Resipi Kuih Bom Bijan
Resipi Kuih Bom Bijan Garing Sampai Petang adalah kuih kegemaran ramai kerana kulitnya yang garing dan sedap dimakan apabila baru digoreng. Diharap perkongsian resepi ini dapat memberikan panduan untuk menyediakan kuih tradisonal melayu yang disukai ramai.
Bahan-Bahan
Bahan-Bahan Kulit Bom Bijan
- 1 paket (500g) Tepung pulut
- 1 cawan Tepung Gandum
- Secubit Garam
- Air secukupnya
- Bijan Putih
Bahan Inti
- Kelapa parut
- Gula Merah
- Gula Pasir
- Secubit Garam
- Sedikit Air
- Sedikit tepung gandum
Cara Memasak
Cara Menyediakan Kulit Bom Bijan
- Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Gaul rata.
- Kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit.
- Uli smpai doh tidak melekat di besen.
- Sebelum menguli adunan masukkan inti. *Lumurkan tangan anda dengan sedikit minyak masak supaya tidak melekat
- Masukkan inti kelapa ke dalam adunan ,bulatkn dan gaulkn dengan bijan.
Cara Penyediaan Inti
- Letakkan sedikit air ke dalam kuali.
- Masukkan gula merah, gula pasir dan garam.
- Kacau hingga gula cair. Masukkan kelapa parut dan masak hingga warna kelapa menjadi sedikit gelap.
- Kemudian, taburkan 1 sudu besar tepung gandum kemudian tutup api.
- Ambil adunan dan bentukkan adunan menjadi bulat bersama inti didalam.
- Golekkan dalam bijan.
- Letakkan dalam peti ais biasanya 1 jam,
Cara Goreng
- Buka api sederhana besar dan masukkan minyak masak.
- Apabila minyak masak menjadi sederhana panas, masukkan kuih bom dan kecilkan api.
- Selepas kuih bom bijan garing mula mengembang dan bertukar warna kacau kuih sehingga masak.
Did you know?
Petua untuk mengelakkan dari Kuih Bom Bijan Garing ini meletup-letup ketika menggoreng adalah dengan menyimpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam sebelum menggoreng.
Sentiasa kacau kuih bom bijan garing semasa menggoreng bila mengelakkan kuih menjadi pecah.
“PASTIKAN MINYAK TIDAK TERLALU PANAS SEBELUM MASUKKAN BOM”
Sumber : Zuhaidar









