous Amos Viral!

    Resipi Biskut Chocolate Chip Famous Amos Viral!

    Resipi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos

    Resipi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos Viral yang memang tengah popular sekarang ini! Anda harus cuba resipi ini. Bak kata pemilik resipi ini “Bila lalu je sebelah kedai jual biskut Famous Amos ni, mesti teringin. Bau dahlah wangi, teringat-ingat dekat rasanya yang rangup dan rapuh.”

    Mudah sahaja sebenarnya untuk menghasilkan menggunakan Biskut Ala Famous Amos. Semuanya dengan hanya menggaul. Tidak perlu menggunakan mixer sama sekali. Dan hasilnya tentu puas hati. Rasa rangup, lembut, manisnya sedang-sedang dan ada juga pahit-pahit cip coklat yang lazat. Jom kita tengok cara membuatnya di bawah.

    Bahan-Bahan

    Bahan A: Kacau Rata

    Semua bahan untuk membuat Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos Viral ini hanya perlu dikacau sebati saja.

    • 250 gram Butter
    • 1 1/4 cawan brown sugar
    • 1 sudu kecil esen vanila
    • 1 biji telur

    Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.

    Tambahkan Bahan B

    • 2 1/2 cawan tepung gandum
    • 1/2 cawan tepung jagung
    • 1 sudu kecil baking powder
    • 1 sudu kecil soda bikarbonat
    • 6 sudu besar minyak

    *2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali).

    Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.

    Cara Penyediaan

    Cara Penyediaan Biskut Chocolate Chip adalah seperti berikut: –

    Sejukkan Adunan

    Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.

    Sedia Dibakar

    1. Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.
    2. Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.

    Masukkan Dalam Oven

    1. Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing. SIAP!
    2. Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya harum semerbak, itu tandanya biskut sudah hampir masak. Yang dalam gambar di bawah ni saya saja letak topping almond. Anda boleh letakkan apa sahaja topping mengikut citarasa anda ataupun hanya membiarkan biskut nda kosong tanpa sebarang topping.

    Inilah hasilnya apabila Biskut Chocolate Chip sudah masak seperti pada gambar. Nampak sedap kan! Rasa sahaja terus hendak makan beberapa keping. Sabar, biarkan sejuk sikit. Nanti bolehlah makan atau simpan dalam bekas kedap udara. Mudah rupanya nak buat biskut Famous Amos ini. Lain kali tak payah beli lagi. Anda dapat berjimat dengan membuat sendiri biskut ini dirumah dengan rasa air tangan sendiri. Memang special!

    Selamat mencuba!

  • Resepi Apam Nasi Gebu Berwarna Warni dan Sedap!

    Resepi Apam Nasi Gebu Berwarna Warni dan Sedap!

    Resipi Apam Nasi Gebu: Mudah Disediakan untuk Santapan Petang

    Jika anda ingin membuat kuih pada hujung minggu, Resipi Apam Nasi gebu adalah salah satu menu yang ringkas dan disukai. Dengan pelbagai warna yang anda boleh hasilkan seperti warna merah, hijau, kuning, coklat keemasan atau apa sahaja warna menjadikan apam nasi adalah santapan untuk minum petang bersama keluarga. Mari kita dapatkan resipi ini. 

    Dengan menggunakan nasi sejuk yakni baki nasi yang tinggal pada semalam, anda boleh menghasilkan sesuatu dari hanya membuat nasi goreng bukan? Diharap resipi ini mendapat manfaat kepada puan-puan sekalian.

    Bahan-Bahan

    Bahan utama yang diperlukan adalah nasi putih. Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan: –

    Bahan-Bahan

    • 1 1/2 Cawan Air
    • 1 Cawan Nasi
    • 3/4 Cawan Gula
    • 1 Cawan Tepung Beras
    • 1 Cawan Tepung Gandum
    • 1 Sudu Kecil Yis
    • Pewarna Makanan
    • Kelapa Parut
    • Garam

     

    Cara Memasak

    Cara penyediaan Apam Nasi Gebu tidak sesukar mana seperti kuih tradisional melayu yang lain. Tetapi apa yang penting disini adalah anda perlu mengetahui teknik yang betul supaya kuih ini kembang dan gebu. Langkah-langkah untuk memasak seperti dibawah: –

    1. Masukkan air dalam blender.
    2. Kemudian masukkan nasi sejuk dan kisar hingga hancur.
    3. Masukkan pula gula. Kisar lagi sehingga hancur dan biarkan adunan seketika.
    4. Ayak tepung beras dan tepung gandum juga yis.
    5. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah diayak tadi ke dalam blender. Masukkan sedikit demi sedikit supaya senang nak blend. Kalau blender anda tersekat, jangan masukkan air tapi gunakan sudu untuk kacau dan blend lagi sehingga sebati.
    6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk diletakkan pewarna. Ataupun tidak perlu letakkan pewarna pun boleh supaya apam nasi anda nampak seperti apam ori.
    7. Seterusnya perap adunan 3-4 jam atau sehingga adunan naik dan kembang supaya apam nasi kita menjadi gebu.
    8. Setelah kembang elok, bolehlah sediakan acuan. Gunakan loyang atau jika ada acuan untuk membuat nona manis/lompang boleh lah gunakan. Saya guna acuan lompang.
    9. Sapu acuan dengan sedikit minyak supaya kuih tidak melekat apabila msak nanti.
    10. Masukkan adunan ke dalam acuan sebanyak 3/4 acuan.
    11. Kukus menggunakan alat pengukus yang telah panas selama lebih kurang 15 minit atau sehingga masak. Jika guna loyang, boleh kukus lebih kurang 20-30 minit atau sehingga masak.
    12. Sementara menunggu apam nasi masak, sediakan kelapa parut. masukkan secubit garam dan gaulkan.
    13. Kukus kelapa parut lebih kurang 5 min supaya lambat basi.
    14. Apabila apam nasi sudah siap, bolehlah hidangkan bersama-sama dengan kelapa parut. Sedia untuk di makan.

    Selamat mencuba!

    Kredit: Maiza Azlyn

    Reviews

    Anda boleh menghasilkan sendiri Apam Nasi yang gebu dan enak dimakan seisi keluarga. Resipi ini tidak memerlukan modal yang besar untuk menyediakannya. Dan kuih ini juga tahan selama beberapa hari jika disimpan dalam peti sejuk.

    Apam Nasi Gebu adalah sajian minum petang yang sangat digemari oleh semua golongan masyarakat. Biasanya menu minum petang disediakan dengan bahan-bahan yang mudah dan cara penyediaan yang ringkas. Menu minum petang biasanya terdiri daripada kuih muih yang manis-manis atau masakan bergoreng dan perlukan sos pencicah. Anda boleh dapatkan banyak koleksi menu minum petang atau apa sahaja resipi di laman web kami.

  • Resepi Daging Dendeng Potong Dibakar dengan Sempurna

    Resepi Daging Dendeng Potong Dibakar dengan Sempurna

    Resepi Daging Dendeng Potong Terbaik

    Jom kita mencuba Resepi Daging Dendeng Potong kerana ia adalah menu yang anda mesti cuba jika anda seorang penggemar memakan daging lembu. Anda perlu menggunakan pressure cooker untuk melembutkan tekstur daging lembu dan jangan dibuang air rebusan daging kerana air rebusan daging Resipi Daging Dendeng Potong boleh digunakan untuk kuah Resipi Daging Dendeng Potong.

    Bahan-Bahan

    Bahan-bahan untuk resipi masakan daging dendeng potong adalah seperti berikut: –

    • 1/2 kg daging-potong besar-besar.

    Bahan A – Sediakan Bahan Goreng

    • 5 ulas bawang merah (bawang kecil) – hiris
    • 4 ulas bawang putih – hiris
    • 1 inci halia – hiris

    *goreng separuh garing semua bahan A dan ketepikan

    Bahan B (Bahan Tumis)

    • 1 btg kayu manis
    • 3 biji bunga lawang
    • 1 senduk cili kering yg telah diblend (tambah kalau nak pedas)
    • 3 ulas bawang merah (kecil) *
    • 2 ulas bawang putih *
    • 1 biji bawang besar *
    • 1 inci halia *

    kisar semua bahan bertanda *

    Bahan Lain

    • 3 batang serai-dititik
    • 4 helai daun limau purut *buang urat tengah
    • sedikit kicap manis
    • sedikit kicap pekat
    • 1 asam keping saiz kecil

    Cara Masakan

    1. Masak air sampai menggelegak, masukkan daging, rebus dlm 30 minit.
    2. Keluarkan daging, hiris nipis dan tumbuk.
    3. Gaulkan daging dengan kicap manis + kicap pekat dan perap dalam 15 minit.
    4. Goreng daging yang telah diperap. Jangan goreng daging sehingga garing..Goreng layu-layu sahaja. *jangan buang air rebusan daging.
    5. Panaskan minyak, masukkan serai, kayu manis dan bunga lawang. Tumis sekejap.
    6. Masukkan semua bahan tumis/kisar..tumis sampai pecah minyak
    7. Masukkan daging dan kemudian masukkan air rebusan daging (1 mangkuk utk renehkan daging)
    8. Masukkan daun limau purut dan asam keping.
    9. Tambahkan kicap manis dan kicap pekat. (Perhatian: jangan tuang banyak-banyak supaya tidak masin.
    10. Masak sehingga kuah sedikit pekat, Masukkan bahan goreng (bahan A) dan masa sehingga daging betul-betul sebati dengan bahan lain. Kalau anda inginkan masakan ini berkuah, Jangan kacau sehingga pekat.
    11. Tidak perlu perisakan masin kicap dah cukup.

    Reviews

    Resipi Daging Dendeng Potong Terbaik adalah salah satu resipi yang anda mesti cuba. Walaupun penyediaannya agak susah namun hasilnya sangat memuaskan hati. Cubalah memasak resipi ini. Anda akan mendapat satu ilmu memasak pada hari ini. Terima kasih semua

    Resipi Daging Dendeng Potong Terbaik adalah koleksi resepi hebat dan mudah disediakan bagi mereka yang baru ingin menceburi hal berkaitan masak memasak di dapur. Abaikan apa kata orang lain, yang penting, anda sudah memulakannya mengikut kemahuan anda sendiri dan sekarang perlu membuktikan kepada diri sendiri adakah masakan yang anda masak menepati citarasa dan selera anda. Dengan langkah demi langkah, anda selangkah untuk bergelar seorang yang pandai memasak.

    Disamping anda dapat mempelajari selok belok cara memasak dan membuat sesuatu juadah seperti Resipi Daging Dendeng Potong Terbaik, anda juga mendapat tips yang berguna bagaimana untuk memastikan masakan yang anda masak itu menjadi seperti dalam gambar dan sedap dimakan. Kami berharap perkongsian resipi dapat membantu anda mempelbagaikan lagi menu masakan anda dirumah dan seterusnya meningkatkan minat untuk membuat homemade cooking (cookies, main menu, kuih, biskut) dengan lebih bermotivasi.

    Kami ingin mengucapkan terima kasih atas perkongsian resipi ini dan diharap anda dapat dimurahkan rezeki dan semoga mendapat rahmat dan keberkatan dalam kehidupan.

  • Puding Diraja Pahang: Wajib Cuba

    Puding Diraja Pahang

    Puding Diraja is one of the legendary foods in Pahang Malaysia. What is Royal Pudding? How to make Jala Emas / Urai Emas and Royal Pudding Recipe? Click now

    Bahan-bahan Asas

    Puding Diraja, yang juga dikenali sebagai Royal Pudding, adalah pencuci mulut yang mempunyai sejarah dan keistimewaannya tersendiri. Puding ini telah dibangunkan dan dihidangkan kepada keluarga diraja negeri Pahang.

    Bahan-bahan utama untuk puding ini adalah:

    • Pisang lemak manis (sejenis pisang tempatan)
    • Susu pekat
    • Prun
    • Ceri manis
    • Kacang mete

    Puding ini dihias dengan jala mas dan dihidangkan dengan sos sejuk yang diperbuat daripada susu dan tepung jagung. Pada masa kini, puding ini popular dihidangkan semasa bulan Ramadan dan juga sebagai hidangan istimewa untuk teh petang bersama keluarga pada hujung minggu.

    Hidangan Istimewa yang Menjadi Lambang Kemegahan

    Puding Diraja Pahang adalah salah satu pencuci mulut yang terkenal di Malaysia, terutamanya di Pahang. Hidangan ini bukan sekadar penutup makan malam, tetapi juga sebuah simbol kemewahan dan tradisi kuliner yang kaya. Dengan sejarah yang mendalam dan rasa yang memikat, Puding Diraja Pahang adalah contoh utama warisan kuliner Melayu.

    Sejarah dan Kepentingan

    Puding Diraja Pahang dikenali sebagai hidangan istimewa yang sering disajikan pada majlis-majlis rasmi dan perayaan di istana. Ia adalah pencuci mulut yang penuh dengan kehalusan dan keanggunan, mencerminkan budaya dan tradisi kerajaan Pahang. Hidangan ini biasanya disediakan dengan penuh perasaan dan perhatian, menjadikannya sebuah karya seni kuliner.

    *Source: en.wikipedia.org, lensapekan.blogspot.com

    Frequently Asked Questions (FAQs)

    Apakah bahan-bahan untuk jala emas Resepi Puding DiRaja?

    Bahan-bahan: (untuk jala emas)

    • 5 biji kuning telur dibuang tali pusatnya
    • 1 cawan gula*
    • 2 cawan air*
    • 1 helai daun pandan disimpul*
    • Acuan roti jala muncung kecil atau kelongsong daun pisang)
    • Penapis

    Cara-cara membuat Puding Diraja / Royal Pudding: (untuk jala emas)

    1. Masukkan bahan bertanda ke dalam kuali (pan).
    2. Sambil menunggu air gula mendidih kita kacau kuning telur biasa sebati dan tapis kuning telor.
    3. Setelah air mendidih, keluarkan daun pandan tadi. Serta masukkan telur dalam acuan roti jala atau dalam kelongsong daun pisang.
    4. Tinggikan sedikit acuan roti jala atau kelongsong tadi (seperti cara membuat butter prawn) untuk mendapatkan urat yang halus.
    5. Tuang kan kuning telur tadi dari tepi pan (kuali) secara bulatan (cara tuang pun seperti mana kita buat roti jala).
    6. Jika 5 biji telur ini boleh menghasilkan untuk 3 kali. Jangan buat sekali gus.
    7. Jala mas ini tidak lama sangat dalam air gula tu. Lepas tuang, tunggu sekejap.
    8. Selepas itu, angkat samaada guna chop stik atau guna senduk dan toskan air gula.
    9. Ulang lagi sampai 3 kali atau 4 kali dan ketepikan.

    Apakah bahan-bahan hiasan Puding Diraja Pahang?

    Berikut adalah bahan hiasan yang diperlukan:

    • Buah prune *dibuang biji
    • Buah ceri merah dan hijau dipotong 4
    • Gajus di goreng sebentar

    Cara menghias Puding Diraja Pahang | Royal Pudding

    1. Mula-mula masukkan pisang goreng ke dalam bekas.
    2. Letakkan atas pisang jala mas sehingga menutup pisang.
    3. Letak buah prune, ceri merah dan hijau serta gajus.
    4. Curah sos kastard yang sejuk tadi sedia dihidang.

    Apakah bahan-bahan  yang diperlukan untuk sos Kastard bagi Resepi Puding DiRaja?

    Bahan-bahan untuk sos Kastard Puding Diraja

    • 1 biji telur
    • 400ml susu cair
    • 1 cawan air
    • 1 helai daun pandan *disimpul
    • Sedikit esen vanila
    • 2 @ 3 sudu besar gula *(saya buat tidak menggunakan banyak sangat gula sebab jala mas sudah rasa manis dan pisang pun dah ada rasa manisnya. Kira sos saya ini manis-manis buah sahaja).

    Cara-cara untuk sos kastard Puding DiRaja Pahang | Royal Pudding

    1. Masukkan telur, susu cair, esen vanila, Kacau sebati.
    2. Kemudian masukkan air dan daun pandan serta gula.
    3. Masak dengan api sederhana besar. Bila mendidih tutup api dan sejukkan dalam peti ais.

    Apakah bahan-bahan  yang diperlukan untuk Pisang Goreng bagi Resepi Puding DiRaja?

    Bahan-bahan untuk Pisang Goreng

    • Pisang * kalau boleh carilah pisang lemak manis (sangat sesuai) kalau tidak ada pisang lemak manis boleh guna apa-apa jenis pisang yang manis.

    Cara-caranya (untuk pisang goreng)

    • Panaskan kuali dan masukkan minyak serta goreng pisang tersebut satu persatu * (pisang tidak perlu dibelah/potong. Tetapi jika pisang yang digunakan bukan pisang lemak manis dan saiz agak besar terpulanglah hendak potong atau tidak. Goreng sampai agak gelap sikit warna.

    Contact Information

    MM DESSERT BY MM CATERING,
    No. 2, Gerai PKNP Jalan Tanjung Api, Kampung Selamat,
    25150 Kuantan, Pahang
    Telephone: 09-567 5795

error: